Fabulous 4 | Menu Terbaru dari Dominos


Domino's Pizza dikatakan memiliki 12,600 cawangan dari lebih 80 negara (untuk rekod sehingga pertengahan tahun 2016). Dan bagi di Malaysia sendiri sehingga kini telah memiliki sebanyak 164 outlet di seluruh negara. Untuk pengetahuan semua outlet Domino's Pizza pertama di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1997 di USJ 9 Subang Jaya.

Apa yang menarik tentang pizza Domino's, pelanggan boleh memilih 28 jenis pilihan topping pizza (samada vege, ayam dan daging) dan crust mengikut kesukaan masing-masing.

Diadun secara segar setiap hari dengan kualiti paling terbaik. Selain itu, terdapat 25 jenis hidangan sampingan yang boleh dinikmati dan dicuba oleh pelanggan bagi melengkapkan sajian hidangan mereka.


Terdapat juga di sesetengah outlet Domino's yang terbuka di bahagian dapurnya membolehkan pelanggan melihat sendiri penghasillan pizza yang ditawarkan di Domino's.

Oh ya! Domino's telah memperkenalkan set menu yang terbaru didatangkan dalam satu kotak~FABULOUS FOUR. Menghimpunkan 4 hidangan sampingan yang sentiasa menjadi pelanggan iaitu 'roasted chicken drummets', cheesy mozarella stick, mini cinnadoots dan juga garlic cheese onion rings.


Semuanya enak-enak belaka. Promosi set FABULOUS FOUR ini sememangnya menarik membolehkan pelanggan memilih set ini sebagai set hidangan sampingan selain daripada tempahan pizza yang dibuat. Dan harga pengenalan yang ditawarkan untuk set FABULOUS FOUR ini adalah RM19.90

Murah dan berbaloi bukan?

Wajah-wajah gembira blogger bersama ahli keluarga mereka bersempena dengan pengenalan FABULOUS FOUR di Domino's baru-baru ini.

Keterangan lanjut boleh layari : http://www.dominos.com.my

Fabulous 4 | Menu Terbaru dari Dominos Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 22, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.