Jom Sertai "Be My Reason Shower Run"

Aktiviti seharian memang sibuk!
Kita masih muda!
Sejarah keluarga tiada yang menghadapi kanser payu dara..
Takut nak terima kenyataan :(
......
......

Dan banyak lagi sebenarnya alasan-alasan untuk kita dari terus menerus mengambil sikap sambil lewa tentang perlunya membuat pemeriksaan payudara. Dan biasanya kita mula sedar apabila keadaan sudah menjadi teruk iaitu pada peringkat terakhir. Ianya memang menyedihkan.

Dan setiap kali tibanya bulan Oktober, kita pastinya dihujani dengan pelbagai kempen kesedaran kanser payudara. Tetapi, adakah kita benar-benar memberi perhatian kepada kempen ini? Apakah yang akan anda lakukan sekiranya individu yang anda sayangi atau sesiapa sahaja yang anda kenali kini sedang berjuang melawan kanser payudara? Atau apakah yang telah anda lakukan terhadap diri sendiri untuk meningkatkan peluang untuk hidup sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka ini?

Siri jelajah yang diadakan oleh Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Ramai di antara mereka tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan malahan tidak komited dalam pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang yang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan yang mencurigakan pada payudara mereka, menunjukkan tanda-tanda lazim kanser payudara.

Situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu, jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka dan orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Sekali lagi, disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), kempen pada tahun ini bakal menjadi lebih besar dan lebih berani. Untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi, Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run, larian bertemakan mandi, pertama di Malaysia.

Be My Reason Shower Run merupakan anjuran Shokubutsu untuk terus meningkatkan kesedaran tentang perlunya pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Apa yang menarik Be My Reason Shower Run bakal menjadi satu larian yang berbeza di mana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik penyebab mereka melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.

Be My Reason Shower Run akan diadakan pada 9 Oktober 2016 di The Arc, Bandar Rimbayu Shah Alam bermula jam 7 pagi. Kuala Lumpur,

Pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy, akan turut menyertai larian untuk memeriahkan lagi kempen ini. Beto akan menyertai Be My Reason Shower Run yang bakal diadakan pada 9 Oktober 2016 ini, bersama isterinya, Tisha Shahar – sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman menakutkan apabila ketulan dikesan di payudara beliau tidak lama dulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.
Beto Kusyairi dan isterinya merupakan pasangan terbaik yang layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya semasa melakukan pemeriksaan sendiri, dia telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup, termasuklah terapi dan mungkin juga pembedahan.

Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

"Shokubutsu secara aktif telah mempromosikan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi kerana ia penting untuk pengesanan awal. Pemeriksaan sendiri payudara adalah mudah dan ringkas untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, kami menggalakkan para wanita untuk melakukannya semasa mandi kerana ia merupakan aktiviti harian dan waktu yang senang untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, " 

"Kami telah diberi peluang untuk mengadakan kempen ini pada tahun yang kedua dan kami ingin meningkatkan kesedaran dengan cara yang lebih luas dan besar. Be My Reason Shower Run dianjurkan dengan harapan ia mampu menggalakkan semangat memperkasa dengan memberikan komitmen bertindak sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga demi orang yang kita sayangi. Kami juga berharap agar larian ini akan menjadi satu landasan untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap orang yang mereka sayangi yang menghidap kanser payudara dan kami amat menggalakkan para peserta untuk menyertai larian ini bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan!

Kami turut berbesar hati kerana Beto Kusyairy dan isterinya, Tisha Shahar turut sudi menyertai kempen ini dan bersama-sama mereka, kami berharap lebih ramai wanita dan juga lelaki sedar tentang kepentingan pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara dengan lebih kerap semasa mandi," 

Jackie Low, Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, 
Southern Lion Sdn. Bhd, syarikat bagi jenama Shokubutsu.

LARIAN BERSAMA YANG TERSAYANG SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA

Butiran Be My Reason Shower Run:

Tarikh : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan

Pendaftaran : Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason.

Senarai kategori larian Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016

Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
A
 
B
On-Line
Men Open     (Individual)
Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
 
 
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee

 
5KM
D
Corporate Registration
 
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration fee
Use form attached and send to by Sep 10, 2016
 
5KM
*     RM 10 dari setiap pernyertaan (per pax) akan disumbangkan ke National Cancer Society Malaysia
**   Keterangan lanjut boleh klik pada link yang disertakan di atas.
Pengambilan Race Kit:

Tarikh : 7th & 8th October 2016 ( Jumaat & Sabtu)
Masa : 11.00 a.m. - 5.00 p.m
Lokasi:  The Arc @ Bandar Rimbayu (BersebelahanKota Kemuning , Shah Alam)


Semua peserta yang menyertai Be My Reason Shower Run akan menerima sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara/

Selain daripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah booth pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. Bekas pensakit kanser payudara akan turut mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para peserta yang lain berpeluang untuk mendengar pengalaman mereka melawan kanser payudara degnan bantuan dan sokongan orang tersayang. 

Untuk informasi lanjut, sila layari laman Facebook Shokubutsu Malaysia di


Oh ya, ADA BERITA BAIK UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG AYUARJUNA :=)

Jika anda ingin memenangi race kit secara PERCUMA ( T-shirt, Finisher Medal, Goodies Bag yang mengandungi produk Southern Lion) dan seterusnya menyertai acara larian diadakan. Apa yang perlu anda lakukan..

2. Muat naik gambar di instagram yang menerangkan gaya aktif hidup anda/ atau gambar bersama ahli keluarga lain (contoh gambar bersenam, bersiar-siar, shopping dll).
3. Bersama caption simple tetapi menarik..Contoh : Saya dan Shokubutsu sama-sama menyahut cabaran Be My Reason Shower Run atas kesedaran setiap wanita perlukan sokongan! (contoh ya, anda boleh berikan caption yang lebih baik).
4. Letakkan hashtag #BeMyReasonShowerRun2016
5. Jangan lupa tag saya --> https://www.instagram.com/ayurafikah dan juga Shokubutsu Malaysia https://www.instagram.com/shokubutsumalaysia

Jom sertai segera, mana tahu anda menjadi salah seorang pemenang yang bakal berlari dengan Beto Khusyairi!!! Hehehehehe

Jom "Be My Reason Shower Run"!!

Jom Sertai "Be My Reason Shower Run" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 18, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.