Kata mak Saya...dan Kata Mak Anda Bagaimana Pula? | Jom Sertai Peraduan “Mak Kata, Saya Anak Bijak”
Tiada apa yang lebih membahagiakan hidup seorang wanita yang bergelar ibu apabila hidupnya dikelilingi dengan anak-anaknya yang sihat dan ceria. Apatah lagi setiap hari yang dilalui bersama anak-anak memberikan banyak pengalaman baru. Sebagai ibu, saya sentiasa mendidik diri saya untuk lebih bersabar dengan karenah anak dan juga sentiasa mencari tips terbaik samada melalui pembacaan mahupun hasil perkongsian pengalaman saya bersama ibu saya sendiri.
Ibu saya Puan Rapiah seorang bekas jururawat hospital sangat tegas orangnya. Ini mungkin disebabkan beliau harus membesar dan mendidik 3 anak perempuan seorang diri, memandangkan ibu saya adalah ibu tunggal. Banyak saya belajar daripada ibu terutama dari segi nasihat-nasihatnya yang boleh saya anggap sebagai azimat biarpun kini saya sudah bergelar ibu.
Antara nasihatnya yang masih saya ingat sehingga kini, seperti:-
"...buat sesuatu itu perlulah bersungguh-sungguh, kena ada target dalam hidup!"
"...jangan terlalu cepat berputus asa dalam setiap yang diusahakan.."
"..berada di tahap manapun. SentiaSa kena ingat tuhan, ibu dan keluarga"
"....kena rajin bila dah ada anak. Kena bangun awal, kena masak, kena tahu aktiviti anak..."
"..jaga pakai mInum suami dan anak-anak.."
"...kena banyak berkomunikasi dengan anak. Jadi anak tahu kita ibu mereka yang akan sentiasa ada bersama.."
"..paham minat anak.."
dan banyak lagi sebenarnya.
Segala nasihat daripada ibu memang saya pegang sebagai azimat dan pedoman terutama dalam memastikan saya mampu menjadi ibu yang terbaik buat anak dan keluarga.
"...kena banyak berkomunikasi dengana anak dan keluarga. Jadi anak tahu kita ibu mereka yang akan sentiasa ada bersama.."
"..paham minat anak.."
Saya sentiasa menyokong apa sahaja cita-cita mereka biarpun saya sedari mereka masih kecil dan belum memahami perkara-perkara dalam dunia ini.
Apa yang penting. Segala yang mereka usahakan perlulah dengan bersungguh-sungguh. Hatta, biarpun perkara itu nampak mudah dan senang ianya perlu dibuat dengan sepenuh hati. Ini kerana setiap kejayaan yang diperolehi hasil kesungguhan mereka pasti memberi kepuasan buat diri mereka sendiri. Untuk capai matlamat istilah berjaya, ianya perlu dimulakan dengan cita-cita. Dan sentiasa belajar melalui membaca dan bertanya bagi mengatasi segala kesukaran dalam mencapai kejayaan yang diburu.
Ini sepertimana ibu saya titipkan pesana kepada saya sejak dulu lagi..
"...buat sesuatu itu perlulah bersungguh-sungguh, kena ada target dalam hidup!"
"...jangan terlalu cepat berputus asa dalam setiap yang diusahakan.."
Dengan harapan segala nasihat dari saya boleh dijadikan pedoman buat mereka sehingga mereka dewasa :=)
Untuk Scha Alyahya, seorang hos TV, model, pelakon dan juga ibu kepada Lara Alana yang baru berusia dua tahun, tiada apa yang lebih penting daripada melihat anaknya membesar dengan gembira.
"Sebagai seorang anak, nasihat ibu saya merupakan sesuatu yang paling berharga sewaktu saya membesar. Saya melihat ibu sebagai contoh kepada segala perkara yang saya lakukan, dan saya turut memastikan orang lain di sekeliling saya mengetahui apa yang ibu katakan! Ibu saya selalu berkata, 'Rupa cantik terletak pada budi pekerti. Kita perlu sentiasa cuba untuk melihat kebaikan dalam semua orang'. Malah pada hari ini, dia tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk tentang seseorang dan saya cuba untuk mengikuti sifat ibu saya. Inilah satu-satunya nasihat yang saya ingat sampai bila-bila
masa."
“Kini sebagai ibu kepada Lara, saya cuba untuk menyemai sifat yang sama seperti yang dilakukan oleh ibu saya sebelum ini. Lara telah menyambut hari lahir yang kedua pada bulan Julai lepas, dan saya berharap anak saya yang sudah mula dikenali ramai sejak lahir lagi boleh menunjukkan contoh
yang baik kepada kanak-kanak yang lain. Kehidupan sebenarnya adalah satu proses pembelajaran yang panjang. Kita mungkin mengajar anak-anakuntuk menjadi insan yang baik, tetapi kadangkala mereka yang mengajar kita tentang kebaikan,” jelas Scha.
Atas kesedaran tentang betapa pesanan ibu kita sangat membantu dalam pembesaran serta mengilap kebijaksanaan anak-anak kita, Dutch Lady telah menganjurkan Peraduan “Mak Kata, Saya Anak Bijak” untuk membolehkan para ibu berkongsi pesanan mak kata yang lucu, menarik atau mengharukan di mana berkaitan dengan kepetahan, kepintaran dan daya imaginasi anak-anak mereka.
Seramai sembilan pemenang bersama ahli keluarga mereka berpeluang untuk beramah mesra dengan
selebriti terkenal yang juga merupakan seorang ibu iaitu Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana di dalam satu acara jamuan teh (hi-tea). Semua pemenang juga akan membawapulang sebuah kamera instan untuk merakamkan kenangan manis bersama-sama keluarga mereka. Selain itu, 250 penyertaan yang pertama pada setiap minggu akan menerima hadiah tunai bernilai RM50 (bagi setiap penyertaan) dari 1 Ogos hingga 30 September 2016.Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Mak Kata, Saya Anak Bijak” dan butiran peraduan, sila layari laman Smart Moment Dutch Lady Malaysia https://www.smartmoments.com.my
a) Beli mana-mana pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 4-Step Nutri Plan dengan 5X DHA* (650g atau 900g);
b) Layari laman web Smart Moment Dutch Lady Malaysia (https://www.smartmoments.com.my);
c) Masukkan petikan “Mak Kata” kegemaran anda dan muat naik gambar saat-saat pintar si manja anda; dan
d) Klik ‘HANTAR’!
Jom sertainya hari ini :=)
Kata mak Saya...dan Kata Mak Anda Bagaimana Pula? | Jom Sertai Peraduan “Mak Kata, Saya Anak Bijak”
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 28, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...