Koleksi Pakaian Kanak-Kanak UNIQLO Yang Trendy dan Selesa!
UNIQLO , adalah gabungan daripada perkataan UNiQUE dan juga CLOTHING, yang membawa maksud keunikkan pakaian dengan kualiti terbaik, praktikal dan berinovasi mengikut trend terkini. Bermula dengan pembukaan outlet pertamanya di Hiroshima Jepun pada tahun 1984 dan kini label jenama ini semakin berkembang pesat dengan adanya 1300 outlet serata dunia.
Saya dan anak telah dijemput untuk menyertai aktiviti membina LEGO bersama UNIQLO bersempena dengan pelancaran koleksi terbaru mereka LEGO UTs (The New Model T Lego Collection).
Yang pastinya saya bersama Amani dan Ameer begitu teruja berada di sini. Kami akan beraktiviti bersama rakan yang lain membina model LEGO, sekaligus dapat memanfaatkan masa bersama dengan melakuakn aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan.
Dan untuk pengetahuan semua, acara UNIQLO bersama LEGO ini terbuka untuk orang awam dan telah diadakan pada 28 Mei 2016 dari jama 2 sehingga 6 petang di outlet UNIQLO 1 Utama. Dan untuk menyertainya pelanggan perlulah membeli 2 helai dari mana-mana t-shirt kanak-kanak koleksi LEGO UTs.
Cantik-cantik juga koleksi LEGO UTs dari UNIQLO ini. Rekaannya ringkas tetapi tetap menarik. Dan didatangkan dengan pelbagai warna pilihan.
Tetapi apa yang lebih menarik, adalah pilihan pakaian kanak-kanak di UNIQLO . Saya sangat sukakan cara susunan pakaian di sini, yang begitu teratur dan tersusun. Dan lebih mudah untuk saya membuat carian kerana setiap bahagian kanak-kanak disusun mengikut jantina iaitu perempuan dan lelaki serta bahagian koleksi pakaian bayi.
Fabriknya juga sangat lembut dan selesa. Sekaligus pakaian kanak-kanak UNIQLO ini memberi keselesaan buat anak-anak saya aktif bermain sepanjang hari.
Begitu susah Ameer hendak membuat keputusan pilihan pakaian. Hampir semua koleksi pakaian kanak-kanak lelaki digemarinya. Dengan tawaran harga pakaian yang berpatutan, saya dapat membeli beberapa pasang pakaian buat Ameer pada bajet yang cukup menjimatkan. Hebat bukan, pakaian cantik dijual pada harga terbaik :=)
Fabrik ringan dan selesa, jadi saya tidak perlu susah hati jika anak saya Ameer bermain di waktu cuaca agak panas. Ini kerana pakaian UNIQLO menyerap peluh sekaligus memberi keselesaan dan ianya juga sesuai dipakai dalam setiap aktiviti.
Sempat juga saya melihat beberapa koleksi pakaian dewasa. Menarik juga. Apatah lagi UNIQLO kini juga ada menawarkan kemeja labuh berserta tudung pelbagai gaya yang sememangnya rekaannya diminati hijabista di Malaysia.
Dua beradik yang begitu gembira dan teruja apabila berpeluang meilih pakaian digemarinya seterusnya dibawa ke kaunter pembayaran sebelum dibawa pulang. Tidak sabar mereka berdua ini untuk menggayakan pakaian UNIQLO yang telah dibeli di sini.
Terima kasih UNIQLO !
Pelbagai pilihan terkini dan versatil rekaan,
Cantik digayakan keselesaan diutamakan,
Kanak-kanak bermain penuh keriangan,
Dengan UNIQLO bertambah keceriaan!
http://www.uniqlo.com/my/store/#
Koleksi Pakaian Kanak-Kanak UNIQLO Yang Trendy dan Selesa!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 25, 2016
Rating:
Kalau rambang mata kat sini sure sapu bersih mana yg berkenan si hati kan...
ReplyDeleteKalau rambang mata kat sini sure sapu bersih mana yg berkenan si hati kan...
ReplyDeletestylo baju2 kat sini.. akak jue follow akak.. selama ni follow blog akak tak jadi follower.. hehehhe jue followes #608
ReplyDelete