Mini Mini Cafe di Mid Valley


Lama dah gambar-gambar ni terperap dalam folder draft dalam blog. Tiba-tiba pagi ni baru perasan :=) Heheheh Sebenarnya memang saya ada sedikit teruja nak kongsikan cafĆ© yang sangat comel dan menarik ini. Apa yang lagi best harga hidangan yang ditawarkan di sini agak murah dan berpatutan.  


Selain daripada itu, antara tarikan utama cafe ini adalah dekorasinya yang sangat unik. Bukan sahaja buat kanak-kanak bahkan warga dewasa saya juga begitu teruja melihat keindahan dekorasi yang ditatarias di sini. Antara yang menarik...




Seriusly!!! Memang superb deko di sini. Biarpun keluasan cafĆ© agak terhad. Namun bila kena dengan cara perhiasan dan susunan ianya memberi kesan yang maksimum cantek. Dan karektor hiasan di cafe ini mempertengahkan siri buku kanak-kana iaitu The Tale of Peter Rabbit, yang cukup popular. Tidak hairanlah terdapat juga perlatan dan perkakasan di cafĆ© didatang dalam saiz mini yang comel.


Antara hidangan yang sempat saya mencubanya bersama Amani seperti;-

Chocolate Brownies with Ice Cream, harga RM9.90 (percuma Konyaku Jelly)
harga berlainan untuk hari cuti umum ya..

Saya rasa makan hidangan ni saja sudah mengenyangkan. Tapi saya sangat suka akan rasa kemewahan coklat brownies dari cafe ini. Sedap!

Hawaian Chicke Pizza. harga RM9.90 (percuma Konyaku Jelly)
harga berlainan untuk hari cuti umum ya..

Yang ini memang sedap giler. Siyes, sebab keju dier banyak so memang puas hati makan hehehehe.

Set Grilled Beef Burger + dapat air pepsi percuma.
Harga RM13.90

Ni pun sedap jugak. Sebab patties dier tebal. Ada keju dan mayonis dan sayuran. Simple tapi rasa tetap ada.

Marmite Chicken Rice Set, harga 12.90. Dapat percuma "soup of the day"

et bento lengkap dengan semua keperluan ruji pemakanan harian. Ada ayam (yang masak ala kicap pedas masam manis), sayur dan pencuci mulut.

Cofee Milkshake RM11.90.
Air mountain dew tu percuma sebab beli set berger kat atas.

Close up menu. Banyak pilihan lagi sebenarnya. Seua sedap-sedap belaka :p



Wajah tuan puteri yang seronok dimewahkan dengan pelbagai hidangan kegemaran....
Sekali sekala outing berdua memang best. Macam-macam kami bercerita sebab my Amani boleh tahan juga keletahnya. Apa yang penting saya pasti akan datang kembali ke Cafe ini dan kali ini membawa seluruh ahli keluarga saya untuk menikmati juadah hidangan yang best di sini.


Nom nom nom

TQ MV for the food voucher :)

Mini Mini Cafe di Mid Valley Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 09, 2016 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.