Muzium Lukut di Port Dickson :=)

Peminat sejarah, memang akan suka ke tempat-tempat seperti ini. Banyak peninggalan orang lama yang boleh kenali dan pelajari. Saya sendiri sebenarnta sangat meminati subjek sejarah tetapi saya jenis bukan suka sangat melawati tempat bersejarah. Kahkah

Bila dah laki sendiri suka dengan tempat-tempat sebegini selain dari kawasan yang mempunyai alam semulajadi yang menarik. jadi, saya hanya menyokong sahaja kegemaran beliau dan juga anak-anak yang sama-sama teruja untuk mengenali sejarah tanah air yang dikasihi.

Gitewwww..senapas korunk baca ayat diatas bukan.

Paham...

Achik is so skema, :p

Kelibat Muzium Lukut ni memang tak ada orang perasan sangat. apatah lagi kedudukannya agak ke dalam dari jalan besar. Biarpun ada beberapa papan tanda yang mewar-warkan kewujudan muzium ini namun masih belum mampu menarik ramai pengunjung untuk berkunjung ke sini.

So, memandangkan masa berada di sini, terlalu banyak giler gambar yang diambil. So, saya kongsikan di sini gambar-gambar kenangan ketika berada di sana terutama bagi tatapan mereka-mereka yang biasa pergi ke Port Dickson tapi belum berkesempatan singgah di sini.


































Perigi beracun



Banyak artifak seperti tembikar lama, barang peralatan bercucuk tanam tradisional, peralatan perlombongan batu arang, pakaian pengantin dan macam-macam lagi peninggalan budaya dan perkakasan zaman dulu-dulu ada dipamerkan.

Di bahagian luar muzium, terdapat juga beberapa buah meriam dan juga perigi buta yang dikatakan beracun satu masa masih lagi berkeadaan baik dan terjaga.

Banyak cerita dan peristiwa sejarah yang boleh kita belajar dari sini. Betapa Tanah Melayu satu masa dulu memiliki masyarakat berbilang budaya dengan cara hidup yang unik :)
Muzium Lukut di Port Dickson :=) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 11, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.