Outlet Obermain Terbaru di Mid Valley : Jom Sertai Peraduan Untuk Bertemu Dengan Penyanyi Afgan!

Obermain, jenama warisan Jerman yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1974, hari ini telah melancarkan pembukaan gedung teraju utamanya yang berkonsep baru di Malaysia. Kedai yang terletak di F-057, tingkat satu Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, di hias dengan kombinasi konsep “retro”& “modern industrial” dan inspirasi gaya ini pasti menggamit perhatian pelanggan untuk menikmati pengalaman membeli belah penuh bergaya di situ.  Untuk menjayakan tema retro kontemporari ini, kedai seluas 1227 kaki persegi itu mendalami sepenuh hati konsep gabungan elemen yang kontras dari pelbagai sudut, termasuklah kombinasi maskulin dan feminin, kontras warna, dan kontras dari segi tekstur bahan.

Gedung teraju utama Obermain yang berkonsep segar ini dilengkapi dengan pelbagai produk menarik. Selain dari koleksi kasut yang terbaru dan mantap buat lelaki dan wanita, ia juga mempamerkan koleksi tas tangan wanita dan aksesori kulit kecil buat lelaki. Paling menarik sekali, pelancaran kedai konsep baru ini juga menjadi titik lahirnya koleksi pakaian lelaki Obermain. Koleksi pakaian ini diinspirasikan oleh gaya maskulin yang “timeless,” dan buat masa ini terdiri dari koleksi kemeja formal dan kasual yang memang suai gaya dengan kehendak lelaki urban.



“Obermain memastikan produk jenamanya sentiasa berkualiti tinggi, dan jenama ini terus giat untuk mencipta produk harian yang terbaik dengan menggunakan bahan asas yang bagus, dan dibuat dengan teliti dengan “finishing” yang mantap. Koleksi pakaian sulung Obermain ini memang suai gaya dengan lelaki urban berkerjaya pelbagai umur, tidak kira sama ada masih 20an atau sudah menjangkau 50an. Selagi dia seorang lelaki yang menjaga penampilan, dan punyai kalendar hidup yang aktif, pakaian Obermain pasti menepati citarasanya, apa lagi dengan harga yang berpatutatan diantara RM89 ke RM229 sahaja” 

Menurut Encik Chong King Foon, Ketua Pengurus Operasi Transmarco Lifestyle Sdn Bhd.

Kasut lelaki pertama Obermain telah berada dipasaran Malaysia pada tahun 1974, dan semenjak itu Obermain telah mantap bertapak sebagai jenama yang dikenali dengan barangan yang bergaya, selesa dan direka bentuk dengan teknologi Jerman. Kasut wanita nya pula telah diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2012 dengan konsep berteknologi “reflex-zone-bed” dimana alas kaki nya memberi stimulasi lembut pada tapak kaki pemakainya. Teknologi ini telah direka dengan bahan asas semulajadi yang lembut, dan membuat pemakai menjadi lebih selesa sepanjang hari dengan menggalakkan pengaliran darah sempurna yang memantau kesihatan seluruh badan.

Selain dari itu, beberapa koleksi terpilih kasut Obermain direka untuk mengandungi teknologi“Active Flex” yang memberikan kasut itu sifat kebolehlenturan yang hebat. Teknologi ini membenarkan kaki pemakai untuk melentur langkah kaki dengan sempurna di setiap arah gerakan, terutamanya di bahagian depan kaki.


Pelbagai koleksi menarik ada dipamerkan di kedai konsep terbaru ini, dan buat peminat kasut lelaki, ada empat koleksi yang amat bersesuaian.  Untuk yang  bergaya “rugged” kasut but Rainor sangat sesuai, terutamanya bila dipadankan dengan kemeja flannel dan jeans. Untuk lelaki yang lebih sukakan gaya sartorial yang kemas & klasik, kasut bertali Clement sangat cocok dengan kemeja berkolar “button down” & denim “slim” berwarna biru tua. Kalau “preppy” adalah gaya pilihan pemakai, Andrew, kasut loafer yang  dibuat dari kulit lembut lembu muda, sangat ranggi bila digayakan.  Untuk situasi semi formal, kasut loafer berhias rumba seperti Cale juga amat bersesuaian.

Buat wanita pula, koleksi Blute I dan Blute II, kasut bertapak flatform wedges yang direka dengan cetakan corak “floral” yang indah, memang sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih feminin. Buat mereka yang mencintai gaya romantik ala “hippy” 70an, Jude II adalah kasut platform pilihan. Untuk mereka yang merancang untuk bercuti musim panas, kasut sandal kulit Livana III and Livana IV sememangnya yang paling sesuai gaya dan ianya wujud dalam variasi terus sarung atau berikat “ankle strap”dan pelbagai warna menarik seperti merah, biru dan lain lain lagi. 

Memang rambang mata apabila berada di sini. Apatah koleksi yang ditawarkan memang menampilkan beberapa koleksi esklusif dan menarik.

Lebih menguntungkan bersempena dengan bulan Merdeka, Obermain juga menawarkan harga diskaun yang benar-benar berbaloi untuk kita berbelanja.

Rekaan santai dan feminin. Memang sangat selesa. Sesuai digaya ketika berjalan bersama keluarga, membel-belah mahupun menghadiri majlis keraian bersama teman istimewa.

 Padanan tas tangan yang cantik-cantik. Pelbagai warna dan rekaan!

 Saya suka dengan tas warna keemasan ini. Sesuai di suai padankan dengan pelbagai jenis busana. Dengan saiznya yang cukup sederhana sangat praktikal buat saya yang suka denga gaya yang sederhana.

Selain daripada kasut dan tas tangan. Turut ditawarkan dompet kulit yang tidak kurang hebat rekaannya. Dan pada bukan ini terdapat beberapa promosi istimewa dengan potongan diskaun sebanyak 50%.

Yerpppp...buat jejaka maskulin di luar sana :p

Saya telah memohon untuk menjadi ahli Obermain, dengan caj tahunan sebanyak RM12 sahaja. Yang menariknya untuk ahli terdapat pelbagai harga diskaun menarik diberikan. dan untuk ahli baru turut diberikan voucher RM50 (2 keping) dan boleh digunakan untuk berbelanja barangan RM250 keatas. Dan banyak lagi sebenarnya tawaran menarik jika menjadi ahli ya!

kredit pic: Cik Lily Putih

Pelancaran pembukaan gedung baru-baru ini juga diserikan dengan penampilan, penyanyi popular Indonesia, Afgan yang akan mengadakan konsertnya pada tarikh 3 September yang juga dibawakan  oleh Obermain.  

Majlis ini juga turut dihadiri beberapa selebriti “new faces” seperti Daler Yusuf, Puteri Aishah, Daniel Woodroof dan Amelia Henderson yang sama-sama memeriahkan pelancaran outlet Obermain di Mid Valley.


kredit pic: Cik Lily Putih

Majlis ini diakhiri dengan satu peragaan koleksi terbaru Obermain yang merangkumi semua kategori produk digedung tersebut, yang melambangkan keseriusan jenama tersebut melangkan ke arah baru. 

Oh ya ada berita baik untuk semua peminat Afgan. Jika ada yang ingin memenangi tiket menyaksikan Afgan secara 'live' membuat persembahan boleh menyertainya dengan mengikuti seperti langkah dibawah :-

Untuk Peraduan Melalui Pembelian :
1. Beli mana-mana produk Obermain Footwear atau beg dari outlet Obermain
2. Email ke ob.social@transmarco.org dan terangkan "WHY YOU ARE A HUGE OF AFGAN"(tidak lebih 50 patah perkataan)
3. Sertakan sekali gambar resit pembelian. (Tarikh dan tempat pembelian haruslah jelas)

Hadiah
Hadiah Utama - 3 Diamond VIP Tickets (meet & greet)
Hadiah Kedua - 2 Diamond VIP Tickets (meet & greet)
Hadiah Ketiga (3 pemenang) - 2 Diamond Tickets (berharga RM688 setiap satu)
Hadiah Saguhati (3 pemenang) - 2 Silver Tickets (berharga RM288 setiap satu)

Untuk Peraduan Melalui Media Sosial
1. Follow Instagram dan Facebook @obermain.my
2. Hantarkan Insta/FB Video (kurang dari 1 minit) menerangkan/menunjukkan kenapa anda begitu meminati penyanyi Afgan
3. Dan kongsikan link FB penyertaan anda di FB page @Obermain.my

Hadiah
6 Pemenang Dipilih - 2 Silver Tickets (berharga RM288 setiap satu)

Tarikh pengumuman pemenang adalah pada 30 Ogos 2016 dan tiket kemenangan haruslah diambil sendiri di outlet Obermain Mid Valley pada 1 atau 2 September 2016.

Jom sertai!!!
Outlet Obermain Terbaru di Mid Valley : Jom Sertai Peraduan Untuk Bertemu Dengan Penyanyi Afgan! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 15, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.