Promosi Merdeka Hi-Tea di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

"Marilah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai bangsa dalam satu negara "
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama Malaysia

Sertai dalam keriangan sebagai Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) meraikan tahun ke-59 Malaysia merdeka dengan hidangan minum petang istimewa di restoran Royal Songket. 

Dengan pembuka selera yang menggiurkan, pelbagai variasi salad segar, sayur-sayuran gril, salmon, dada ayam panggang, pelbagai pilihan sandwic, Sotong Kangkung Berbijan dan banyak lagi.  Lebih istimewa dengan adanya Soup Green Pea dan Szechuan Sup dihidangkan dengan pelbagai jenis roti.


Hidangan tradisi dan moden seperti Laksa Johor, Puyuh Goreng Berempah, Udang Goreng Mentega, Assam Pedas ekor lembu, Daging Masak Hitam Pulau Pinang dan banyak lagi pasti memenuhi citarasa seisi keluarga.


Fried Udon Jepun dengan Shitake Mushroom,  Chinatown Yong Tau Foo, Penang Char Kuey Teow dan Pemilihan Dim Sum, murtabak durian antara menu lain yang boleh kita nikmati sepanjang hi-tea merdeka berlangsung.

Akhir sekali, kita pasti ingin menikmati pelbagai keenakan pencuci mulut seperti Cream Caramel, Fruit Jelly, Keju Tart, Cream Brulee lazat, Hot Vanilla Pudding, Bubur Cha Cha, Caramel Pop Corn dan banyak lagi. Tidak lupa juga,  Minuman Cordial, Teh Tarik, Teh dan kopi.

Berkesempatan menikmati hi-tea merdeka bersama orang tersayang di sini ternyata menjadikan sambutan Hari Merdeka tahun ini sesuatu yang manis dalam ingatan dan pastinya tidak boleh dilupakan.

Antara chef yang terlibat dalam sajian bersempena 'Merdeka Hi-tea'. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi Restoran Royale Songket di talian 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613.

Semua tawaran adalah tertakluk hanya kepada 6% GST.

Harga: RM 68.00+ (Adult) tahun ke atas;
RM 45.00+ (Warga Emas) 60 tahun ke atas;
RM 35.00+ (Kanak-Kanak) 4 - 11 tahun

Tarikh / Hari: 31 Ogos 2016 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari - 4.00 petang


Sedikit info mengenai Restoran Royale Songket 

Restoran Royale Songket merupakan restoran utama yang terletak di tingkat bawah, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan tradisional dan tempatan serta hidangan gaya Barat. Hiasan yang diilhamkan berunsur sentuhan Malaysia dengan suasana cukup kontemporari dan santai. Restoran ini mampu menampung seramai 150 pengunjung pada satu-satu masa. Ianya juga  telah memperolehi pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM. Untuk pengetahuan semua restoran ini beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, ada 7 hari seminggu.

Info terkini tentang promosi boleh layari:
https://www.facebook.com/grandbluewave
Promosi Merdeka Hi-Tea di Grand BlueWave Hotel Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 13, 2016 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.