Promosi Merdeka Hi-Tea di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
"Marilah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai bangsa dalam satu negara "
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama Malaysia
Sertai dalam keriangan sebagai Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) meraikan tahun ke-59 Malaysia merdeka dengan hidangan minum petang istimewa di restoran Royal Songket.
Hidangan tradisi dan moden seperti Laksa Johor, Puyuh Goreng Berempah, Udang Goreng Mentega, Assam Pedas ekor lembu, Daging Masak Hitam Pulau Pinang dan banyak lagi pasti memenuhi citarasa seisi keluarga.
Fried Udon Jepun dengan Shitake Mushroom, Chinatown Yong Tau Foo, Penang Char Kuey Teow dan Pemilihan Dim Sum, murtabak durian antara menu lain yang boleh kita nikmati sepanjang hi-tea merdeka berlangsung.
Akhir sekali, kita pasti ingin menikmati pelbagai keenakan pencuci mulut seperti Cream Caramel, Fruit Jelly, Keju Tart, Cream Brulee lazat, Hot Vanilla Pudding, Bubur Cha Cha, Caramel Pop Corn dan banyak lagi. Tidak lupa juga, Minuman Cordial, Teh Tarik, Teh dan kopi.
Berkesempatan menikmati hi-tea merdeka bersama orang tersayang di sini ternyata menjadikan sambutan Hari Merdeka tahun ini sesuatu yang manis dalam ingatan dan pastinya tidak boleh dilupakan.
Antara chef yang terlibat dalam sajian bersempena 'Merdeka Hi-tea'.
Semua tawaran adalah tertakluk hanya kepada 6% GST.
Harga: RM 68.00+ (Adult) tahun ke atas;
RM 45.00+ (Warga Emas) 60 tahun ke atas;
RM 35.00+ (Kanak-Kanak) 4 - 11 tahun
Tarikh / Hari: 31 Ogos 2016 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari - 4.00 petang
Restoran Royale Songket merupakan restoran utama yang terletak di tingkat bawah, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan tradisional dan tempatan serta hidangan gaya Barat. Hiasan yang diilhamkan berunsur sentuhan Malaysia dengan suasana cukup kontemporari dan santai. Restoran ini mampu menampung seramai 150 pengunjung pada satu-satu masa. Ianya juga telah memperolehi pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM. Untuk pengetahuan semua restoran ini beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, ada 7 hari seminggu.
Info terkini tentang promosi boleh layari:
https://www.facebook.com/grandbluewave
Promosi Merdeka Hi-Tea di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 13, 2016
Rating:
Banyaknya makanan. fuhhhh
ReplyDeletetrendslink- hehehe kannnn...macam2 ada :)
ReplyDeletewaaaaaaaaaw.. looks delicious
ReplyDelete