Yang Terbaru dan Istimewa Dari Golden Churn Butter
Sebagai seorang ibu saya sentiasa mencari yang terbaik buat keluarga. Saya sering mengikuti segala produk di pasaran terutama dari jenama yang sememangnya menjadi kegemaran keluarga saya.
Dan antara produk kegemaran kami tentulah lepa mentega dari jenama Golden Churn.
Paling menarik, rangkaian terbaru Golden Churn Spreadable telah memperkenalkan varian terbaru mereka iaitu lepa mentega dengan Minyak Zaitun (Extra
Virgin Olive Oil) serta lepa mentega dengan minyak Avokado. Pengenalan produk inovatif ini sekaigus memperlihatkan betapa idea bernas daripada Golden Churn
ini sememangnya telah menjadi satu penanda aras penting dalam kategori kulinari hari ini.
Tidak hairanlah dengan pengalaman selama lebih 70
tahun, Golden Churn Butter telah menjadi jenama antarabangsa yang terkemuka
dengan menghasilkan produk premium yang berkualiti serta berdiri teguh dengan
slogan “Goodness Guaranteed”. Rasa mentega enak dan lembut ini sememangnya dipercayai dan
terkenal dalam kalangan pembuat roti, tukang
masak, kaum ibu serta hampir semua pengguna yang telah menikmati saat
kenikmatan mentega bersama Golden Churn.
Golden
Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil
Melengkapi kualiti premium dan rasa Golden Churn
Butter, rasa unik Mediterranean terhasil daripada tekanan sejuk pada minyak
Zaitun dari Australia yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega
sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, mentega ini
memberikan manfaat kesihatan dari minyak Zaitun yang diperkaya dengan
antioksida serta lemak mono-tidak tepu. Ia sememangnya amat sesuai digunakan
sebagai bahan masakan, atau sapuan di atas roti.
Golden
Churn Spreadable with Avocado Oil
Gabungan citarasa ikonik Golden Churn Butter
dengan tekanan sejuk minyak Avokado
dari Australia memberikan rasa lemak dan kekacang yang turut mengandungi 25%
kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna
dan perasa tiruan, minyak Avokado bertaraf premium ini memberikan pelbagai
manfaat kesihatan. Lemak mono-tidak tepu membantu memperbaiki tona kulit,
potassium yang terkandung baik untuk melancarkan peredaran darah, serta serat
makanan juga membantu mengawal paras gula dalam badan. Berikan kepuasan
pengembaraan deria rasa anda dengan mencuba pada hidangan sandwich.
**Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil dan Golden Churn Spreadable with Avocado Oil amat mudah untuk dikenal pasti melalui reka bentuk bekas berwarna perak ‘metallic’, menyerlahkan keaggunan serta rasa & aroma premium dengan kebaikan yang terjamin.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pelancaran produk inovatif ini telah diadakan di
The Talent Lounge, Empire Damansara pada 11 Ogos 2016. Saya benar-benar teruja apabila berada di sini, dengan melihat sentuhan dekorasi
majlis yang selesa dan santai, sekaligus mampu menaikkan mood tetamu yang hadir seperti saya dengan suasana
seperti berada di dalamkediaman sendiri.
Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada
Encik Jonathan Sekhon- Pengurus Jualan yang mana beliau begitu teruja untuk memperkenalkan
produk terbaru; Golden Churn Spreadable
with Extra Virgin Olive Oil dan Golden
Churn Spreadable with Avocado Oil.
Menurut beliau,
“Dengan pengenalan 2 produk
baharu ini, Golden Churn ternyata bertambah baik. Kumpulan pakar inovasi kami
telah berjaya menggabungkan mentega yang berkualiti dengan minyak yang penuh
dengan kebaikan, akhirnya menghasilkan produk yang lazat”.
Majlis kemudiannya dihangatkan dengan demonstrasi
daripada Chef Wan. Datuk Redzuan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan
telah mencipta 2 resepi diinspirasi daripada 2 produk mentega baharu ini.
Pelbagai tips dan perkongsian dari Chef Wan sepanjang beliau menunjukkan demonstrasi masakannya. Kami juga terhibur dengan gelagatnya yang begitu bersahaja dan paling menarik kami dapat belajar resepi baru yang boleh dihasilkan dari produk Golden Churn Butter.
Golden Churn butter telah berada di pasaran Malaysia berabad lamanya dan tidak diragui lagi sebagai pilihan utama mentega premium dalam komuniti Malaysia.
Yang Terbaru dan Istimewa Dari Golden Churn Butter
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 12, 2016
Rating:
singgah pagi..
ReplyDeletesalam jumaat..♥
Nak cari laaa...
Nieyl- :) cubalah sedap:)
ReplyDelete