DASHING ADVENTURER 2.0 Inovasi Terunggul Yang Pertama di Malaysia
Lasak, pintar dan mempunyai semangat ingin tahu – ini adalah
ciri-ciri semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan
dengannya. Pada masa mudanya, seorang lelaki akan terus meneroka pelbagai cara
untuk memastikan bahawa adrenalin di dalam dirinya akan terus mengalir, sederas
aliran sungai. Sama ada beliau mengembara ke gurun atau menelusuri kembara yang
merbahaya, seorang lelaki sejati akan menangani setiap cabaran dengan
ketabahan, kekuatan dan keberanian mutlak. Tambahan pula, lelaki yang serba
boleh adalah seorang yang amat sesuai dijadikan sebagai teman.
Sebagai sebuah jenama yang melambangkan gaya santai, gaya
hidup yang menyeronokkan dan keyakinan, DASHING
sentiasa menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki Malaysia - pengeluar
pelbagai dandanan lelaki lengkap yang di cipta bagi mereka yang sedang menuju
ke puncak keyakinan mereka. Sinonim dan terkenal dengan kualiti serta wangian yang
tahan lama, DASHING membolehkan
setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian
harga yang berpatutan.
Berbekalkan semangat
yang berkobar dalam membebaskan semangat pengembara yang sebenar tersembunyi
dalam diri setiap jejaka Malaysia, DASHING
dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On.
Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan
kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0
dan EDGE 2.0.
1. BOLD
2.0
· Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan
hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya
lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan!
· Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang inginkan
kembara yang berterusan di dalam kehidupan mereka. Keyakinan sememangnya wujud
dalam diri mereka dan DASHING kini
hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.
2. EDGE 2.0
· Lapisan
citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan
haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar
menambahkan sifat “woody”. Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian
yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan, dengan segera
memberikan anda kesegaran.
· Edge 2.0 adalah perlambangan lelaki sejati di peringkat belia mereka tetapi dalam bentuk haruman; mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. Sama seperti bagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi, sekali gus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka. Sebagai jenama yang melambangkan intipati kelelakian moden,
DASHING ADVENTURER benar-benar memahami
kehendak dan keperluan lelaki aktif dan bergaya. Walaupun mereka meletakkan
kepentingan yang tinggi dalam menarik perhatian orang lain, kemudiannya
mengekalkan kesegaran dan keselesaan diri sambil menjalani aktiviti harian
mereka juga merupakan salah satu keutamaan dalam kehidupan mereka. Oleh itu,
memaksimumkan kesegaran dan keselesaan, DASHING
ADVENTURER memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk dinamik – Dedoran
semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia.· Edge 2.0 adalah perlambangan lelaki sejati di peringkat belia mereka tetapi dalam bentuk haruman; mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. Sama seperti bagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi, sekali gus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka. Sebagai jenama yang melambangkan intipati kelelakian moden,
Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan
selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang
mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan
sehingga 2 bulan. Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, pengguna juga
boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! Selain itu, teknologi
pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda
dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang
hari.
Pembungkusan baru untuk DASHING ADVENTURER merangkumi pelbagai warna bertenaga dan
premium. Pembungkusan yang unik juga disertai dengan reka bentuk sentuhan 3D
yang menarik yang akan memberikan rupa dan rasa yang eksklusif untuk pengguna
mereka. Permukaan kotak direka bertekstur untuk sentuhan elegan dan eksklusif. EDGE 2.0 direka khas dengan cetakan
tayar kenderaan berpacuan 4 roda bagi melambangkan sukan lasak dan aktiviti
luar, selaras dengan ciri-ciri seorang pengembara sejati.
Selain itu, reka bentuk kompas pada Bold 2.0 membangkitkan persona jejaka
yang 'sedia untuk bergerak' dan suka untuk mendapatkan keseronokan; meneroka
sesuatu yang baru. Dengan palet warna yang menarik lagi maskulin seperti biru, jingga
terang, merah dan hijau, DASHING
ADVENTURER membebaskan semangat pengembara terpendam anda.
**********
·
EDT 50ML – Terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan
XTREME dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
·
EDT 100ML – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE
2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST.
·
Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml – Terdapat dalam 3 variasi,
BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.· Deodoran Roll-Ons 40ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST.
REVIEW:
Suami dan anak lelaki saya telah mencuba Dashing Edge 2.0. Apa yang saya suka tentang produk ini selain daripada ianya tahan agak lama baunya. Kekuatan pada bauan lemon benar-benar memberi terapi kepada pemakai dan hanya satu semburan sudah memadai untuk memberi kesan lebih energetik. Apatah lagi ianya mula dimulakan seawal pagi sebelum memulakan aktiviti harian yang begitu hectic.
Bagi saya bauan ini sudah menunjukkan kekuasaan lelaki sebenar. Tampil lebih segar dan dinamik. Ianya mampu menyerlah potensi dalam diri sejati. :=)
DASHING ADVENTURER 2.0 Inovasi Terunggul Yang Pertama di Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 10, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...