Kasih Dalam Setiap Belaian Rambut!
Hidup di dalam arus
pemodenan yang memerlukan kita pantas dalam mengejar arus kemajuan, terkadang
kita mungkin terlepas pandang akan pilihan yang dibuat bagi keperluan harian
keluarga. Saya juga adakalanya terlepas memahami tentang minat anak-anak. Bukan hanya minat pada aktiviti semata bahkan kepada produk penjagaan diri juga mereka sudah mempunyai citarasa yang berbeza.
Adalah penting peranan sebagai ibu
bapa untuk memahami bahawa keperluan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Ini kerana kebanyakan produk penjagaan diri golongan dewasa tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.
Produk penjagaan
diri seperti syampu, kita sebagai ibu bapa perlu pastikan anak-anak kita menggunakan produk yang sesuai dengan kulit mereka sepertimana yang sering disarankan oleh pakar pediatrik.
Baru baru ini, CARRIE JUNIOR telah menganjurkan
sebuah bual bicara bagi membimbing ibu bapa memahami rambut dan kulit kepala anak-anak
dengan lebih baik. Pakar Pediatrik, Dr Roliza Ibrahim turut berkongsi cara
terbaik untuk menjaga rambut dari sudut perubatan.
Menurut Dr. Roliza,
“Adalah penting bagi ibu bapa untuk menyedari bahawa syampu dewasa tidak sesuai
untuk kanak-kanak. Bahan kimia yang terdapat di dalam syampu dewasa sekurang-kurangnya
mengandungi 2 hingga 3 kali lebih kuat daripada syampu kanak-kanak. Ia akan mendatangkan
pelbagai masalah serta ketidakselesaan pada si manja selepas penggunaan secara
berterusan. Syampu kanak-kanak pastinya dihasilkan atas faktor-faktor yang
terbaik bagi mereka”
“Syampu dewasa secara amnya
mengandungi bahan kimia yang lebih kuat untuk membersihkan habuk dan minyak selepas
melakukan aktiviti harian. Kanak-kanak yang sememangya belum mencapai tahap
akil baligh tidak menghasilkan minyak yang banyak pada kulit kepala. Hasil daripada
penggunaan syampu dewasa keatas kanak-kanak akan menyebabkan rambut serta kulit
kepala bertambah kering. Ia adalah penggalak dan akan menyebabkan rambut kusut
dan rapuh, serta kelemumur disebabkan kulit kepala yang semakin kering” tambah
Dr.Roliza.
Dalam bual bicara beliau,
Dr Roliza turut menerangkan bahawa syampu dewasa mengandungi ejen pencuci yang
kuat bagi membersihkan rambut dan boleh menyebabkan rasa pedih jika syampu
terkena pada bahagian mata. Orang dewasa mampu mengawal syampu daripada terkena
mata tetapi tidak oleh kanak-kanak. Oleh itu, syampu kanak-kanak telah dicipta
dengan ejen pencuci yang lebih sederhana dan lembut bagi memastikan ia radang
pada mata dan tidak menyebabkan rasa pedih. Selain itu, kulit kepala kanak-kanak
yang masih halus dan sensitif mampu terdedah kepada iritasi kulit jika mereka
mula menggunakan syampu dewasa pada usia muda.
Mr Billy Law, Pengurus
Pemasaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd, berkata di dalam ucapannya, “Rambut
& kulit kepala kanak-kanak secara semulajadinya lebih halus berbanding orang
dewasa dan sebab itulah kanak-kanak memerlukan produk yang dicipta
khusus untuk mereka. CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control adalah syampu 2 dalam 1
dengan perapi yang diperkaya dengan nutrien Zaitun membantu meluruskan
rambut serta mengekalkan kelembutan, mudah diurus dan halus selembut sutera.
Lembut pada mata, CARRIE JUNIOR Children Shampoo – Detangling & Frizz Control – berada pada pH yang seimbang serta rumusan yang lembut, selamat untuk kanak-kanak”.
Selepas bual bicara berlangsung,
CARRIE JUNIOR telah mengadakan
pertandingan persahabatan antara 5 pasangan ibu bapa dan anak untuk melihat
siapakah yang mampu menghasilkan dandanan rambut yang rapi dan cantik untuk anak
mereka dalam masa 10 minit. Pemenang ditentukan melalui undian oleh rakan media
yang hadir pada majlis tersebut. Pemenang
membawa pulang hamper CARRIE JUNIOR beserta baucer tunai bernilai RM200 manakala
peserta yang lain turut diberi hamper CARRIE JUNIOR sebagai hadiah penghargaan.
CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control adalah penyelesaian kepada masalah
rambut setiap kanak-kanak.
Terdapat dalam 2 wangian buah-buahan segar; Silky Cranberry dan Smoothie
Raspberry, syampu CARRIE JUNIOR Kids
Shampoo – Detangling & Frizz Control membantu untuk meluruskan rambut serta mengawal kekusutan agar rambut lebih
halus, terurus dan selembut sutera.
CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control
CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control
merupakan syampu 2 dalam 1 dengan
perapi yang diperkaya dengan nutrien Zaitun yang membantu meluruskan rambut
serta mengekalkan kelembutan menjadikan ia mudah diurus dan sehalus sutera.
Lembut pada mata, CARRIE JUNIOR Children
Shampoo – Detangling & Frizz Control juga berada pada pH seimbang dengan rumusan yang lembut dan selamat pada kanak-kanak
Dipertingkatkan dengan Fruito-E,
yang diperkaya dengan vitamin dan nutrien, syampu ini menyubur serta melindungi
rambut dan kulit kepala kanak- kanak. Padat dengan wangian buah-buahan yang
harum dan segar, rambut serta kulit kepala kanak-kanak kekal bersih dan terasa
segar kerana CARRIE JUNIOR Kids
Shampoo – Detangling & Frizz Control meninggalkan wangian yang menyenangkan. Si manja anda dapat berehat pada
ketika menggunakan syampu pada waktu mandian sambil menikmati aroma kemanisan
buah kranberi atau rasberi yang membantu menenangkan deria mereka. Ia pasti menjadi
satu kegembiraan buat kedua-dua ibu bapa dan anak tatkala menyikat rambut yang
halus, lembut dan terurus kini menjadi lebih mudah.
CARRIE JUNIOR Children Shampoo – Detangling & Frizz Control boleh didapati dalam 3 jenis saiz 90g (RM4.65)*,
280g (RM10.70)* dan 700g (RM23.75)*. Rangkaian produk CARRIE JUNIOR boleh
didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi-farmasi utama di
seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.
CARRIE JUNIOR boleh didapati di semua pasaraya utama,
pasaraya hyper, farmasi, serta rangkaian pasaraya terkemuka.
Kasih Dalam Setiap Belaian Rambut!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 09, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...