Kisah Mistik : Gadis Misteri di Kem Lama
Usai selepas tamatnya peperiksaan SPM, sambil mencari-cari
kerja sementara sebelum keputusan keluar saya telah menyertai satu program
anjuran Belia 4B di kawasan perumahan saya. Pada mulanya saya agak malas untuk
menyertai tetapi apabila ajakan kawan setaman perumahan yang begitu
bersungguh-sungguh. Saya akur dengan permintaan dan saya menyertainya bersama 2
rakan yang lain.
Hubungan saya, Eida, Cik Ha dan Anis bukanlah terlalu akrab
tetapi kami mempunyai hubungan yang baik memandangkan umur kami yang tidak jauh
berbeza serta lokasi rumah juga agak berdekatan. Dipendekkan cerita kem Belia
kali ini diadakan di sebuah kem lama yang agak terbiar di daerah Pontian,
Johor. Seramai 40 peserta lelaki dan perempuan telah menyertainya. Dan jadual
aktiviti sememangnya padat dari hari pertama lagi.
Dari pusat berkumpul sehinggalah ke kem penginapan mengambil
masa lebih kurang 1 jam. Kami telah tiba dalam pukul 10 pagi tanpa ada sebarang
kesulitan sepanjang perjalanan. Saya sebenarnya agak kecewa dan terkejut apabila
pertama kali melihat keadaan kem penginapan tersebut. Dengan persekitarann seumpama
kawasan terbiar, kekurangan fasiliti dan kedudukannya begitu hampir dengan
hutan yang agak jauh dari rumah-rumah penduduk kampung di situ.
Sampai di destinasi, kami sudah diberi arahan untuk memasuki
dorm (bilik yang mempunyai 4 katil bertingkat) yang boleh didiami seramai 8
orang dalam satu bilik. Saya, Eida, Cik Ha dan Anis memang sepakat untuk berada
satu bilik bersama 4 orang rakan lain yang baru sahaja kami kenali di sana.
Hakikatnya saya sudah lupa nama-nama mereka, tapi biarlah saya gelarkan mereka
Lia, Umi, Mira dan Aisyah (bukan nama sebenar).
Bilik agak berbau kepam, biarpun tilam agak berbau tetapi
yang kami tidak sanggup nak lalui ialah keadaan bilik air didalam kolah penuh
dengan cacing halus. Bayangkan betapa teruknya fasiliti yang tidak terjaga di
kem penginapan tersebut. Tapi saya anggap ini adalah satu cabaran untuk belia
seperti saya, maka kami bersepakat untuk membersihkan segala ruang genap
kawasan bilik tidur dan bilik mandi sehingga benar-benar bersih.
Dan saya perasan didalam bilik air terdapat sebuah cermin
lama. Biarpun nampak lama, tapi rangka cermin itu kelihatan begitu cantik (dibuat
dari kayu jati). Cuma saya rasa agak pelik bila melihat cermin tersebut
biarpun jasad rangkanya seperti barangan lama tetapi ianya tetap nampak bersih
(tiada habuk) jika dibandingkan dengan keadaan bilik dorm ketika kami pertama
kali melangkah masuk.
Selesai sahaja mengemas dalam tempoh sejam kami diminta untuk
berkumpul di dewan makan. Kawasan makan ini juga agak kecil, dan kelihatan
sekumpulan pekerja katerer seolah-olah baru sampai dan masukkan premis yang
kami berkumpul. Kedengaran juga bunyi suara merungut seolah-olah kurang senang
dengan keadaan dewan makan yang memerlukan berada di situ selama 4 hari 3 malam
lamanya.
Penerangan dan peringatan oleh pegawai kem yang bertugas.
Saya masih ingat lagi amaran beliau tentang kawasan yang kami duduki.
“Kem ini lama dah ditutup. Sebab itu kamu nampak ianya penuh
bersawang dan kotor. Untuk pengetahuan semua, kem ini dulunya asal sebuah
sekolah pondok yang telah ditarik balik pengiktirafannya atas sebab-sebab yang
tidak diketahui. Jadi, peluang saya membawa kamu semua ke sini dan berkursus
sambil melakukan aktiviti bagi memulihkan kembali keadaan suram kem ini setelah
lama tidak dihuni. Kamu perlu berdisiplin sepanjang aktiviti dijalankan. Tidur
WAJIB pukul 10 malam, tidak boleh lewat. Jangan ambil dan guna barang yang bukan
hak milik kamu terutama barang asal yang terdapat di kawasan kem. Jangan
bercakap celupar. Jangan riak dan takbur. Bagi perempuan yang uzur, kamu perlu
sentiasa bersih dan jaga kebersihan barangan kamu. Semua yang bersolat WAJIB
solat..”Dan banyak lagi sebenarnya.
Dan pada hari pertama, satu aktiviti telah direncanakan yang
mana beberapa remaja dari kawasan tersebut serta berdekatan telah hadir dan menyertai
program kami di situ. Yang membezakanya hanyalah mereka tidak perlu menginap di
kem. Selepas aktiviti tamat mereka akan pulang ke rumah masing-masing. Jadi
kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan mempunyai ahli
yang terdiri dari kalangan remaja dari kawasan kampung tersebut.
Kisahnya bermula dalam satu kumpulan yang disertai oleh Lia,
ada seorang remaja dari kampung berdekatan membuka cerita kisah di sebalik kem
terbiar tersebut. Menurutnya, kem ini memang sebenarnya adalah sekolah pondok
yang diasaskan oleh seorang pengamal ajaran sesat (katanya). Pada mulanya
sekolah pondok ini mendapat sambutan dikalangan penduduk di situ. Tetapi lama
kelamaan ianya semakin sunyi dan pelajarnya kebanyakan terdiri dari orang-orang
luar. Ini memandangkan penduduk kampung mula merasakan sesuatu yang tidak betul
tentang sekolah pondok tersebut. Namun, tiada siapapun yang mengambil peduli
dan tahu tentang aktiviti sekolah itu. Bahkan guru mengajarnya jarang benar
bergaul dengan penduduk kampung.
Katanya lagi…
“Ada orang cerita, tak tahu betul atau tidak. Berhampiran
dengan kem ini ada kubur. Tapi tak pasti betul atau tidak. Orang kata kubur tak
bertuan yang dibuat pemujaan. Sebab ada pernah orang kampung nampak, setiap hari
Khamis malam Jumaat, ada bacaan laungan seakan berzanji (wirid agak pelik), dan
kelihatan beberapa orang pelajar duduk di kawasan seperti kubur dengan memakai
tali di kepala warna kuning. Ada bau kemenyan juga”.
Yang lagi pelik. Pernah ketua kampung disitu didatangi
seorang perempuan agak berusia menangis-nangis meminta pertolongan darinya
untuk menarik balik anak perempuannya dari menyertai sekolah tersebut.
Bertambah lagi peliknya, ketua kampung hanya balik seorang diri biarpun asalnya
beliau pergi bersama mak cik tadi. Sejurus kembali, ketua kampung tersebut
hanya membatukan diri. Tidak mengeluarkan sepatah perkataan. Cukup seminggu,
ketua kampung mula bercakap seorang diri, berhalusinisasi dan mengalami simpton
lelaki terlalu nyanyuk. Biarpun usianya ketika itu dalam 40 tahun lebih. Atas
sebab kesihatan, keluarga beliau telah berpindah ke mukim lain dan ketua
kampung baru lain dilantik. Ada juga yang bercerita yang rumah ketua kampung
juga seperti diganggu, contohnya bunyi derapan kaki atas bumbung, pintu depan
rumah diketuk bertalu-talu, wajah lelaki tua di kamar mandi dan banyak lagi. Cerita
hanya tergantung di situ.
Sekembali dari perbincangan dalam kumpulan. Kawan dorm kami
Lia membuka cerita mengenai kisah yang didengarinya tadi. Marah betul saya
ketika itu, memandangkan hari pertama kami berada di sini sudah ditakutkan
dengan cerita-cerita sebegini. Saya memang tidak mahu mengambil pusing tentang
segala cerita seram yang disampaikan. Biarpun kawan-kawan lain bersungguh-sungguh
berbincang dan bercerita perkara tersebut.
Saya terlena. Mungkin terlalu penat perjalanan dan juga
keadaan yang perlu kami berhempas pulas di siang hari. Saya terasa seseorang
menggerakkan tubuh saya. Kaget juga saya biarpun sedang mamai saya gagahi juga
membuka mata sambil mengerling jam di telefon Nokia 3310 di sebelah bantal yang
menunjukkan jam 4.10 pagi. Cik Ha rupanya. Dia bisik ke telinga saya. “Aku nak
tidur dengan kau. Tiba-tiba aku rasa seram.” Saya mengesot sedikit dan
memberikan beliau sedikit ruang untuk tidur bersebelahan saya.
Dalam 6.oo pagi saya dikejutkan dengan bunyi siren yang mana
semua peserta kem perlu bangkit untuk solat subuh berjemaah. Saya bangun dan
belakang badan saya terasa lenguh bisa-bisa. Ketika saya memaling muka ke
sebelah, Cik Ha tidak kelihatan. Tapi saya dapat lihat Cik Ha tidur bersama
kawan saya Hanis dan Eida. Siap rapat katil lagi. Hanya saya seorang yang
terasing di katil bertingkat itu. Yang lain-lain berhimpit dengan 2 katil yang digabungkan.
Penuh bahagian atas dan bawah. Saya diam bergegas ke bilik air berebut-rebut
dengan rakan lain untuk pergi bersolat.
Selesai solat, kami hanya punyai masa 15 minit untuk bersiap
sebelum ke aktiviti seterusnya. Jadi kami membuat keputusan untuk mandi
serentak (secara berkemban). Ketika saya menjirus air ke badan, Cik Ha tegur
saya. “Wehhh kenapa kat belakang badan kau, macam lebam-lebam hitam ni. Siap
ada garis cam kena cakar pun ada”. Saya memang terasa pedih sikit di bahagian
belakang tapi tidaklah menyangka ada lebam. Mungkin juga sebab saya berhempas
pulas membersih, menyebabkan badan saya sakit sehingga sampai kelihatan lebam,
sangkaan saya ketika itu. Saya terus mengusik Cik Ha, “Dah kau tidur sebelah
aku ganas sangat apesal. Dahlah tilam tu kecik, sampai sakit-sakit belakang aku
kau tolak”
Terus ekspresi muka Cik Ha berubah dan dengan spontan beliau
menjawab “Bila pula aku tidur sebelah kau. Aku dari semalam malam tidur kat
tengah-tengah dekat katil yang kitaorang rapatkan”.
Saya diam. Membatu dekat situ. Malas nak fikir, cepat-cepat
saya habiskan mandian dan bersiap sedia untuk ke acara aktiviti seterusnya.
Pagi itu kami diberi arahan untuk menyediakan satu persembahan untuk malam
ketiga (malam terakhir). Jadi setiap kumpulan perlu memikirkan bentuk
persembahan apa yang boleh dilakukan dan ianya adalah pertandingan. Dan kami dibenarkan
berlatih selepas isyak, tetapi harus ditamatkan latihan sebelum pukul 10 malam.
Cuba bayangkan dalam tempoh satu jam lebih sahaja yang diperuntukkan yang
sememangnya setiap kumpulan begitu tertekan dengan masa latihan yang
diperuntukkan
Aktiviti siang hari adalah yang seperti ceramah
kepimpinan,kerja berkumpulan. Dan saya perasan Lia sering duduk keseorangan dan
bercakap sendiri. Keadaan beliau bukan hanya saya sahaja sedari bahkan Cik Ha
dan Ieda juga perasan perkara yang sama. Tiba waktu makan tengahari, ketika
kami kembali sebentar ke dorm. Ieda bertanyakan dengan Lia, kenapa beliau suka
bersendiri dan membebel sengsorang. Lia agak terganggu dan marah juga dengan
Ieda dengan pertanyaan itu. Terus Lia menjerit kendengaran seperti makian juga di
telinga saya ‘Weiii perempuan gemuk, aku borak dengan kawan akulah. Memanglah
ko tak kenal dia budak kampung ni. Yang kau sibuk sangat kenapa. Kau ingat aku
gila cakap sorang-sorang’..
ALLAH..terkelu saya dan rakan-rakan yang ada dalam dorm
ketika itu. Karektor Lia yang mula-mula kami kenal 360 darjah tidak sama. Lia ini
kalau ikutkan beliau agak lemah lembut, pendiam dan penakut. Tetapi kali ini
beliau nampak lebih bengis dan garang. Pujuk hati saya ketika itu, siap saya bersangka
baik lagi, mungkin ini adalah karektor beliau sebenar-benarnya dan mungkin juga
beliau sedang stress.
Bermula waktu solat Zohor hari itu, Lia tidak lagi bersolat.
Pelik juga. Kami diamkan sahaja. Waktu asar, salah seorang dari kami mengajak
beliau untuk bersolat sama. Tetapi Lia merengus dan terus masuk ke dalam bilik
air. Dan beliau bersiul-siul kecil didalam bilik tersebut.
Dikalangan kami, Anis adalah antara yang paling berani sekali.
Biarpun jenis yang tidak bercakap banyak tetapi Anis ini macam pandai baca karektor
dan boleh mengkaji perangai seseorang. Anis ada meluahkan perasaannya tentang
Lia kepada kami. Katanya beliau dapat rasakan yang kita nampak itu bukan Lia
yang sebanrnya. Memang suspen. Tetapi memandangkan kami hanya perlu berada di
kem ini selama tempoh 3 malam sahaja, jadi kami hanya mendiamkan perkara ini sesame
ahli bilik sahaja.
Malam kedua kami tidur di situ. Lia meminta saya bertukar
katil dengannya. Katanya beliau mahukan sedikit privasi. Saya dengan gembiranya
menerima permintaan beliau. Ini kerana saya dapat rasakan tidur bersama
rakan-rakan dalam keadaan berhimpit lebih rasa selamat. Saya tidur paling
hujung rapat ke dinding. Manakala Anis hujung sebelah sana, Cik Ha dan Ieda
berada ditengah-tengah. Bersempit-sempit kami di ruang katil bawah. Di katil
atas ada 3 rakan lain yang turut tidur bersempit. Hanya Lia yang tidur
keseorangan di katil yang lagi satu. Sebuah lagi katil dibiarkan tidak
berpenghuni.
Saya tidak sedar pukul berapa ketika itu. Tetapi kedengaran
pintu bilik air berkuak seolah dibuka untuk dimasuki sesorang. Saya pura-pura
tidur dan hakikatnya saya telah memaksakan diri untuk tidur setelah secara
tiba-tiba terjaga. Kedengaran suara perempuan bersiul-siul kecil. Kemudian,
kedengaran seperti bacaan wirid ataupun seumpama mentera yang sangat laju
bunyinya. Saya terus memeluk kawan yang baring disebelah. Saya tidak ingat
siapa, tetapi rasanya Ieda. Terasa tangan beliau juga memegang tangan saya
dengan kuat. Kemudian suara didalam bilik air itu tidak kedengaran. Bunyi pintu
terkuak, kedengaran tapak kaki berjalan menghampiri katil yang ditiduri oleh
Lia. Dan saya dapat merasakan perempuan yang ke bilik air itu tadi adalah Lia. Saya
sememangnya tidak selesa, sentiasa memusingkan badan ke kiri dan ke kanan. Dan
pada satu ketika postur badan saya berbaring tengah yang mana muka menghadap di
atas. Saya secara tiba-tiba automatik membuka mata kerana terasa ada hembusan
di wajah. Terus saya menjerit kuat Allah kerana terlalu terkejut wajah Lia
betul-betul di hadapan muka. Cuba bayangkan dalam posisi saya baring ketika itu,
kelihatan wajah seseorang di depan mata. Jeritan saya itu mengejutkan
rakan-rakan bersebelahan. Anis bangkit dan
terus membuka lampu dorm kami. Saya tidak membuka cerita tetapi sempat
mengerling katil yang dihuni Lia, dan beliau ada di situ. Tanpa bercerita
panjang, kami terus mengambil keputusan
untuk lampu terus dibiarkan pasang menyala sehingga pagi.
Seperti biasa siren mengejutkan kami di waktu subuh. Dan
yang peliknya Lia tiada di katil. Bertambah pelik, cermin di bilik air ada
cebisan kain kuning diikatkan pada ruang penggantung dan cermin tersebut. Yang
mana kami memang pasti cermin itu tidak memiliki kain itu sebelum ini. Selesai
solat dan sarapan. Kelibat Lia juga tidak kelihatan. Kami ada bertanyakan juga
kepada peserta kem lain dan masing-masing memberi jawapan yang sama, ‘tidak nampak.
Kali terakhir malam semalam sebelum masuk tidur ke dorm masing-masing’.
Akhirnya kami membuat keputusan untuk melaporkan kehilangan misteri Lia kepada
pihak urusetia. Salah seorang pegawai kem disitu menasihatkan kami, untuk tidak
memperbesarkan hal bagi mengelakkan peserta kem lain berasa terlalu bimbang dan
memikirkan perkara yang bukan-bukan. Sebenarnya ketika itu, saya benar-benar
ingin menceritakan segala kejadian aneh yang berlaku tetapi terasa begitu berat
mulut untuk menceritakan memandangkan pegawai kem berkali-kali pesan dengan
kami untuk tidak terlalu bercerita tentang perkaran seram yang boleh menjadikan
emosi kami lemah dan tidak berani.
Pada asalnya kami akan akan melakukan aktiviti jungle trekking
pada petang tersebut. Tapi secara tiba-tiba agenda aktiviti bertukar yang mana
kami dibenarkan untuk berlatih bagi persediaan persembahan malam terakhir.
Namun, kami yang tinggal dalam satu dorm telah dipanggil oleh pihak urusetia ke
dewan makan. Di sini, kelihatan bukan sahaja urusetia bahkan 4 orang yang berwatakkan
seperti ustaz menanti kami di situ.
Soalan pertama yang diutarakan kepada kami. Bila berlakunya
keadaan pelik yang terjadi Lia. Pada asalnya kami berpendapat sejak Lia bersiul
dalam bilik air. Tetapi apabila salah seorang kawan kami membuka cerita yang
Lia sebenarnya berubah setelah berbaik dengan salah seorang remaja di kampung
itu dan kami yang lain sememangnya tidak menyangkalnya. Selepas itu, Cik Ha dan
saya diarahkan untuk mencari dan memanggil remaja tersebut untuk berjumpa
urusetia di dalam dewan makan. Kami pergi ke tempat latihan kumpulan Lia. Dan
alangkah terkejutnya apabila kami diberitahu kumpulan mereka cuma ada 2 orang
ahli dari kampung tersebut sejak hari pertama lagi dan mereka tidak pernah
berbual mesra dengan Lia. Dan seingat saya Lia pernah bercerita kawannya
perempuan tetapi 2 ahli kumpulan dari kampung tersebut adalah lelaki. Bertambah
lagi kami keliru apabila semua ahli kumpulan Lia juga menyatakan yang Lia tidak
pernah menyertai perbincangan tetapi beliau lebih suka duduk di satu sudut sambil
bercakap seorang diri. Ini sepertimana yang biasa kami nampak keadaan Lia
sepanjang aktiviti dijalankan.
Persoalannya siapakah remaja perempuan yang berasal dari kampung tersebut yang telah menceritakan segala sejarah kem tersebut kepada Lia?
Yang dikatakan sering bersama Lia?
Persoalannya siapakah remaja perempuan yang berasal dari kampung tersebut yang telah menceritakan segala sejarah kem tersebut kepada Lia?
Yang dikatakan sering bersama Lia?
Bertambah lagi kami pening, dimana Lia sekarang berada?
Saya dan Cik Ha kembali ke dewan dan menceritakan segala
perkara yang kami tahu. Ustaz meminta untuk dibawa ke dorm kami menginap. Dan
perkara ini diserahkan kepada pihak urusetia dan kami yang lain perlu ke
kumpulan masing-masing untuk menyertai sesi latihan. Petang itu juga kami dikhabarkan
ustaz-ustaz bersama beberapa pegawai kem telah membuat tinjauan secara
menyeluruh di kawasan kem penginapan kursus kami itu.
Selesai aktiviti petang ketika kami bersiap-siap untuk solat
maghrib, kami diarahkan untuk berpindah ke dorm lain. Kali ini dorm yang lebih
luas dan berkongsi dengan dua orang urusetia perempuan di situ. Di sana sudah kelihatan
Lia didalamnya, beliau sedang tidur. Nampak beliau begitu letih. Kami diberi
isyarat pegawai di situ untuk tidak bertanyakan sebarang soalan mengenai Lia.
Malam itu adalah malam terakhir. Malam yang mana kami setiap
kumpulan akan membuat persembahan dihadapan peserta yang lain. Kumpulan saya
telah memilih persembahan pentomin. Sketsa yang tiada suara cuma ada pencerita.
Tibanya pada persembahan ketiga, yang mempersembahakn tarian kuda kepang. Ketika
itu malam masih muda, rasanya dalam pukul 9 lebih. Sedang mereka rancak membuat
persembahan, dengan hanya menggunakan paluan tin-tin dan baldi. Serta penarinya
hanya menggunakan pelepah kelapa yang diibaratkan seperti kuda. Tiba-tiba salah
seorang penonton di situ jatuh berguling-guling. Kami penonton disitu menjadi panik.
Tetapi ketua dalam persembahan tersebut memberi isyarat kepada ahli-ahlinya
untuk teruskan persembahan. Saya pelik juga, sebab nampak keadaan seperti tidak
terkawal, seolah penonton yang berguling itu terkena rasukan. Cuba bayangkan
bagaimana seseorang itu boleh berguling-guling seolah ianya digulingkan oleh
seseorang. Tapi persembahan diteruskan. Ok, yang paling saya macam kagum dan
rasa pelik. Ketika bunyi muzik diteruskan, ketua dalam kumpulan tersebut
beberapa kali melibas-libas lantai dengan cemeti. Setiap kali beliau melibas cemeti
ke tanah semakin teruk penonton yang dirasuk tersebut berguling. Dalam tempoh
tersebut seorang penonton turut lagi rebah dan berguling sama. Keadaan ini
berhenti apabila muzik habis dimainkan, maknanya persembahan telah tamat. Dua
peserta kem yang berguling seakan sedar dan kelihatan mereka begitu penat. Saya
tidak tahu apa yang terjadi tapi kelihatan ketua dalam persembahan tersebut
membaca sesuatu ditiupkan dalam air dan
beliau dikelilingi pegawai kem sejurus kejadian itu.
Acara persembahan untuk malam tersebut dihentikan. Kiranya
persembahan tarian kuda kepang itu menjadi persembahan terakhir. Untuk persembahan
kumpulan seterusnya dibatalkan atas sebab-sebab yang kurang jelas. Kami semua
diminta ke bilik masing-masing dan diarahkan untuk tidur awal memandangkan esok
seawal pagi kami akan berangkat pulang.
Berada didalam dorm baru ini, kami telah diberikan doa ini.
Maksudnya:
Aku memohon pertolongan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna,dari kemurkaan dan azab-Nya,daripada kejahatan hamba-Nya dan hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku..
Aku memohon pertolongan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna,dari kemurkaan dan azab-Nya,daripada kejahatan hamba-Nya dan hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku..
Kami juga diarahkan untuk membaca 4 Qul sebelum tidur dan
tidak dibenarkan untuk bercerita atau berkata apa sahaja mengenai kejadian
pelik sepanjang berada didalam kem tersebut. Malam tersebut kami tidur nyenyak
tanpa sebarang gangguan. Oh ya! Lia sudah tidak ada di dorm pada malam tersebut saya
dikhabarkan beliau telah dihantar pulang malam itu juga.
Keesokkannya kami bertolak balik tetapi sebelum saya menaiki
bas, sempatlah saya Ieda, Anis dan Cik Ha melalui dorm yang kami duduki ketika
pertama kali sampai disitu. Kelihatan dihadapan pintu sudah ada notis tidak
dibenarkan masuk dan kami dapat rasakan sesuatu yang pelik ketika melepasi
kawasan tersebut. Seolah ada bayangan mata yang sedang memerhati di celah-celah
cermin tingkap.
Perjalanan selama 2 jam berakhir dengan selamat. Tibanya ke destinasi, 2 urusetia perempuan yang sebilik kami pada malam terakhir mengajak kami minum bersama dulu sementara menanti penjaga datang menjemput kami pulang. Dan sebenarnya, saya dan rakan-rakan menumpang ayah Cik Ha, jadi Cik Ha sudah berpesan dengan ayahnya terlebih dahulu untuk tidak datang menjemput kami terlalu awal.
Perjalanan selama 2 jam berakhir dengan selamat. Tibanya ke destinasi, 2 urusetia perempuan yang sebilik kami pada malam terakhir mengajak kami minum bersama dulu sementara menanti penjaga datang menjemput kami pulang. Dan sebenarnya, saya dan rakan-rakan menumpang ayah Cik Ha, jadi Cik Ha sudah berpesan dengan ayahnya terlebih dahulu untuk tidak datang menjemput kami terlalu awal.
Cerita mistik A-Z terungkai disini. Rupanya yang dikatakan
kawan Lia yang bercerita kepadanya itu tidak wujud. Tidak ada nama peserta
jemputan seperti yang diberitahu oleh Lia setelah beliau ditanya berasak kali
ketika mereka menjumpai Lia setelah hilang lebih dari 4 jam. Dan Lia ditemui di
bawah pokok pisang yang tua tidak berbuah begitu dekat dengan kawasan dorm lama kami. Tetapi yang hairannya dalam tenpoh 4 jam mereka mencari, akhirnya setelah
salah seorang ustaz membaca satu doa (saya lupa doa apa), baru Nampak kelibat
Lia di situ dengan keadaannya dirinya yang bau wangi (bau bunga kemboja) tetapi
sedang menangis. Pertama kali mereka berjumpa Lia, beliau tidak boleh memberi
respon atau berkata-kata dan apa yang beliau mampu hanyalah menangis tersedu-sedu sambil
arah bola mata hanya melihat hujung ibu jari kaki kanan. Salah seorang ustaz
tersebut, memicit ibu jari kanan Lia sambil membaca satu potongan ayat sebanyak
3 kali. Dan kaki jari Lia yang ada kelihatan kehitaman mula nampak kemerahan.
Lia berhenti menangis dan beliau mengadu penat. Namun sebelum beliau dibawa
untuk tidur di dorm baru, ustaz tersebut berasak-asak bertanyakan tentang apa
sebenarnya yang terjadi.
Lia mengaku, pertama kali beliau sampai di kem tersebut.
Beliau telah mengelap cermin yang terdapat didalam bilik air. Beliau tiba-tiba
rasakan perasaan yang begitu bahagia dan terlalu gembira. Sejurus beliau
melihat mukanya dicermin tersebut seakan ada bayangan lain tetapi dia begitu
taksub melihat wajahnya di cermin tersebut. Kemudian rakan-rakan lain memasuki
bilik air tersebut dan mula membersihkan kolah dan lantai didalam bilik itu.
Patutlah saya perasan cermin di situ sahaja kelihatan bersih dan baru rupanya
telah dicuci terlebih dahulu oleh Lia. Masa semua orang bersiap-siap keluar ke
dewan makan untuk sesi pengenalan beliau disapa oleh seorang gadis berlitup
dengan kain hitam dan mengajaknya untuk berjalan sama. Saya tidak ingat nama
gadis yang diberitahu oleh Lia kepada urusetia. Tetapi gadis tersebut mengaku
berasal dari kampung tersebut dan bercerita begitu banyak kisah tentang sejarah
asal kem tersebut iaitu sekolah pondok lama. Mereka menjadi rapat katanya Lia
lebih senang menghabiskan masa bersama remaja tersebut berbanding perbincangan
bersama ahli kumpulan yang lain. Masalahnya hanya Lia seorang sahaja yang nampak gadis misteri tersebut.
Dan saya juga dikaitkan dengan kemarahan gadis itu memandangkan
saya sentiasa merungut tentang keadaan dorm tersebut. Dan juga cara pandangan kepelikan
saya terhadap cermin didalam bilik air tersebut menyebabkan gadis itu memang
geram dengan saya. Mungkin sebab itu mengapa kelihatan lebam di badan saya dan kelibat muka Lia di
betul-betul hadapan saya ketika saya berbaring hari itu. Kejadian rasukkan
ketika persembahan juga ada dikaitkan dengan Lia. Walaupun ada yang mengaitkan
tentang naik syeikh kerana terpukau dengan alunan muzik kuda kepang. Saya juga
dipahamkan, persembahan perlu diteruskan dan tidak boleh diberhentikan
sehinggalah muzik selesai. Jika ianya diberhenti secara tiba-tiba mereka yang
dirasuk menjadi lebih teruk. Ianya juga dikaitkan
roh gadis yang berdendam itu marah kerana pihak urusetia telah menghantar Lia untuk pulang ke
rumahnya. Dan saya dipahamkan Lia terus dihantar untuk berubat untuk memutuskan
segala hubungan dengan roh gadis ini.
Kami juga diberitahu, ustaz yang membantu Lia disitu dapat
berkomunikasi dengan roh gadis tersebut sebenarnya dalam keadaan marah, keliru
dan dendam. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui punca. Tapi setelah mendengar
cerita dari Lia, menggambarkan seolah arwah gadis ketika bersekolah disana telah dirosakkan hidupnya
sehingga beliau bertindak membunuh diri ataupun dibunuh. Ini kerana tidak ada
bukti yang kukuh, tidak ada siasatan polis dan sebagainya. Cuma ianya andaian-andaian
berdasarkan bukti yang tidak jelas.
Kejadian mistik dan pelik ini masih saya ingat sehingga
sekarang dan untuk saya kembali ke tempat itu mengembalikan memori lama,
mungkin tidak sekali.
Waima saya tidak mahu lagi hidup ini diselubungi misteri
kisah mistik.
Trailer tentang filem Volkswagen Kuning
Di kala malam menjelma..
Dendam kesumat membawa...
Misteri Volkswagen Kuning menghantui pengguna jalan raya....
Jangan dicabar, dia mencari, jangan salah pilih jalan, kekuatan emosi halangan segalanya!
#VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetis
Kisah Mistik : Gadis Misteri di Kem Lama
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 14, 2016
Rating:
seramnya,
ReplyDeleteiena pn pernah terkene ..suara perempuan mcm dtg berwirid tu
..mmg meremang bulu roma dgr
iena-...org kata suara langsuir..tak sure betul ke tidak huhu
ReplyDelete