Promosi Terkini di Restoran D'Kayangan!


Peminat steamboat pasti mengenali Restoran D'Kayangan yang terletak di Shah Alam. Dibuka setiap hari bermula dari jam 5 petang sehingga ke lewat malam. Dengan menawarkan pelbagai hidangan makanan laut yang boleh digrill ataupun dimasukkan samada dalam sup mahupun kuah tom yam.


Berpeluang menikmati hidangan di sini dan kali ini ditemani beberapa rakan blogger dan juga famili sememangnya tidak akan saya lepaskan. Dengan pelbagai hidangan laut serta perapan daging ternyata kualiti rasanya tetap sama seperti dulu ~ enak tidak terkata. Namun, kali ini D'Kayangan telah menambah baik hidangan dengan memperkenalkan pelbagai lagi menu bagi memenuhi citarasa pelanggan-pelanggan yang hadir ke sini.


Antara yang menarik di D'Kayangan...
Pelbagai jenis perapan bahan mentah daging, ayam, dan juga ikan.

Begitu juga pilihan hidangan laut segar. Pelbagai jenis hidupan ditawarkan. Antaranya seperti:-


Ni baru sikit jer, banyak lagi sebenarnya. Memang sedap dimasukkan segala aneka hidupan segar ini didalam steamboat. Fuhhhh...teringat-ingat sup tomyam di D'Kayangan :=)

Fish ball, meat ball, crab ball....semuanya ada...lazat-lazat belaka :)

Perlu ada keseimbangan diet. Jadi sayur jangan dilupa ya!

Pilihan segala macam jenis mee...Kegemaran anak-anak ni :p

Nak makan kambing bakar? Dekat sini ada ya! Ditawarkan setiap hari tau.

Terdapat juga masakan panas seperti sayur goreng, mee hoon goreng, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan pelbagai lagi.

Buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Minuman sejuk dan panas. Pilih sahaja. Saya memang sukakan teh tarik di sini. Sedap!

Ice Monster! Seperti ais kepal yang berperisa. Memang enak dijadikan sebagai penutup bicara dalam hidangan. Makan sejuk-sejuk secara santai bersama ahli keluarga yang lain.



Bermula 1 September 2016, di D'Kayangan telah menawarkan harga buffet Merdeka iaitu RM33 sahaja. Dan bersempena dengan tawaran ini, D'Kayangan juga menawarkan hidangan istimewa seperti "The Devil Curry" atau Kari Debal (kari daging yang memang meletop) makan bersama nasi pelangi mahupun nasi putih panas-panas. Begitu juga hidangan istimewa iaitu ayam 65, memang unik rasanya. Sedap wooo.

Hidangan ayam 65

Nasi Pelangi

 Promosi bersempena dengan Buffet Merdeka, harga yang ditawarkan adalah RM33 (dewasa). Dan lebih istimewa hanya setiap hari Ahad ditawarkan buffet lunch yang bermula dari 11 pagi sehingga 3 petang, harga yang ditawarkan adalah RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak)

Mana nak dapat harga sebegini murah uolls...

Nom..nom...
Ni apa yang sempat saya makan...Semuanya sedap-sedap...
memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan tau :=)

Jom! Bawa keluarga dan ajak sekali rakan-rakan anda untuk menikmati hidangan bergrill serta steamboat pada harga yang cukup berbaloi!

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk FB D'Kayangan ya!

Promosi Terkini di Restoran D'Kayangan! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 15, 2016 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.