Promosi Terkini di Restoran D'Kayangan!
Berpeluang menikmati hidangan di sini dan kali ini ditemani beberapa rakan blogger dan juga famili sememangnya tidak akan saya lepaskan. Dengan pelbagai hidangan laut serta perapan daging ternyata kualiti rasanya tetap sama seperti dulu ~ enak tidak terkata. Namun, kali ini D'Kayangan telah menambah baik hidangan dengan memperkenalkan pelbagai lagi menu bagi memenuhi citarasa pelanggan-pelanggan yang hadir ke sini.
Antara yang menarik di D'Kayangan...
Pelbagai jenis perapan bahan mentah daging, ayam, dan juga ikan.
Begitu juga pilihan hidangan laut segar. Pelbagai jenis hidupan ditawarkan. Antaranya seperti:-
Ni baru sikit jer, banyak lagi sebenarnya. Memang sedap dimasukkan segala aneka hidupan segar ini didalam steamboat. Fuhhhh...teringat-ingat sup tomyam di D'Kayangan :=)
Fish ball, meat ball, crab ball....semuanya ada...lazat-lazat belaka :)
Perlu ada keseimbangan diet. Jadi sayur jangan dilupa ya!
Nak makan kambing bakar? Dekat sini ada ya! Ditawarkan setiap hari tau.
Terdapat juga masakan panas seperti sayur goreng, mee hoon goreng, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan pelbagai lagi.
Buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Hidangan ayam 65
Nasi Pelangi
Mana nak dapat harga sebegini murah uolls...
Nom..nom...
Ni apa yang sempat saya makan...Semuanya sedap-sedap...
memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan tau :=)
Jom! Bawa keluarga dan ajak sekali rakan-rakan anda untuk menikmati hidangan bergrill serta steamboat pada harga yang cukup berbaloi!
Untuk keterangan lanjut boleh rujuk FB D'Kayangan ya!
Promosi Terkini di Restoran D'Kayangan!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 15, 2016
Rating:
Fuhh berbaloi kalau macam ni :D
ReplyDeleteinani- kann berbaloi :)
ReplyDelete