SAFI Shayla Pek Fleksi Inovasi Syampu Terkini Yang Mampu Dimiliki

Biarpun saya bertudung, namun saya tetap mementingkan penjagaan rambut. Setiap hari memang saya akan mencuci rambut. Ini terutama selepas pulang dari kerja ketika mandi petang. Al-maklumlah seharian bertudung memang akan menyebabkan rambut menjadi kepam dengan bau peluh. Selain itu penjagaan rambut adalah penting bagi memastikan rambut yang dimiliki sentiasa sihat dan bermaya.


Tidak dinafikan di pasaran hari ini terdapat banyak betul jenama-jenama penjagaan rambut. Dan bagi saya sendiri pemilihan penjagaan rambut perlulah dari ramuan yang HALAL dan juga selamat digunakan setiap hari. 

Safi Shayla adalah pilihan saya untuk kegunaan harian. Bukan hanya disebabkan kandungan ramuan syampu itu yang saya tidak langsung berasa was-was bahkan, harganyayang mampu milik juga menjadikan saya memilih jenama ini sebarang pilihan pertama. Apatah lagi kini, Shayla juga dihadirkan dalam bentuk pek fleksi yang lebih memberi penjimatan!

SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” 

“Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”
Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi  adalah dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan juga botol. Ini bagi membolehkan pengguna lebih mudah dan mencari produk ini terutama dari varian yang biasa digunakan. Paling best pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Terutama kalau bawa pergi 'travel'. 

Antara SAFI Shayla Pek Fleksi yang terdapat di pasaran seperti:-









Bestkan macam-macam varian ada :-)



Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFIwww.facebook.com/SAFI.MY atau laman Instagram SAFI@safimalaysia 

SAFI Shayla Pek Fleksi Inovasi Syampu Terkini Yang Mampu Dimiliki Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 24, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.