Ulang Tahun Carlo Rino Yang Ke-30
Bersempena dengan Ulang Tahun Carlo Rino yang ke-30 tahun, jenama tersohor ini telah melancarkan koleksi terbaru mereka dengan bertemakan 'A Fantastical Fantasy Autumn/Winter Collection 2016'.
Memberi suntikan 'fresh' dan 'young' dalam setiap rekaan ternyata memberi kelainan sekaligus menyerlahkan gaya hasil kombinasi dari sentuhan versatil dan juga kontemporari.
Memberi suntikan 'fresh' dan 'young' dalam setiap rekaan ternyata memberi kelainan sekaligus menyerlahkan gaya hasil kombinasi dari sentuhan versatil dan juga kontemporari.
Koleksi terbaru ini adalah hasil inspirasi dan rekaan dari pereka antarabangsa yang berasal dari Jepun, namun kini telah menetap di Dubai iaitu Mr Hideyuki Hayashi. Kebanyakan rekaan yang diperkenalkan memang unik dan praktikal, sesuai untuk semua acara terutama bagi wanita yang pandai menggayakannya.
Antara rekaannya yang unik seperti:-
Pop & Rock n Roll
Moden dan trendy sesuai bagi mereka yang gemarkan gaya santai. Sesuai dipadankan dengan busana kasual dan ón the go'. Bagi saya koleksi ini amat sesuai untuk digayakan ke majlis bertemu rakan-rakan, membeli-belah, menonton wayang, bersiar dengan kelarga, ianya pasti nampak praktikal dan lebih menarik.
Retro 70's
Rekaan yang memberi sentuhan klasik dan ýoung. 'Mungkin menjadi pemilihan mereka yang berjiwa muda. Ianya nampak comel dengan segala gaya yang anda cuba.
Oriental Mix
Bagi mereka yang sukakan gaya sofistikated dan klasik. Tas tangan berwarna terang menyerlah keanggunan pemakai. Didatangkan dengan 2 warna iaitu merah dan hitam, sesuai untuk dibawa ke sebarang majlis mahupun ke pejabat.
Selain itu terdapat juga terdapat rekaan-rekaan berkonsepkan "Modernized Retro", yang mempertengahkan warna-warna lembut dan juga terang yang memberikan wanita lebih rasa yakin diri dan tampil lebih menarik.
Antara rekaan beg Carlo Rino termasuklah Plush Perfect, Chromatically Charismatic, Signature Novelties. Dan juga rekaan beg yang bertemakan "Äll In A Day's Work" yang sesuai untuk mereka berkejaya sebagai eksekutif! Gaya yang hebat dipadankan dengan tas tangan yang sesuai dan ada gaya memberikan kelas yang hebat semestinya.
Begitu juga dengaan rekaan yang bertemakan "Sweet and Trendy" dan juga "Young and Stylish", rekaan yang lebih úp-to-date' namun tetap nampak klasik. Sesuai untuk mereka yang berjiwa muda dan periang. Memperlihatkan personaliti seseorang yang ceria sesuai dengan cara gayanya menerusi pemilihan tas tangan dan kasutnya.
Apa sahaja cara gayanya,
Sesuai dengan busana dan acara,
Pemilihan tas tangan dan kasut yang sempurna,
Pastinya Carlo Rino memenuhi citarasa semua!
Oh ya! Kini ada satu lagi berita baik terutama bagi peminat-peminat jenama Carlo Rino. Anda boleh memohon menjadi ahli kelab Carlo Rino untuk mendapatkan lebih banyak diskaun dan penjimatan serta beberapa keistimewaan yang menarik. Antaranya seperti diskaun sebanyak RM100 untuk mereka yang berbelanja di bulan hari jadi,jemputan menghadiri acara-acara esklusif seperti preview pra-jualan, hi-tea dan sebagainya.
Dengan mengambil konsep, 'lebih anda belanja, lebih anda jimat', setiap ahli Carlo Rino berpeluang menggunakan sistem poin seperti :-
- Harga Asal atau harga yang ada pengurangan 10% - Akan menerima cash rebat sebanyak 10%
- Harga produk yang ada pengurangan 20% hingga 40% - Akan menerima cash rebat sebanyak 5%
Untuk keterangan lanjut tentang produk terkini Carlo Rino bolehlah layari laman web;
Happy shopping gaisssss!!!!!!!!!!!
Ulang Tahun Carlo Rino Yang Ke-30
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 05, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...