Variasi Masakan Udang Galah di The Nai Cafe
Sempat saya terjah ke sebuah cafe yang menghidangkan pelbagai menu udang galah yang enak-enak. Terletak di kawasan perumahan Denai Alam, kafe yang menawarkan pelbagai hidangan masakan panas sememangnya agak popular di kalangan penduduk kawasan setempat di situ.
Alamat kafe:
Saya telah mencuba 4 jenis hidangan yang mempertengahkan udang galah / udang bersaiz M dan L sebagai bahan utama. Dan ternyata setiap set hidangan yang diperkenalkan memenuhi citarasa tekak anak melayu seperti saya.
Hidangan udang masak lemak cili api ini sememangnya cukup sinonim bagi orang negori sembilan. Rasa lemak-lemak pedas, cukup seimbang dengan rasa masam dan pedas berlemak sememangnya enak dinikmati dengan nasi panas.
Bagi mereka yang tidak sukakan masakan terlalupedas, bolehlah mencuba masakan ini. Udang digoreng bersama 'butter', bawang, serbuk rempah (meyebabkan rasa pedas sedikit) dan juga daun kari ini memang memberi kelainan dari segi rasa.
Pada ada asalnya saya dapat merasakan masakan ini pasti agak pedas. Tapi jangkaan saya meleset setelah menikmatinya sendiri. Masakan masam-masam manis, agak pekat juga kuahnya 😊
Peminat masakan Thai pasti meminati jenis masakan seperti ini. Sepertinya hidangan tomyam yang lain, kekuatan ada lagi dari penyediaan pes Thai itu sendiri iaitu kombinasi daun purut, serai, cili api dan asam. Rasa tomyan menjadi lebih sempurna dengan tambahan rasa kemanisan udang sebagai bahan utama dalam masakan.
Bagi mereka yang inginkan masakan mee pula, saya syorkan anda mencuba masakan kuew teow bersama udang galah atau udang galah saiz M dan L di sini. Terdapat 3 jenis masakan panas-panas kuew teow boleh dicuba; antaranya seperti Char Kuey Teow goreng basah, Char Kuey Teow goreng lembap dan Char Kuey Teow goreng kering :=)
Suasana didalam kafe sememangnya tenang dan santai. Sesuai bagi mereka yang datang sekeluarga mahupun bersama-sama rakan-rakan. Apatah lagi pelbagai pilihan menu terutama yang berasaskan udang pada harga yang berpatutan ada ditawarkan disini.
Begitu juga dengan susun atur kedai yang memilih dekorasi minimalis. Nah tidak hairanlah kebanyakan yang datang ke sini bukan sahaja ingin merasai kehebatan rasa hidangan yang ditawarkan bahkan lokasi kafe ini juga sesuai untuk bertemujuanji dan perbincangan.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor talian Tel : 03-7832 4481 ataupun layari sahaja laman sosial media The Nai Cafe seperti dibawah:-
Alamat kafe:
23-1 Jalan Elektron U16/F
Denai Alam
Seksyen U16
50150 Shah Alam
Saya telah mencuba 4 jenis hidangan yang mempertengahkan udang galah / udang bersaiz M dan L sebagai bahan utama. Dan ternyata setiap set hidangan yang diperkenalkan memenuhi citarasa tekak anak melayu seperti saya.
Udang masak lemak cili api + set nasi | RM14.90
Udang Goreng + set nasi | RM14.90
Sambal Udang + set nasi | RM14.90
Udang masak tomyam + set nasi | RM14.90
Peminat masakan Thai pasti meminati jenis masakan seperti ini. Sepertinya hidangan tomyam yang lain, kekuatan ada lagi dari penyediaan pes Thai itu sendiri iaitu kombinasi daun purut, serai, cili api dan asam. Rasa tomyan menjadi lebih sempurna dengan tambahan rasa kemanisan udang sebagai bahan utama dalam masakan.
Bagi mereka yang inginkan masakan mee pula, saya syorkan anda mencuba masakan kuew teow bersama udang galah atau udang galah saiz M dan L di sini. Terdapat 3 jenis masakan panas-panas kuew teow boleh dicuba; antaranya seperti Char Kuey Teow goreng basah, Char Kuey Teow goreng lembap dan Char Kuey Teow goreng kering :=)
Char Kuey Teow goreng basah | RM12.90
Menu diatas adalah menggunakan udang galah gred A. Kita juga boleh membuat permintaan untuk jenis udang yang lain iaitu samada jenis L atau M. Potion sederhana tapi cukup mengenyangkan. Bagi saya untuk mendapatkan char kuey teow terbaik biasanya di Pulau Pinang tetapi setelah mencubanya di sini, saya tidak dinafikan rasanya tidak jauh berbeza. Sedap!
Char Kuey Teow goreng lembap | RM12.90
Untuk yang sukakna masakan tidak terlalu kering dan berkuah bolehlah mencuba char kuey teow lembap. Cukup bahan dan rasa dan kehadiran udang galah menambahkan lagi kemanisan semulajdi dalam masakan. Ianya tentu lebih umphhh bila dinikmatinya bersama cili jeruk.
Nasi Goreng (udang) | RM12.90
Nasi goreng udang! Masih menampilkan udang sebagai bahan utama. Cuma hidangan ini dilengkapi dengan sup, hirisan timun dan keropok. Hidangan tidak penas sesuai untuk kanak-kanak.
Crispy Chicken | RM7.90
Saya juga telah mencuba kudapan goreng yang ada ditawarkan di The Nai Cafe iaitu Cripsy Chicken. Ayam bersalut tepung yang digoreng garing. Ianya sesuai untuk hidangan 2-4 orang.
Begitu juga dengan susun atur kedai yang memilih dekorasi minimalis. Nah tidak hairanlah kebanyakan yang datang ke sini bukan sahaja ingin merasai kehebatan rasa hidangan yang ditawarkan bahkan lokasi kafe ini juga sesuai untuk bertemujuanji dan perbincangan.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor talian Tel : 03-7832 4481 ataupun layari sahaja laman sosial media The Nai Cafe seperti dibawah:-
Facebook : www.facebook.com/thenaicafe
Instagram : www.instagram.com/thenaicafe
Teringat-ingat woiiiii masakan udang yang best ini, heheheheh
Variasi Masakan Udang Galah di The Nai Cafe
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 13, 2016
Rating:
termimpi mimpi udang galah posing dalam charketiau tu ha.. sedappp..hehehe
ReplyDelete-mrspuex-
sedap nye udang galah..mcm2 menu tu
ReplyDeletemrs puex- kann sedappp giler
ReplyDeletemt- aah semua berasaskan udang :)