Aksesori Diilhamkan Dari Alam Semulajadi Dengan Bunga Sebenar DiDalamnya
Ada setengah orang berpendapat aksesori adalah penambah kepada gaya. Apatah lagi apabila memilih aksesori yang tepat dan sesuai. Dan adakalanya aksesori yang unik menjadikan penampilan kita lebih menarik dan mempersonakan.
Ini terutamanya keunikan atas gabungan ideal kaca lut sinar, rekaan bentuk praktikal serta dengan kepelbagai tumbuh-tumbuhan yang menarik.
Atas ilham dari TerezaVarga (berkelulusan Akademi Seni) yang sentiasa cintakan seni kaca, telah bermula dua tahun lalu dengan membuat hadiah eksklusif, seterusnya beralih kepada aksesori kaca dan produk-produk hiasan. Beliau juga ada menghasilkan aksesori perhiasan dengan menggabungkan kaca berwarna dan aksesori yang luar biasa, berinspirasikan alam semula jadi. Setiap peringkat daripada memilih dan pengeringan bunga untuk pematerian dan pembungkusan, dilakukan dengan kasih sayang oleh TerezaVarg
Dan kini Tereza Varga telah mengembangkan koleksi aksesori beliau dengan memperkenalkan Bowties dri kayu dan tekstil. Dengan kepelbagaian rekaan dan bentuk memenuhi citarasa penggemar mengikut majlis-majlis yang berbeza. Semuanya dihasilkan dengan kasih sayang. Dalam setiap bowtie kita akan merasakan älam"dan diri begitu dekat sekali.
.
Semua produk yang dihasilkan adalah 100% buatan tangan yang dihasilkan dengan berhati-hati, direka dalam pelbagai bentuk. Yang bertambah menarik kaca bowtie mengandungi tumbuhan sebenar di dalanya. Bowties kayu diperbuat daripada kayu dan tekstil Bowties samada dari cetakan botani ataupun diletakkanbunga di atasnya.
Banyak lagi contoh bowties yang menarik ya!
Untuk keterangan lanjut dan cara pembelian, boleh layari https://www.etsy.com/shop/terezavarga :=)
Aksesori Diilhamkan Dari Alam Semulajadi Dengan Bunga Sebenar DiDalamnya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 16, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...