Syahirah Vitalis Eau De Cologne Posyen Ajaib Saya!
Saya memang sukakan sesuatu yang wangi. Dan saya antara perempuan yang memang ada stok perfume, body mist yang punyai bau-bau wangi bunga seperti lavendar, campuran buahan-buahan manis. Paling penting setiap haruman yang saya miliki boleh memberikan inspirasi dan tenaga positif yang berterusan setiap hari.
Baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan produk wangian Syahirah terbaru iaitu Syahirah
Vitalis Eau De Cologne. Yang menariknya haruman ini memiliki keunikan tersendiri sekaligus boleh membuatkan orang di sekeliling menoleh dan terpana (hiks).
Tidak boleh dinafikan Syahirah Vitalis
Eau De Cologne memiliki haruman yang boleh menjadikan kita wanita yang memiliki identiti haruman
tersendiri dan mampu menyerlah berbanding wanita lain. Ini kerana Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri
hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor,
menepati imejnya. Tidak hairanlah selepas mula diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman
pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend
terkini daripada wangian berjenama antarabangsa.
Nah lihat sahaja pada sentuhan elegan dan glamornya batang kelalang wangian ini, pastinya ianya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.
Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang
akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran
dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian.
Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri
anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter
seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan
orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka.
Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De
Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame
individu menerusi kuasa harumannya.
Hanya semburkan
sedikit haruman Syahirah
Vitalis Eau De Cologne pilihan
anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk
kekal menyerlah. Syahirah
Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal
oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna
beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis
Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya
mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk
“serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat
haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:
1. Haute
Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam
mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan,
kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan
kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan
dalam hidup.
2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan
nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi
vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan
nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah
turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.
3.Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda
menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan
anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah
dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah
dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada
dunia.
4.Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang
menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan
sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar,
wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di
mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.
Jadi mengapa perlu meninggalkan
‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam
beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan
haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan
anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh
glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.
Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.
Get it one please guys! Worth it :=)
Syahirah Vitalis Eau De Cologne Posyen Ajaib Saya!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 30, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...