The Joy of LIfe, Minuman Sarang Burung Yang Halal Untuk Dinikmati :=)



Satu majlis pelancaran The Joy Of Life telah diadakan di di Glasshouse, Seputih baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua ianya merupakan jenama minuman kesihatan terbaru dalam rangkaian produk berasaskan ‘Collagen Bird’s Nest’  dari keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn. Bhd (Ecolite).

Minuman ini telahpun mendapat pengesahakan HALAL The Joy Of Life dari pihak JAKIM. Ianya didatangkan dengan 5 jenis varian yang enak-enak, antaranya seperti Aloe Vera, Lychee, Longan, Kurma Merah dengan Wolfberry dan juga Perisa Asli. 


Untuk setiap botol minuman ini ianya mengandungi serat Sarang Burung bersama 2500mg Kolagen, ‘Rock Sugar’ dan ‘RO Water. 



Terdapat 5 Varian Minuman Sarang Burung Halal Dan Kolagen The Joy Of Life


Minuman Sarang Burung Varian Longan

Peminat buah longan? Bolehlah mencuba minuman sarang burung ini yang mengandungi rasa buah longan, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan. 


 

Minuman Sarang Burung Kurma Merah bersama Wolfberry

Semua orang tahu buah kurma merah sangat membantu untuk menyejukkan badan. Kalau kita nak sejukkan badan sambil-sambil jaga kesihatan bolehlah cuba minuman ini, kerana ianya terkandung kurma merah, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung Aloe Vera
Aloe Vera antara agen terbaik dalam penyembuhan luka. Dalam minuman kesihatan ini mengandungi aloe vera, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.


Minuman Sarang Burung Varian Original

Yang ini memang pure rasa air sarang burung sebenar. Khasiat dalam minuman kesihatan ini antaranya seperti kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung  Varian Laici

Peminat buah laici pasti memilih minuman sarang burung The Joy Of Life dari varian laici. Ianya mengandungi rasa buag laici, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, pasti tahu kelebihan minuman sarang burung ini. Selain daripada ianya sangat membantu dari segi imunisasi badan, khasiat sarang burung ini juga boleh dijadikan sebagai kologen (untuk kelihatan awet muda).

Tapi yang menariknya minuman sarang burung dari The Joy Of Life ini menawarkan pelbagai variasi rasa. Sekaligus memberi kita lebih banyak pilihan untuk menikmati air sarang burung pada rasa yang berbeza..

Kalau tanya dengan saya sendiri bagaimana rasanya air sarang burung ni...Hmmmmm rasanya seperti air teh bunga...ada juga yang mengatakan ianya seperti air teh buah kundur (my feveret ni). Tapi untuk lebih tahan lama dan mengekalkan rasa nya yang sedap perlulah disimpan didalam tempat sejuk dan kering. Sekiranya kita dah buka penutup botolnya, seeloknya kita dapat habiskan dalam tempoh 24 jam. Ini bagi memastikan kualiti minuman sarang burung sentiasa berada di tahap yang terbaik ketika menikmatinya.

Dan perlu diingatkan minuman ini tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun yerp!!!


Keterengan lanjut boleh layari --> www.thejoyoflife.my

Kredit Pic: Kawan blogger, antaranya Khir Khalid dan lain-lain

The Joy of LIfe, Minuman Sarang Burung Yang Halal Untuk Dinikmati :=) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 21, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.