Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Enchanteur
Dalam mengejar pembangunan hari ini tidak dinafikan wanita juga turut berusaha
keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan kekeluargaan mahupun karier. Dan tidak dinafikan wanita-wanita ini pasti berdepan dengan cabaran terutama dalam mengimbangi waktu bersama keluarga, peningkatan kerjaya, kehidupan peribadi
dan melakukan hobi digemari dan sebagainya.
Dan saya tidak menafikan ini antara masalah yang sering membelenggu diri. Yang mana kita mahu menjadi wanita yang serba-serbi sempurna, seorang ibu "terbaik dan pekerja cemerlang. Namun begitu adakalanya kita pasti akan rasa "down" dan kurang keyakinan tentang potensi diri sendiri.
Jadi bagaimanakah kita boleh menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari berliku penuh cabaran ? Dan saya telah temui rahsianya................
Pertamanya adalah melalui bauan, lebih
dikenali sebagai deria kelima yang berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa
dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman
atau acara. Bauan istimewa memberi signifikan dalam merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan
pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis.
Dan tidak dinafikan bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama
pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan
kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.
Justeru, ENCHANTEUR
berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan
peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak
wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya
memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan
pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa
cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan
kehadiran kita, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban
setiap hari untuk yang kita lalui setiap hari.
Sebaiknya untuk mandian kita gunakan ENCHANTEUR
Perfumed Shower Crème. Permulaan hari dengan wangian yang menyegarkan ini dapat merangsang keceriaan. ENCHANTEUR Perfumed
Shower Crème dapat bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian. Kehebatan haruman
campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian yang dialami penuh kemewahan serta menjadikan diri kita lebih menawan sepanjang hari.
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut
diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih.
Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman
mempesona ini dapat membantu kita lebih relaks dan rasa seperti dimanjakan.
Sebaik sahaja mandi,
sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion secara lembut pada kulit yang telah dikeringkan bagi mendapatkan kelembapan ekstra dan sekaligus mengoptimumkan penyerapan agar kulit yang lebih
lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak
wangi ENCHANTEUR ini dapat mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari.
Pastinya sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit!
Seterusnya kita perlukan perangsang keyakinan. Dan say disarankan untuk menggunakan
deodoran atau semburan badan (body mist).
Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari
walaupun berada di dalam persekitaran berhawa
dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi
di bawah lengan (ketiak) akan membantu diri kita agar kekal segar dan sentiasa bersedia untuk
menjalani aktiviti harian.
Rejim penjagaan diri akhirnya disempurnakan dengan semburan
ENCHANTEUR Eau de Toilette. Semburkan ENCHANTEUR Eau de Toilette di pusat denyut
nadi bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan
wangian yang diperolehi dari langkah-langkah sebelum ini.
Wangian haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri
ini membuatkan kita berasa lebih girang dan menawan. Sesungguhnya kita pasti tidak dapat
menjangka siapa yang bakal ditemui, sekaligus berpeluang untuk
mencipta detik romantik. Namun, kita perlu bersedia untuk mempesona si pencuri
hati dan mencuri tumpuannya daripada orang lain?
Maka jadikan wangian
ENCHANTEUR sebagai instrumen harian kita untuk cinta yang memukau dalam setiap
semburan.
Sepertimana yang telah dikongsikan oleh selebriti tanahair terkenal Malaysia iaitu Fouziah Ghous, tentang kehidupan sehariannya dan juga hubungan romantiknya bersama suami tercinta. Antara tips pasangan ini dalam menghidupkan suasana romantis ialah mereka sering menghargai detik-detik waktu bersama, sentiasa berkomunikasi, luahkan rasa cinta dengan jujur dan sentiasa melengkapi antara satu sama lain.
Sweet overloaded!!!!
Memang menyerlah perasaan romantis dari jiwa pasangan ini :=)
Oh ya, Enchanteur telah mengadakan kempen terbaru buat pengguna-pengguna setianya. Yang mana dengan setiap pembelian RM15 produk Enchanteur melayakkan anda untuk menghantar satu penyertaan.
Caranya begitu mudah dan hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Boleh rujuk pada gambarajah dibawah ya!
Cara penyertaan
Hadiah yang ditawarkan!
Wah! Best giler kalau dapat menang hadiah utama ~Bercuti di Pulau Maldives!!!
Maklumat Produk
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.
Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my
atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Enchanteur
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 17, 2016
Rating:
Akak perfume merah tu wangiiiii giler...
ReplyDelete