Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Enchanteur

Dalam mengejar pembangunan hari ini tidak dinafikan wanita juga turut berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan kekeluargaan mahupun karier. Dan tidak dinafikan wanita-wanita ini pasti berdepan dengan cabaran terutama dalam mengimbangi waktu bersama keluarga, peningkatan kerjaya, kehidupan peribadi dan melakukan hobi digemari dan sebagainya.

Dan saya tidak menafikan ini antara masalah yang sering membelenggu diri. Yang mana kita mahu menjadi wanita yang serba-serbi sempurna, seorang ibu "terbaik dan pekerja cemerlang. Namun begitu adakalanya kita pasti akan rasa "down" dan kurang keyakinan tentang potensi diri sendiri. 

Jadi bagaimanakah kita boleh menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari berliku penuh cabaran ? Dan saya telah temui rahsianya................


Pertamanya adalah melalui bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima yang berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan istimewa memberi signifikan dalam merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. 

Dan tidak dinafikan bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.

Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran kita, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk yang kita lalui setiap hari.


Sebaiknya untuk mandian kita gunakan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Permulaan hari dengan wangian yang menyegarkan ini dapat merangsang keceriaan. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème dapat bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian. Kehebatan haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian yang dialami penuh kemewahan serta menjadikan diri kita lebih menawan sepanjang hari. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu kita lebih relaks dan rasa seperti dimanjakan.


Sebaik sahaja mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion secara lembut pada kulit yang telah dikeringkan bagi mendapatkan kelembapan ekstra dan sekaligus mengoptimumkan penyerapan agar kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR ini dapat mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Pastinya sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit!


Seterusnya kita perlukan perangsang keyakinan. Dan say disarankan untuk menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu diri kita agar kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.

Rejim penjagaan diri akhirnya disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Semburkan ENCHANTEUR Eau de Toilette di pusat denyut nadi bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang diperolehi dari langkah-langkah sebelum ini. 

Wangian haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan kita berasa lebih girang dan menawan. Sesungguhnya kita pasti tidak dapat menjangka siapa yang bakal ditemui, sekaligus berpeluang untuk mencipta detik romantik. Namun, kita perlu bersedia untuk mempesona si pencuri hati dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? 

Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian kita untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Sepertimana yang telah dikongsikan oleh selebriti tanahair terkenal Malaysia iaitu Fouziah Ghous, tentang kehidupan sehariannya dan juga hubungan romantiknya bersama suami tercinta. Antara tips pasangan ini dalam menghidupkan suasana romantis ialah mereka sering menghargai detik-detik waktu bersama, sentiasa berkomunikasi, luahkan rasa cinta dengan jujur dan sentiasa melengkapi antara satu sama lain.


Sweet overloaded!!!!
Memang menyerlah perasaan romantis dari jiwa pasangan ini :=)

Setiap orang ada cara yang berbeza menzahirkan rasa dan suasana romantik bersama pasangan. Seperti saya dan suami kami banyak berbeza dari segi minat dan hobi, tapi perbezaan ini menjadikan kehidupan lebih seronok, mencabar dan saling melengkapi. Suami saya seorang yang agak kelakar tapi sedikit serius, berbanding saya yang agak membosankan tapi sering memikirkan sesuatu dengan lebih mudah dan praktikal. Perhubungan dibina lebih menarik dan tidak membosankan, kami saling bertolak-ansur dan sering menghormati perasaan pasangan melalui menyokong apa sahaja kegemarannya! Contohnya bila bercuti, suami saya suka melakukan aktiviti ekstrem dan adventur, berbanding saya yang lebihkan suasana santai dan mendamaikan. Jadi, untuk memuaskan hati masing-masing kami lakukan 2 aktiviti ini bersama-sama dan ternyata ianya memberi keseronokan dan kepuasan yang tidak terhingga. Mungkin bagi orang lain ianya perkara biasa, tapi bagi kami berdua ini adalah perkara romantik yang dilakukan kerana kami dapat meluangkan masa dan melakukan perkara bersama-sama dalam suasana yang cukup bahagia dan sempurna.



Phewittt hehehe



Oh ya, Enchanteur telah mengadakan kempen terbaru buat pengguna-pengguna setianya. Yang mana dengan setiap pembelian RM15 produk Enchanteur melayakkan anda untuk menghantar satu penyertaan.

Caranya begitu mudah dan hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Boleh rujuk pada gambarajah dibawah ya!



Cara penyertaan


Hadiah yang ditawarkan!

Wah! Best giler kalau dapat menang hadiah utama ~Bercuti di Pulau Maldives!!!

Maklumat Produk
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari  www.enchanteur.com.my 
atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Enchanteur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 17, 2016 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.