Pelbagai Barangan Dengan Harga Berbaloi Di Jalan Jalan Japan
Saya sebenarnya sudah lama tertarik dengan budaya dan barangan dari Jepun. Ini kerana budaya orang Jepun memang terkenal dengan keunikkan dan gaya hidup yang menarik. Apabila outlet pertama dan terbaru diperkenalkan di Malaysia dengan membawa barangan-barangan "pre-loved"dari Jepun pastinya memberi keterujaan kepada saya.
Bertempat di 1A Skypark One City Subang Jaya, outlet Jalan Jalan Japan atau didalam bahasa Inggeris membawa maksud "going for a walk", memberi ilham kepada pengunjung yang datang ke sini untuk berjalan-jalan dalam suasana yang begitu santai sambil mencuci mata dan membuat pilihan pelbagai barangan yang ditawarkan pada harga murah dan berbaloi.
Dari jenama antarabangsa sehinggalah jenama dari negara matahari terbit itu sendiri itu sendiri, ada ditawarkan di sini. Dan apa yang saya perhatikan produk yang dibawakan ke Malaysia biarpun berstatus "pre-loved"tapi kondisi masih berada didalam keadaan terbaik dan ada yang masih baru (belum digunakan).
Antara barangan di Jalan Jalan Japan yang menarik hati saya seperti:-
*Peringatan: Entri ini terlalu banyak gambar, harap maklum. Itupun sebenarnya ada lagi banyak gambar yang saya tak sempat capture sebab terlalu teruja membeli-belah :p
Syurga dunia kanak-kanak! Pelbagai jenis permainan óutdoor'yang dijual pada harga yang sangat murah. Cuba bayangkan basikal disini semuanya berharga RM50. Dan saya juga ada membeli lori buat my Ameer (yang boleh dinaik seperti kenderaan basikal) yang berharga hanya RM30 sahaja.
RM70
Permainan sangat lah banyak pilihan. Daripada robot, lego, dapur kanak-kanak saiz besar (RM10 sahaja fuhhh), keretapi (jenama Thomas, Tommy dan macam lagi-lagi), kereta dan sebagainya dijual dari harga serendah RM3. Begitu juga barangan permainan buat si kecil - soft toy! Memang jadi rambang mata bila berada di sini.
Dan saya memilih untuk membeli set bey blade untuk anak-anak lelaki saya iaitu - Anaqi, Akid dan Afiq. See, punyalah banyak dalam satu tool box ni. Saya rasa ini adalah kepunyaan pengumpul bey blade dari Jepun yang tegar. Oh ya apa itu bey blade? Sejenis permainan ala gasing, dan ianya adalah inspirasi dari komik dan juga animasi terkenal dari Jepun.
Patung ultraman, gaban, bidaman, power rangers dan banyak lagi semuanya dijual pada harga RM6. Saya beli 2 patung kat sini.
Figurin yang biasanya kita letak dirumah sebagai koleksi seperti naruto, mask rider dan macam-macam lagi (tegap dan bergaya) hanya RM10 sahaja uollls!!!
Istimewa untuk barangan diletakkan rak ini. Produknya lebih esklusif.
Set komik ada juga dijual disini ya. RM 30 untuk satu set.
Baby sit ~bumbo! Saya sempat mengintai untuk harga bumbo yang paling atas harganya ialah RM25 sahaja. Terkejut kan!!!!! Still nampak baru lagi uollls....
Mak-mak pasti sukakan alatan ini, yerppp stroller in da house. Harga saya tak pasti. Tapi boleh pilih-pilih kerana apa yang saya perhatikan semuanya masih dalam kualiti terbaik.
Pilihan car seat pun banyak juga. Dan ini adalah salah satu daripadanya.
Buat bakal-bakal ibu. Kalau rasa nak jimat kos perbelanjaan kelahiran anak baru. Meh-meh ke Jalan Jalan Japan :p
Kat sini ada banyak jenis carrier buat bayi anak anda yang boleh dipilih. Saya ada perasan satu jenama carrier (gambar di atas) yang jika dibeli di kedai (baru) harganya RM679 tapi untuk carrier pre-loved jenama dan rekaan yang sama dijual di sini harganya hanyalah RM30 sahaja.
Kasut kanak-kanak, dewasa lelaki ataupun perempuan semuanya ada. Harga bermula dari RM5 sahaja :-)
Jangan tak percaya kasut ini saya beli hanyalah RM5 sahaja. Kualiti masih tip top lagi seperti baru.
Item yang paling banyak ditawarkan di outlet Jalan Jalan Japan adalah pakaian. Bermula dari harga serendah RM5, pelbagai jenis rekaan pakaian kanak-kanak mahupun dewasa, lelaki ataupun perempuan. Dan antara yang menarik perhatian saya tentulah jaket tebal untuk musim sejuk. Semuanya cantik-cantik dan berkualiti terbaik. Harga murah pulak tu, ada RM10, RM15, RM20... Jadi pada sesiapa yang nak bercuti ke luar negara musim sejuk, nak jimat bajet perbelanjaan datanglah ke sini ya!
Kabinet kecil ini untuk kita letakkan rantai, barangan kemas- harga RM30 sahaja :)
HAsil rembatan saya - kotak kayu RM6, dan yang kecil RM3. Murahhhkannnnnnnnnnn.... (jeritan bergema, hahahaha)
Sekali lagi panggilan buat mereka yang nak pergi travel. Hokeh! Sini ada banyak koleksi beg troli. Harga kebanyakan semuanya RM40 sahaja.
Dunia wanita! Hahahaha. See Carol yang gigih memilih beg yang hendak dimiliki. Rata-rata harga beg adalah RM10. Tapi ianya bergantung kenapa jenama beg. Seperti beg purple Adidas yang dipegang Carol ini harganya RM50.
Beg sekolah Jepun ini, saya dapatkan pada harga RM20. Kondisi tip top lagi.
Untuk yang mahu kelihatan sado, boleh dapatkan 'dumbbells"- harganya RM15 (bergantung kepada saiz rasanya)
Ada gitar juga ya. Untuk gitar yang besar itu harganya RM100. Tapi saya tidak perhatikan semua, jadi kalau uolls berkesempatan ke sini bolehlah semak sendiri ya.
Ada juga barangan rumah seperti meja, set sofa dan macam-macam lagi.
Dan macam-macam barangan lagi!
Happy me bersama barangan yang dirembat di Jalan Jalan Japan!
My Ameer yang begitu excited dengan barangan yang dibeli untuk beliau di Jalan Jalan Japan :=)
Jangan lupa singgah tau di:-
Jalan Jalan Japan
1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1,
Subang Jaya
012-322 2106
Dibuka dari pukul 10.00 pagi - 10.00 malam
Keterangan lanjut boleh layari:-
Pssst: Jangan lupa uolls, masa shopping kat sini, mention nama blog ayuarjuna tau! (jasamu dikenang phewitt)
#hargagiler #jalanjalanjapan #onecitymall
Pelbagai Barangan Dengan Harga Berbaloi Di Jalan Jalan Japan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 15, 2016
Rating:
Perghhh... Mmg nak pergi la tmpt ni...
ReplyDeleteyeah love to go again!
ReplyDeleteshop til drop!
boleh rabun mata memilih nie kak
ReplyDeletebila akk post kat FB gmbar lori tu, terus terjah sini, riki2 barang pe yg ada, nak bg present utk bezday boy. hihii
ReplyDeletefb: suzie khairudin
murah giler! nak kena pi ni
ReplyDelete