Serlahkan Bakat dan Minat Anak Anda Dalam Bola Sepak di EPS Academy
Dekat nak cuti sekolah ni (bulan depan kan!), saya pasti ramai ibubapa yang memang dah mempunyai perancangan buat anak-anak mereka sempena dengan cuti sekolah nanti. Pastinya kita pasti akan memilih program terbaik dan mampu memberi manfaat kepada anak-anak :-)
Saya sebenarnya telah menghantar 3 anak lelaki saya ke latihan bola sepak kelolaan EPS Academy di Padang One Utama. Program yang dijalankan selama 12 minggu, yang mana setiap peserta akan diberi tunjuk ajar dari asas sehinggalah teknik dan kemahiran betul dalam bermain bola sepak. Lebih menarik kebayakan peserta/pelajar yang menyertai program ini bukan sahaja dikalangan masyarakat Malaysia bahkan turut disertai oleh pelajar-pelajar Antarabangsa!
Terdapat 4 jenis program yang ditawarkan oleh EPS Academy, antaranya seperti:-
Untuk Anak berusia dari 18 bulan hingga 36 bulan
Di dalam kelas ini, disebabkan usia kanak-kanak masih kecil, pembelajaran ada seperti berada didalam kumpulan kecil yang akan disertai oleh seorang dewasa (biasanya ibu atau bapa). Aktiviti didalam kelas ini adalah untuk memperkenalkan kanak-kanak dengan permainan bola sepak. Ini termasuklah aktiviti menendang, membaling dan ianya perlu dilakukan didalam kumpulan. Selain itu kanak-kanak kecil ini juga akan didedahkan dengan kemahiran asas bola sepak asas seperti imbangan dan koordinasi. Paling penting kanak-kanak ini juga dididik dengan kemahiran mendengar, keseimbangan, kemahiran bola dan koordinasi antara kaki serta mata.
Hanya 45 minit setiap minggu dan penglibatan ibu bapa adalah perlu dalam setiap aktiviti!
Untuk Anak Berusia 4-6 tahun
Pada tahap usia ini, kelas bola sepak akan lebih menumpukan kepada kawalan bola, menendang bola dan asas-asas perlawanan bola sepak. Para pemain akan mula memahami konsep kedua-dua pasukan dalam permainan dan bekerja sebagai satu pasukan kerana mereka mula memahami asas-asas hantaran bola kepada ahli-ahli pasukan mereka sendiri."
Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.
Untuk Anak Berusia 7-10 tahun
Kelas ini memberi tumpuan kepada kawalan (advance) bola, meningkatkan tahap kecergasan dan teknik/skil permainan dan memahami peranan setiap pemain dalam pasukan.
Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.
Untuk Anak Berusia 11-13 tahun
Pada peringkat yang mana kemahiran dan kecergasan pemain akan diasah. Akan ada banyak perlawanan persahabatan diadakan bagi menggalakkan kerja berpasukan dan daya saing.
Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.
Girls Soccer 7-12 tahun
Program ini buat kanak-kanak perempuan yang ingin belajar cara bermain bola sepak. Kelas lebih kepada memberi tumpuan kawalan bola, menendang bola dan asas-asas perlawanan bola sepak.
Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.
Remaja Soccer 13 - 17 tahun
Program ini adalah untuk remaja yang mempunyai minat yang mendalam bagi meningkatkan kemahiran lanjutan bola sepak mereka. Pada peringkat ini, tumpuan akan diberikan kepada kemahiran, kecergasan dan persembahan permainan pemain dalam setiap perlawanan.
Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.
Latihan Kompetitif
Bagi kanak-kanak yang menunjukkan potensi dan komitmen untuk bola sepak, program ini adalah inisiatif kepada lanjutan meningkatkan n kemahiran, kecergasan dan pengetahuan permain. Pasukan-pasukan yang terpilih akan mewakili Akademi dalam pertandingan dan liga..
Kelas diadakan selama 1.5 jam dua kali seminggu
Selain itu, saya juga dapati anak saya kini lebih pandai berkomunikasi dengan rakan-rakan lain, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam setiap tanggungjawab yang diberikan dalam pasukan. Melihat kepada perkembangan positif ini, seharusnya saya sebagai ibu pasti gembira dan teruja apabila permainan bola sepak ini bukan sahaja bagus meningkatkan stamina badan bahkan ianya salah satu aktiviti yang sangat bermanfaat di waktu lapang.
Terima kasih kepada seluruh jurulatih profesioanl EPS Academy. Anda memang terbaik!
Keterangan lanjut boleh layari:
013-3316372
Serlahkan Bakat dan Minat Anak Anda Dalam Bola Sepak di EPS Academy
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 14, 2016
Rating:
Wah bagus ni....nanti ramai pelapis dalam bola sepak negara =)
ReplyDeleteat- tamizi - betul tu :)
ReplyDelete