Aktiviti Seni Kraf : ZooMoo Pinecone Turkey
Ohhh yes...
Rasanya readers tegar blog saya semua sedia maklum my Amani-kan memang sukakan aktiviti yang melibatkan seni apatah lagi sesuatu yang boleh dijadikan kraft tangan. Jadi apabila saya menerima kotak misteri dari ZooMoo khas buat anak-anak sempena cuti sekolah ini, memang saya dah rasa ianya merupakan satu projek yang hebat dan menarik boleh dilakukan anak saya bersempena mereka bercuti di rumah.
Tugasan yang perlu disiapkan oleh my Amani adalah membuat "ZooMoo's Pinecone Turkey"
Bahan-bahan yang diperlukan:-
- Pinecone
- Bulu berwarna-warni (merah, oren dan ungu)
- Mata
- Fabrik felt (oren)
- Gunting
- Gam
See...my Amani yang bersiap sedia bersungguh-sungguh membaca arahan yang diberikan.
Seterusnya gunting bentuk 3 segi untuk dijadikan paruh burung.
Pilih bulu untuk dijadikan ekor ayam turkey ini...
Proses membuat kaki burung. Hanya letak gam sedikit sahaja kemudian selitkan di celah-celah pinecorn sahaja.
Tadaaa..siap dah!
Comelkannnn...
Cloe up sikit.....
Nak belajar lagi pelbagai aktiviti yang disediakan oleh ZooMoo, bolehlah muat turun aplikasi ZooMoo ke telefon pintar anda!
Aktiviti Seni Kraf : ZooMoo Pinecone Turkey
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 08, 2016
Rating:
Simple dan comel. Suka sangat DIY and art and craft ni
ReplyDelete