Besito''s Survival Restoran Yang Perlu Diterjah Jika Anda Berada Di Shah Alam
Besito''s Survival!!---Berada di Shah Alam seperti melangkah ke syurga makanan kerana di bandar ini terdapat pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai juadah yang menarik. Cuma yang paling penting kita perlu tahu dalam banyak-banyak restoran di sini manakah satu antara yang terbaik!
Saya berkesempatan mengunjungi sebuah restoran yag terletak di Seksyen 23, berhampiran dengan Aeon Big Shah Alam. Apa yang menarik tentang restoran ini, selain daripada mempunyai keluasan yang agak besar dan selesa, ianya juga menawarkan pelbagai hidangan enak dari barat, cina, india melayu dan fusion.
Secara ringkas pengenalan mengenai restoran adalah seperti:-
Nama Restoran :
Besito's Survival
Mula dibuka :
18 Mei 2016
Masa operasi :
Sabtu & Ahad(4pm-3am)
Isnin(Cuti)
Selasa-Jumaat(4pm-2am)
Owner/Founder :
Hazlan Dahlan, Firdaus M. Ali & Megat Mohd Azhar Megat Ismail
Lokasi :
No 77, Ground Floor, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 Shah Alam Selangor
( roundabout jalan nak ke uptown Shah Alam)
Konsep:
Western & Malaysia Fusion Foods (Mixed Malay, Chinese, Indian)
Hidangan Utama:
Supreme Grill/Mix Grill (5-6 orang makan)
Hidangan dari daging lembu yang dimasak lembut, kambing dipanggang sempurna serta ayam diperap bersama sos-sos istimewa. Turut disertakan dalam set hidangan ini ialah mashed potato atau wedges dan sayur brocoli yang segar. Sememangnya set hidangan ini sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan.
Chili Crab with Mantoun Bun (1-2 orang makan)
Ini hidangan yang memang saya sangat syorkan jika anda ke sini. Makan ketam yang dimasak bercili bersama Mantoun Bun memang terbaik. Lembut giler tau Mantoun Bun ni (teringat-ingat sampai hari ini, hehehe)
Abalone Mee Raja (1-2 orang makan)
Meriah dengan seafood!!! Memang menjadi kegemaran Ameer dan Amani :=)
Garlic Butter Noodles Chicken Chop
Peminat hidangan mee, banyak pilihan jenis masakan mee disini. Jadi tidak rugi kalau nak mencuba semuanya sebab gerenti sedap-sedap berlaka.
Nasi Goreng Seafood Tomyam
Hidangan pilihan Cik Lily. Menurut Cik Lily blogger kaki makan yang cukup terkenal di Malaysia, hahaha. Makan nasi goreng ni memang memberi kepuasan, memang tidak terasa hendak berkongsi dengan rakan yang lain. Sebab ianya terlalu sedap apatah lagi hidangan ini mewah dengan hidangan laut memang membunuh diet dan meningkatkan nafsu!
Yang mencuri hidangan ini adalah cara masakan ayam pandan. Memang wangi dan lembut daging ayam ini. Kombinasi dengan nasi goreng dimasak agak sempoi tapi rasanya tetap terbaik.
Butter Prawn
Peminat udang, you should try this!"
Dari kiri ;
Lemon paradise, virgin mojito, fruit punch, shirley temple, virgin colada dan I Love You.
Seriously, barisan air-air yang saya cuba diatas semuanya sedap-sedap. Dengan cara hidangan yang agak unik (bekas minuman) dan ianya juga mewah dengan rasa. Paling saya suka fruit punch! Kombinasi rasa buah-buah tropika segar yang begitu "ümphh" benar-benar memberi kepuasan ketika menikmatinya.
Teh tarik 3 layer memang terbaik. Perghhh! Minum air panas-panas seperti ini sambil melepak dengan kengkawan yang rancak bercerita, memang boleh menghilangkan tekanan yang dihadapi seharian bekerja.
Kebanyakan hidangan didatangkan dalam "potion"yang agak besar (saiz L). Jadi boleh dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan lain jika mahu. Sharing is caring bukan?? Heheheheh
Besito's Survival:
Besito''s Survival Restoran Yang Perlu Diterjah Jika Anda Berada Di Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 20, 2016
Rating:
meriah tgk air tu..menu nya pn nmpk menarik
ReplyDeleteBanyak betul pilihan kat sini. Bleh try lepas ni bila2 sampai kat Shah Alam
ReplyDeletetelan airliur je..saja je akak nieee
ReplyDeleteThanks for writing such a nice content
ReplyDeleteDelivery Partner Jobs
Driving Partner Jobs
Driving Jobs
Food Delivery Jobs