Meraikan CNY 2017 @ TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Seperti kita ketahui Tahun Baru Cina adalah hari yang mana ikatan keluarga dieratkan dengan meraikan melalui makan besar bersama-sama. Dan Hotel Grand BlueWave Shah Alam tidak ketinggalan mengadakan promosi terbaik bersempena dengan Tahun Baru Cina akan datang tidak lama lagi.

Bersempena dengan 2017 merupakan tahun ayam jantan dalam kalendar Cina, Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah memperkenalkan hidangan halal set Fatt Choi Poon Choy. Hidangan tradisional masyarakat Cina ini sememangnya popular dalam setiap kali Tahun Baru Cina. Dikatakan tetamu yang menikmati akan menggali setiap lapisan hidangan ini dan ianya agak "suprise" kerana kita tidak tahu makanan apa yang bakal diperolehi. Memang menarik bukan?

Terdapat dua pakej Poon Choy yang ditawarkan, iaitu :-
 Pakej A berharga RM798.00 + dan Pakej B berharga RM1188.00 +

Selain daripada itu terdapat juga Halal Auspicious Yee Sang and Golden Prosperity CNY yang didatangkan dalam set Menu 1, 2 dan 3. Untuk semua hidnagan bersempena dnegan promosi Tahun Baru Cina ini telah disediakan oleh chef terbaik iaitu Chef Patrick. 

Set hidangan ini boleh didapati dari 3 Januari 2017 sehingga 15 Februari 2017. Ditawarkan setiap hari untuk makan tengah hari dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam yang bermula pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1.

Auspicious Yee Sang semestinya hidangan yang wajib ada setiap kali Tahun Baru Cina. Ini kerana ianya membawa maksud untuk menghadapi satu tahun yang hebat, diperluaskan kekayaan dan kesihatan. Terdapat empat pilihan  Yee Sang yang boleh dipilih iaitu Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Tuna Fish and Vegetable Yee Sang. Harga yang ditawarkan bermula serendah RM40.00 + sehingga ke  RM360.00 k +. Da untuk hidangan Yee Sang ini sesuai dinimati untuk sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap pesanan.

Untuk set menu Golden Prosperity CNY adalah yang paling terbaik untuk keluarga, rakan baik atau rakan perniagaan. Bermula dengan harga serendah RM888.00 + (Menu 1), RM1228.00 + (Menu 2) dan RM1688.00 + (Menu 3). Satu set menu sesuai untuk 10 orang (satu meja) dan perlu membuat tempahan awal.






Untuk membuat tempahan boleh terus menghubungi Restoran Chinese Tung Yuen di talian 03-55118811 ext. 2616 atau bahagian Telemarketing ext. 2724. 

Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. Restoran Chinese Tung Yuen adalah Halal dian telah disahkan oleh pihak JAKIM.

Meraikan CNY 2017 @ TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 30, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.