Gold Coast Trip : Corat Coret
Secara random untuk berkongsi gambar ketika berada di sana - Gold Coast. Biarpun dah lebih sebulan berlalu tapi kenangan itu masih terpahat didalam jiwa. Kalau ada orang tanya nak pergi lagi ke GC... memang definitely yesssss..... hehehehe
Cuma pada tahun akan datang, teringin juga menjejaki ke bumi Mekah, Korea dan tempat-tempat lain yang menarik. As what people always said "Jauh perjalanan luas pandangan".
Setiap tempat orang yang kita jejaki pasti meninggalkan sesuatu yang bermakna untuk dikenang-kenangkan. Terutama tentang budaya, pemikiran, lokasi cantik dan pelbagai lagi.
So, rasanya ini adalah entri terakhir untuk cuti-cuti di Gold Coast. Dan moga berkesempatan di waktu yang lain saya boleh berkunjung ke negara-negara serata dunia.
Amin.
Biarlah hanya gambar berbicara bersama coretan pendek....
Memang saya banyak shopping dekat sini. Kebetulan musim summer baru sahaja bermula jadinya kebanyakan outlet dah mulakan jualan murah. Ini belum masa "Boxing Day".. boleh menggila berbelanja kat sana.
Untuk boot orang dewasa dalam 10AUD, lebih kurang duit Malaysia RM30 hengget plus plus. Kasut boot pink yang comel itu untuk Adelia anak Mak Biq, harga 7AUD.
Sling bag saya. Wakakakaka. Saya nak beli dua sebenarnya. Satu lagi agak besar saiznya. Tapi Dedet cukup tak berkenan dengan rekaan sling bag saya pilih. Heheheh. Saya kan jenis suka benda2 yang pelik, rare dan unik. well, umur jer tua jiwa mudoooo... Nak buat camana kan, ahaks.
Harga 10AUD....material kulit.
Pada mereka-mereka yang bakal menerjah GC, restoran kebab ini sangat disyorkan untuk singgah. Saya boleh repat banyak kali makan dekat sini. Biarpun dekat GC tu berlambak kedai kebab.
Pertama sebabnya ianya memang tertera dengan jelas ianya HALAL. Dan paling best ada banyak pilihan jenis inti kebab dan cara masakan kebab disini.
Harganya dari serendah 5AUD sehingga 10AUD. Ada juga yang dijual dalam set bersama minuman. Tapi saya suka yang kebab berharga RM7.50. Yang tu memang sedap giler.
Besar sebenarnya saiz kebab ni. Untuk portion sebesar ini digalakkan makanlah berdua. Tapi kalau jenis melantak banyak, makanlah sengsorang.
Isi kebab yang mantap dan padu...
Dah alang-alang berjalan ke tempat orang sukalah terjah supermarket yang ada sekitar situ. Saya pula jenis pantang tengok jenama yang biasa kita jumpa kat Malaysia tapi packaging dia berbeza kat sini. Memang menarik dan unik.
Saya perasan satu dekat sini. Tak sure betul atau tidak andaian saya ini. Kebanyakan tempat di GC wifi signal sangat low (kurang). Macam kalau di hotel free wifi hanya boleh diperolehi dekat lobby sahaja itupun untuk tempoh 2 jam sahaja. Nak guna lagi kena request dekat kaunter. Boleh nak dapat wifi dekat bilik tapi ada charge tambahan yang dikenakan. Dan memang saya tak pelik jika kebanyakan masyarakat tempatan GC jarang sekali duk main henpon. Contohnya ketika saya melalui beberapa taman-taman (park) terbuka sana. Kelihatan ada keluarga duduk melepak santai berpiknik. Memang mereka akan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Makan dan gelak-gelak gembira. Beza juga dengan cara hidup masyarakat Malaysia juga rasanya. Kadang-kadang (saya sendiri) time nak makan bersama keluarga time tu lah nak start berselfie, buat boomerang dan macam-macam lagi. Paling sadis terus on-kan data mobile-share kat insta dan link terus kat FB, kahkahkah.
Tapi kat sini ada cam kiosk terbuka yang mana kita boleh akses internet dan boleh mencetak sekali. Cuma ada charge yang perlu dibayar dekat mesin yang disediakan di situ.
Bila waktu siang kami sibuk masuk taman tema. Waktu malam adalah aktviti bebas. Jadi kebanyakan masa memang kami akan round pekan GC ni. Kebanyakan kedai dekat GC tutup awal. Macam dekat Harbour tu pukul 4.30pm dah tutup. Tapi kedai berdekatan hotel paling lewat kedai akan dibuka sampai pukul 9 malam. Hanya kedai serbaneka 24 jam dan kelab-kelab malam jer buka sampai pagi.
Dekat sini paling banyak kedai menjual barangan surfing. Sebab GC ni kan port-port surfers. Tapi nampak cam harga agak murah jugaklah (rasanya). Pada pandangan mata ramai jer ramai yang singgah masuk ke kedai di sini untuk membeli.
Hari siang memang tak sempat nak jejakkan kaki ke pantai. Time malam jer. Tapi memang siyes best! Dengan pasir pantainya yang sejuk, udara dingin yang menampar-nampar muka dan paling penting pantai ini sangat bersih uollls.
Dekat GC ni masyarakat tempatan memang mengamalkan sikap pembersih sikit. Jarang nampak sampah bersepah-sepah (ekceli tak nampak pun). Dan jangan terkejut tandas awam dier standard kebersihan macam tandas dekat rumah. Cuma seperti negara-negara barat yang lain dekat tandas dowang memang takde hos (tali paip). Dan takde cebok, hahahaha. Ala-ala korang datang kat sini pandai2lah bawa wet tisu ke, bawa sendiri cebok ke..hahahaha
Ai is so tipikal melayu, uhuks.
Oh well..
GC antara tempat best saya dah famili lawati...
Moga ada rezeki lagi untuk kami ke negara-negara lain pula. Misi setiap tahun, satu vacation luar negeri bersama famili. Mengigihla menyimpan duit ya, dedet, heheheheh
Psstt: Bajet ke GC, bolehla..sebab ada yang disponsorkan (countless). Cuma duit shopping dan makan tu kitaorang lebihkan :p
Throwback entri on GC...cikedaut gais...
Gold Coast Trip : Corat Coret
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 27, 2016
Rating:
siyes besh kan cuti2 obersi! moga2 murah rezeki kita dan anak2 utk thn 2017.amiin
ReplyDeleteseronoknya...!!!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete