Ïnternational LEO Day Festival 2016" di Citta Mall

Chill Out Saturday merupakan platform untuk CITTA Mall melibatkan diri dengan masyarakat sekitarnya (terutama bagi mereka yang sudah bekeluarga) dengan menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan.

Untuk pengetahuan semua bersempena dengan Chill Out Saturday baru-baru ini,  telah dilancarkan "Ïnternational LEO Day Festival 2016"di Citta Mall yang telah diusahakan secara bersama dengan Kelab LEO sekitar Selangor. Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk menyebarkan tentang perlunya ada tanggungjawab sosial dan penglibatan masyarakat setempat untuk bersama-sama mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan. Ini adalah melalui penglibatan mereka didalam bazaar jualan dan juga menyertai pelbagai aktiviti  yang telah disediakan.

Hasil sumbangan kali ini telah  telah diberikan kepada Rumah Hope dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah (PPKKCTM). Yang mana ianya juga hasil kerjasama serta sumbangan RM10,000 untuk setiap rumah kebajikan terpilih dari Tan Sri Tan Foundation, yang merupakan sebahagian besar daripada Yayasan  Tan Chin Tuan dari Singapura.

Antara tetamu kenamaan yang hadir seperti:-
- Dato Robert Teo, Ahli Majlis Tan Sri Tan Foundation
- Jun Lim, Malaysian Country Head for ARA Asset Management Limited
- Mr. Ir Tham Thin Yin, Field Trustee of PPKKCTM
- Encik Jacob Mathew, Pengerusi Rumah Hope


Dalam ucapannya Ms. Yap Su-Yin CEO Foundation berkata, 
"The Tan Sri Tan Foundation, established by the late Tan Sri Dr. Tan Chin Tuan, has been donating to various causes in Malaysia since it was started almost 40 years ago. We are glad to be able to partner ARA [Asset Management Limited] through its mall activities, especially during this festive season to bring cheer to our beneficiaries. The foundation donates to several charities helping distressed families, vulnerable children & youth, the disabled and the elderly. We are appreciative of the charities' staff and volunteers, who contribute time and energy to make lives better for others. Eight of these charitable organisations are participating in the activities in ARA malls in Kuala Lumpur, Klang and Perak. We hope such collaborations and donations will continue to bring help and comfort to the community."


Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya jualan amal yang melibatkan artis tempatan dan masyarakat setempat, pertunjukan pentas serta pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, pertandingan membina lego dan sebagainya.

Jualan barangan pre-loved dari selebriti tempatan dengan harga yang sangat berpatutan.

Booth-booth yang menawarkan pelbagai barangan jualan. Antaranya seperti makanan, komik, barangan permainan dan pelbagai lagi.

Persembahan pentas

Pertandingan mewarna

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

Ternyata program seperti ini mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat sekaligus mengajak lebih ramai masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu, saling membantu mereka yang memerlukan.


************************************


Rumah Hope: Ditubuhkan pada tahun 1994, Rumah Hope bertujuan untuk menyediakan rumah berlindung dengan persekitaran sosial yang sesuai untuk kanak-kanak malang seperti didera, diabaikan, dan kurang bernasib baik. Sehingga kini Rumah Hope telah menempatkan sehingga 70 kanak-kanak.

PPKKCTM: Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah telah diasaskan oleh Allahyarham Encik S. K. Manikumar A / L S. Kanan, memandangkan dirinya juga cacat anggota, beliau dengan visi untuk menyediakan persekitaran terbaik bagi memberi manfaat buat kanak-kanak istimewa. Kebanyakan kanak-kanak yang kurang upaya seperti Down syndrome, microcephalous, hydrocephalous, epilepsy,  muscular dystrophy, physical impairments, intellectual disabilities dan sebagainya. Terdapat juga kanak-kanak normal yang terbiar, didera atau dari keluarga yang susah dan bermasalah.
Ïnternational LEO Day Festival 2016" di Citta Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.