MAHA 2016 | Our Food Our Future
MAHA 2016 merupakan karnival berprestij dalam menyokong utama sektor pertanian di Malaysia. Ini merupakan susulan kerajaan Malaysia yang sentiasa berusaha untuk menggalakkan seluruh rakyat memartabatkan dan membawa hasil produk pertanian serta perladangan (agriculture) ke satu aras yang mampu menjadi kebanggaan negara. Dengan kerjasama daripada Perladangan (The Farmers)), Penternak dan Perikanan (HPPNK) , secara tidak langsung mampu menggalakkan sektor pertanian dan industri asas tani sekaligus berkembang dengan pesat.
Terdapat banyak acara yang disediakan sepanjang Program MAHA 2016. Ini terutamanya dalam usaha untuk memberi tumpuan secara sepadu untuk industri agro-pelancongan, perdagangan agro dan gaya hidup agro, bersama-sama dengan inovasi terkini dan kemajuan teknologi. Tidak dinafikan menjadi negara pengeksport makanan hasil pertanian antara penjana berpendapatan tinggi buat negara. Ini secara tidak langsung mampu memotivasikan usahawan muda khasnya untuk mengambil bahagian dalam industri berasaskan pertanian sebagai kerjaya pilihan mereka dan seterusnya membawa industri ini ke tahap yang baru.
Bagi saya sendiri yang pertama kali menjejakkan diri ke MAHA 2016, merasakan betapa ruginya tidak menyertai acara berprestij ini pada tahun-tahun yang lepas. Ini kerana di MAHA 2016, kita boleh lihat dan berbangga dengan teknologi terbaru, mendapatkan pelbagai produk keluaran bumiputera dari hasil pertanian dan perladangan, bahkan yang lebih bernilai kita dapat belajar banyak perkara yang mana boleh menjadikan inspirasi betapa bidang agro ini boleh memberi banyak manfaat dalam hidup masyarakat Malaysia.
Nah! Tidak hairanlah MAHA 2016 merupakan acara dan program berprestij untuk masa depan pertanian dan kita perlu berbangga dengannya!
Jom ikut tour saya di MAHA 2016, antara lokasi menarik yang sempat saya jejaki semalam, antaranya:-
1. Nafas Cube @ Mardi
2. My DOF Valley - Laman Perikanan
3. Laman Padi Bernas
4. Pineapple Planet
5. Laman Armada Jentera
6. Laman Ternakan
7. Laman Sayur
8. Rythm Of Farmers
9. Kampung Durian Runtuh (Upin Ipin)
10. IAtDOME
11. Food Empayar
1. Nafas Cube @ Mardi
We are so cheerful! A good start at MAHA 2016
Melihat kepada pembinaan struktur bangunan penginapan dan menu yang disediakan di kedai makan di sini memang benar menarik minat saya. Ianya agak unik dan "trendy"sesuai dengan perkembangan inovasi dunia hari ini.
Siyes kalerful!
Bagi mereka yang mencari kelainan untuk bercuti. Saya sangat syorkan anda ke sini --> Nafas Cube @ Mardi. Pembinaan bilik di kontena, cube dan juga khemah memberikan kelainan buat anda yang datang bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan.
Untuk pengetahuan semua NAFAS Cube adalah projek kerjasama antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Mardi. hasil inovasi dari kontainer dan "culvert"menjadi satu tempat kediaman antara tarikan utama di sini. Kediaman ala apartmen dilengkapi dengan keperluan asas seperti katil, unit penyaman udara, ruang solat dan bilik mandi (Ianya bergantung kepada jenis penginapan ya). Harga untuk semalaman yang ditawarkan adaah seperti Kontena VIP RM250, Kontena Eksekutif RM 180, "culvert"RM150 dan khemah RM120.
Sekali imbas view disini. Cantikkan!!
Unik! The Culvert :=)
Untuk kontena famili. ada katil king dan double-decker. Sesuai untuk bawa famili.
Excited tau kitaorang bila berada di sini. Mohon berpeluang merasai pengalaman tidur di sini, ahaks
2. My DOF Valley - Laman Perikanan
Berada disini kita akan mempelajari 1001 jenis ikan, teknologi perikanan yang dihasilkan dan paling best hasil produk dari ikan turut kita boleh rasa dan beli di sini.
Apa yang menarik tentang inkubuter hidupan ini ialah kita boleh mengawal suhu samada hujan, panas, lightening dan sebagainya dengan menggunakan telefon bimbit sahaja. Saya difahamkan sekiranya ianya benar-benar dapat direalisasikan, kemungkinan pada masa akan datang kita berpeluang menanam buah strawberi biarpun didalam rumah.
Di Laman Perikanan ini juga kita berpeluang melihat anak-anak ikan jerung yang comel!
Nak rasa ikan tuna dari labuan? Jom ke sini :-)
Oh ya! Dekat sini ada Rumah Terbalik juga. Hahahahah. Memang sakan kami bergambar disini.
Melenjan depa ni bila ajak berposing depan kamera!!
Dekat sini ada servis main bot juga ya.
3. Laman Padi Bernas
Antara agensi yang terlibat dalam pameran di laman Padi di MAHA 2016.
Padi antara hasil pertanian yang banyak menyumbangkan pendapatan ekonomi negara. Lihat sahaja kawasan penanaman padi Malaysia, bukan sahaja kita boleh lihat di Kedah, bahkan sekitar Selangor seperti Kuala selangor dan Sarawak antara negara yang memiliki kawasan bendang yang luas.
Di Laman Padi ini juga kita boleh sendiri bagaimana rupa bendang sawah.
Jenis-jenis belajar. Ilmu penting ni tau!
Ini pula peralatan tradisional (zaman dulu) yang digunakan untuk menanam padi dan memproses beras..
Antara produk beras keluaran bumiputera.
Jenis-jenis padi yang tidak berkualiti.
Saya juga belajar cara membuat bedak sejuk dari beras.
Ini adalah hasil rendaman beras sebelum dijadikan bedak sejuk. Ambil masa berbulan ya uollls.
Gigih membuat bedak sejuk!
Nah! Setelah 2 minggu dikeringkan ini bedak sejuk yang berjaya dihasilkan.
Aktiviti bola sepak di bendang antara yang mecuri perhatian :p
4. Pineapple Planet
Saya juga berkesempatan ke Pineaple Planet (Laman Nenas) untuk melihat sendiri perkembangan industri nenas di Malaysia. Kelihatan di sebelah Pineapple Planet terdapat banyak pokok nenas yang ditanam, memang subur-subur hasil tanaman nenasnya.
Sedikit sejarah mengenai penanaman di Malaysia:
Untuk pengetahuan semua Christopher Columbus adalah orang yang telah memperkenalkan tanaman nenas di serata dunia. Dikatakan Christopher Columbus telah menemui buah nenas di perairan Caribbean pada tahun November 1493 semasa perlayaran keduanya di perairan itu. Dan semenjak itu nenas telah disebarkan ke serata dunia dan pada abad-16 nenas telah diperkenalkan kepada Tanah Melayu oleh orang-orang Bugis.
Mesin yang digunakan untuk memproses nenas.
Antara hasil produk daripada nenas.
Dan ini adalah hasil kanvas dari kulit/hampas nenas. Cantik dan kreatif bukan.
5. Laman Armada Jentera
Disini pula saya dapat lihat segala jenis jentera yang banyak membantu dalam mengusahakan pertanian dan perladangan di Malaysia.
Antara jentera tradisional yang terdapat di sini.
Antara jentera yang menarik perhatian :=)
Hasil baja dan teknik bertani yang betul. See! Besar betul cili dier...
Antara produk tempatan yang mencuri perhatian saya di sini ~mamalade nangka, jem nangka dan Ais Krim Nangka.
Lebih istimewa dapat makan sate ikan goreng yang sedap dan juga keropok lekor!
Bertembung dengan pengunjung yang ke 2,500,000. Untung tau pakcik ni dapat hadiah menarik dan best dari pihak MAHA 2016.
6. Laman Ternakan
Terdapat ternakan yang menarik terdapat di sini ialah lembu hibrid sado, ayam sado dan acam-macam lagi. Terdapat juga produk hasil ternakan yang telah dikomersial. Memang menarik.
Antara yang mencuri perhatian, lembu hibrid sado.
Memang gagah perkasa rupa ayam-ayam ni bukan, hiks.
Antara ternakan yang banyak hasilnya....
Sedap betul ais krim yang dihasilkan dari susu kambing ni...
Selain susu terdapat juga dadih yang dijual di sini...
7. Laman Sayur
Geram betul saya melihat sayur-sayuran di sini. Alangkah indahnya hidup jika dapat memiliki kebun sayur yang mempunyai sayur-sayuran yang berbuah lebat dengan saiz yang besar-besar.
Pokok labu UFO!
Ada madu kelulut juga disini.
8. Rythm Of Farmers
Istimewa di MAHA 2016, satu program diadakan untuk pengunjung pada waktu malam. Iaitu persembahan dari artis yang cukup popular lama dan baru.
Saya paling teruja bila berada disini. Ini kerana terdapat banyak lokasi dengan props menarik yang boleh bergambar kenangan. Pemandangan pastinya lebih cantik di waktu malam, ini kerana terdapat lampu yang akan dipasang sekitar kawasan konsert ini.
Saya juga diberitahu sepanjang konsert berlangsung, kuda dan kambing akan dilepaskan di kawasan ini. Rare bukan! Tengok konsert bersama haiwan jinak ini, hiks.
Penaja utama untuk konsert ialah syarikat NAZA, syarikat konglomerat yang cukup terkenal di Malaysia.
Berkesempatan berkongsi idea dan bertukar fikiran dengan Yang Berbahagia Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek.
YB seorang yang sangat merendah diri dan mudah didekati. Melihat keungguhan beliau untuk menjenamakan MAHA ke peringkat lebih global sekaligus menjadi inspirasi buat para media sosial yang hadir dalam mempertengahkan dunia pertanian, perladangan dan ternakan di Malaysia.
Oh ya uolls. ada cabutan bertuah dengan hadiah menarik ditawarkan untuk sesiapa sahaja yang hadir ke konsert ya, Antaranya seperti iphone 7, ipad mini dan hamper.
Keterangan lanjut boleh klik RYTHMOFFARMERS
9. Kampung Durian Runtuh (Upin Ipin)
Animasi Upin Upin bukan sahaja menjadi kegemaran anak-anak bahkan golongan dewasa juga. Dapat melihat secara dekat karektor comel ini, penceritaan dalam bentuk 3D dengan pelbagai mesej kebaikan yang disampaikan menjadikan saya begitu teruja. Berada di Kampung Durian Runtuh Upin Ipin, bagaikan berada di dunia idaman kanak-kanak. Dan pastinya pelbagai aktiviti menarik disediakan di sini.
Untuk pengetahuan semua, animasi Upin Ipin ini telah menerima pelbagai anugerah diatas kecemerlangan siri ini yang mendapat sambutan samada di Malaysia mahupun di luar negara.
Upin Ipin 3D
Pelbagai tanaman seperti sayuran di Kampung Durian Runtuh.
Terdapat banyak sudut intraktif 3D untuk bergambar.
Nak dapatkan produk keluaran tempatan, silalah berkunjung ke I AT DOME (District of Malaysian Entrepreneurs) MAHA 2016. Lebih 3,000 pengusaha tempatan menawarkan hampir 30,000 pelbagai produk yang menarik dibawah satu bumbung.
Apa yang menarik kita dapat lihat beberapa produk inovatif hasil kajian dan penemuan masyarakat Malaysia yang kreatif serta berdaya saing. Melihat produk-produk yang yang dipamerkan menjadikan saya begitu bangga dengan kesungguhan usahawan tempatan melahirkan produk yang berkualiti dari bahan mentah hasil dari negara sendiri.
Apa yang menarik kita dapat lihat beberapa produk inovatif hasil kajian dan penemuan masyarakat Malaysia yang kreatif serta berdaya saing. Melihat produk-produk yang yang dipamerkan menjadikan saya begitu bangga dengan kesungguhan usahawan tempatan melahirkan produk yang berkualiti dari bahan mentah hasil dari negara sendiri.
Antara produk tempatan yang ada disini seperti:-
Ais krim honey dew ini memang sedap! Lain daripada yang lain. Pencuci mulut ini enak dinikmati terutama ketika musim panas :=p
Manis jagung kat sini. Sedap, manis dan terasa kesegarannya. Seperti abru sahaja memetik jagung ini dari ladang. Nah! Ternayata pemilihan benih yang terbaik dengan strategi penanaman yang betul kita mampu menghasilkan produk yang luar biasa.
Pelbagai produk dihasilkan dari barangan terbuang. Antara hasil buangan seperti jerami dan pelbagai lagi dijadikan key-chain, frame dan lain-lain. Sesuatu yang kita sangkakan tidak bernilai ditransformasi menjadi sesuatu yang berguna dan unik. Menarik bukan?
Boleh melukis batik disini.
Peminat orked? Tentu tidak kecewa bila ke MAHA 2016. Pelbagai jensi spesis orked boleh didapati di sini.
Dekorasi indah dan unik di I AT DOME..
Proses penghasilan madu...
Ada juga pameran kucing disini...
Comel-comel bukan...
Seafood lovers...tidak diilupakan...
Di sini kita boleh lihat bagaimana usaha syarikat-syarikat tempatan yang mempelbagaikan sumber perikanan kepada produk-produk berkualiti yang mampu memenuhi kehendak pasaran.
Di sini kita boleh lihat bagaimana usaha syarikat-syarikat tempatan yang mempelbagaikan sumber perikanan kepada produk-produk berkualiti yang mampu memenuhi kehendak pasaran.
Serius sedap dan memang hidangan shell out disini tidak mengecewakan.
11. Food Empayar
Nak cuba pelbagai hidangan serta masakan mengikut negeri di Malaysia bolehlah ke Empayar Makanan MAHA 2016. Pelbagai juadah menarik dan popular dari setiap negara ditawarkan di booth-booth jualan di sini.
Antara yang menjadi tarikan, Ayam Pusing Bonda.
Udang sanggul, sate tulang, mee kolok dan kacang pool. Nom nom nom...
Dan banyak lagi.
Antara lain yang menarik di MAHA 2016 seperti..
Basikal warna-warni yang boleh disewa.
Mini konsert di Perkampungan Mak Cun.
Merasai sendiri air kelapa muda yang segar!
Buah melon istimewa dari Terengganu...
Pelbagai masakan kampung istimewa di Kampung Mak Cun.
Dengan variasi produk tempatan baru dan lama dapat dipertengahkan, selain daripada agenda aktiviti menarik yang dirancangkan, Ternyata MAHA 2016 merupakan platform terbaik untuk memajukan dan memperkembangkan hasil tani dan ternakan ke peringkat antarabangsa.
Dengan sambutan yang hangat dari masyarakat setempat, tidak hairanlah karnival seperti ini perlu diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Apatah lagi impian Malaysia untuk membawa industri agro-pelancongan ke tahap yang lebih dikenali di seluruh dunia.
Keterangan lanjut boleh layari, https://m.facebook.com/maha.gov.my/
#MAHA2016
#OurFoodOurFuture
#MakananKitaMasaDepanKita
#BlogRetis
#NafasCube
#myDOF
#PenerajuPerikanan
#pineappleplanet
#lpnm
#lpnm60tahun
#lamannanas
#jusbobnanas
#AgroLifestyle
#UpinIpinMAHA2016
#KampungDurianRuntuh
#LamanFlorikultur
#ROTF
@my1pertanian
MAHA 2016 | Our Food Our Future
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 10, 2016
Rating:
Kak Ayu!!! akak ni yg masak2 maggi group D ke? kalau yes..saya Nany. Groupmate akak arituh. Kalau salah..I am sorry. haha...tapi meriahnya tengok gambar2 akak kat MAHA ni. Kami pegi last day pagi tadi cuma cover kampung Mok Cun, Upin Ipin, Food Court,...haha! pastuh nak pegi tempat lain kena naik bas. Bas pulak penuh sokmo. Tak daya la nak tunggu...tapau food then terus balik rumah. Hahaa~~~
ReplyDeleteHi Nany :)
ReplyDeleteAaah hahaahhaahah...kita satu grup...jumpa jugak kita kat sini hehehehe..mesti ramai org kan hehhehe..
byk sopingg???