Sambutan Hari Natal Dengan Hidangan Istimewa di The Royale Bintang Kuala Lumpur
HoHoHoHo
Bulan Disember selain daripada cuti sekolah yang panjang, bagi penganut kristian seluruh dunia sememangnya ternanti-nantikan perayaan Hari Natal (krismas!). Di mana pada waktu inilah seisi keluarga akan berkumpul, menghabiskan masa bersama dengan bercuti dan aktiviti yang lain yang digemari seperti sesi bertukar hadiah dan makan malam besar ahli keluarga yang lain.
Dan The Royale Bintang Kuala Lumpur semestinya tidak terkecuali ingin bersama-sama meraikan Hari Natal bersama pelanggan-pelanggannya dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta menawarkan hidangan esklusif dengan promosi hebat!
Antara yang menarik :-
Variasi kek dengan pelbagai rasa dan tema. Memang mencuri pandangan apatah lagi dekorasinya di kek itu begitu indah dan unik.
Begitu juga pilihan "home made cookies". Kudapan yang enak dinikmati bersama secangkir teh o' panas-panas.
Tarts...tarts dan puding :=)
Yang ini memang sedap ~Minched meat pie~!
Red velvet, kegemaran rakyat Malaysia.
The Yule Log!
Seafood yang segar dipersembahkan dalam pelbagai bentuk hidangan seperti salad dan sebagainya.
Memang terbaik rasanya, cukup rempah dan seenak rasa.
Feveret saya dulu kini dan selamanya. "Stik Daging"(beef steak) yang dimakan bersama sos lada hitam istimewa dari Chef The Royale Bintang Kuala Lumpur .
Ada juga ayam panggang dan juga masakan ala Mediteranean ikan fillet bersama percikan citrus.
Antara kerabu kegemaran mewakili hidangan tempatan yang menjadi menu tambahan dalam buffet yang disediakan.
Ini hanya sebahagian gambar makanan dan sebenar-sebenarnya ada banyak lagi menu yang disediakan. Memang berbaloi dengan pakej harga yang ditawarkan.
Barisan chef yang terlibat bersama orang kuat The Royale Bintang Kuala Lumpur memberi penerangan tentang menu yang ditawarkan.
Selain itu bersempena dengan kedatangan Hari Natal ini juga, pihak The Royale Bintang Kuala Lumpur turut menganjurkan satu program kebajikan yang mana pelanggan yang membeli stokin seperti diatas yang berharga RM15 (didalamnya ada gula-gula) akan diberikan juga sekeping kad ucapan (kita boleh menulis ucapan istimewa) untuk digantungkan di pokok krismas khas diletakkan di lobby utama hotel. Yang mana setiap pembelian yang dibuat, wangnya akan disalurkan ke rumah kebajikan yang terpilih. Sambil membeli kita boleh beramal, menarik bukan?
Untuk promosi bersempena dengan sambutan Hari Natal The Royale Bintang Kuala Lumpur untuk tahun ini, boleh rujuk di bawah:-
Christmas Gala Buffet Dinner
Lokasi: Royale Ballroom
Masa: 7pm-10.30pm
Tarikh: 24 Dec 2016
Harga
Dewasa: RM148.00nett
Kanak/Warga Emas: RM74.00nett
(Tetamu hotel akan menerima diskaun sebanyak 30% )
New Year Promotion
New Year Day Hi-Tea
Lokasi: Sunflowers Brasserie
Masa: 12.30pm-4.00pm
Tarikh: 1 January 2017
Harga
Dewasa:RM88.00 nett
Kanak/Warga Emas: RM44.00 nett
New Year Eve Set Dinner
Lokasi: Cafe Royale&Bar
Masa: 7.00pm-10.30pm
Tarikh: 31 Dec 2016
Harga: RM108.00 nett
New Year Eve Gala Buffet Dinner
Lokasi: Royale Ballroom
Masa: 7.00pm-10.30pm
Tarikh: 31 Dec 2016
Harga
Dewasa:RM148.00 nett
Kanak/Warga Emas: RM74.00 nett
(Tetamu hotel akan menerima diskaun sebanyak 30% )
Untuk tempahan sila hubungi Sunflowers Brasseries di 603-21.439.898 ext. 9848
Sunflowers Brasserie
17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia, 17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia, 17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Sambutan Hari Natal Dengan Hidangan Istimewa di The Royale Bintang Kuala Lumpur
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 04, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...