Scott's DHA Gummies Membawakan 'Sleep with Sharks' Bersama Peneroka Kecil Bijak
Scott's, jenama kegemaran isi rumah No.
1 Malaysia dari GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, telah menganjurkan
satu pengalaman unik yang dikenali
sebagai ‘Sleep with Sharks' untuk kanak-kanak, sebagai sebahagian daripada
kempen inisiatif ‘Peneroka Kecil Bijak' DHA Gummies bagi membantu memupuk rasa
ingin tahu dan minda sukakan cabaran.
Seramai 20 kanak-kanak yang berumur di
antara 6 hingga 13 tahun baru-baru ini berpeluang menghabiskan sesi 24 jam yang
cukup menyeronokkan di Aquaria KLCC, ditaja dan dianjurkan oleh Scott's. Acara
itu termasuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bermalam di Aquaria KLCC,
di samping menikmati pelbagai aktiviti pada waktu malam membabitkan jerung,
memerang dan haiwan laut lain; lawatan
pendidikan malam; bertemu penyelam Aquaria; sesi memberi makan jerung dan
piranha; tidak ketinggalan mencuba cabaran ‘Discovery Hunt’.
Acara ini adalah inisiatif susulan daripada pelancaran rasmi Scott's DHA Gummies yang berlangsung pada akhir Julai lalu. Satu pertandingan Scott's® Facebook bertajuk ‘Sleep with Sharks’ telah diadakan dari 19 September 2016 hingga 7 Oktober 2016 lalu, di mana anak-anak ini menghantar keterangan gambar dan lukisan paling kreatif mereka. Seramai 10 pemenang dipilih dan dianugerahkan sepasang tiket untuk mengambil bahagian dalam program 24 jam ‘Sleep with Sharks’ manakala ibu mereka pula menikmati baucar membeli belah Aeon.
‘Discovery Hunt’ mencetuskan sifat ingin tahu kanak-kanak ketika mereka cuba mencari petunjuk di sekitar pameran Aquarium dan fakta yang dipaparkan di sekeliling akuarium.
Hari
yang tidak dapat dilupakan kanak-kanak: Memberi makan ikan jerung bersama
dengan semua rakan-rakan baru mereka.
Lawatan pendidikan yang dianjurkan itu merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak sambil memerhati dan bertanya soalan kepada jurupandu lawatan.
Para peserta bersungguh-sungguh menjawab
soalan dalam salah satu aktiviti ‘Sleep with Sharks’ Scotts.
Mengenai ® Scott - Jenama makanan tambahan kesihatan kanak-kanak No. 1 dalam segmen berasaskan ikan di Malaysia
(seperti yang dilaporkan oleh Nielsen, MAT Jun 2016) dan pernah dianugerahkan
Pingat Emas di Anugerah Kecemerlangan Pemasaran 2014 untuk Kecemerlangan dalam
Wawasan Pengguna dan Kecemerlangan Pemasaran Dipacu Data. Ia juga pernah
dianugerahkan Anugerah Perak di Anugerah Putra 2015.
Mengenai GlaxoSmithKline (GSK) - Salah sebuah syarikat farmaseutikal berasaskan
penyelidikan dan penjagaann kesihatan yang terkemuka di dunia - komited untuk
meningkatkan kualiti hidup manusia dengan membolehkan orang ramai melakukan
lebih lagi, berasa lebih baik dan hidup lebih lama. Untuk maklumat lanjut sila
layari www.gsk.com.
Scott's DHA Gummies Membawakan 'Sleep with Sharks' Bersama Peneroka Kecil Bijak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 01, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...