Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ Membantu Ibu Menerokai Kebijaksanaan Si Manja

Tidak dinafikan setiap ibu itu pasti akan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari tentang karektor dan tabiat anaknya setiap hari. Ini kerana peranan seorang ibu itu sendiri menjadikan mereka begitu dekat dengan anak-anak mereka yang dikasihi.

Begitu juga dengan saya! Sepertimana ibu-ibu lain kami sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Kamilah guru, kaunselor, tukang masak, jurulatih, penyokong tegar, sahabat baik dan cuba memainkan segala peranan semata bagi memastikan anak membesar dengan sihat dan ceria.
Contohnya beraktiviti di luar rumah seperti berbasikal, bermain badminton dan macam-macam lagi memang menyeronokkan. Apatah lagi ianya juga dapat memberi kecergasan kepada badan. Amani sendiri begitu seronok melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah. Bagi saya apa sahaja yang disukai oleh anak-anak yang boleh mendatangkan faedah memang saya akan sokong. Contohnya Amani begitu teruja untuk bermain "Bike Scooter". Biarpun agak kekok pada mulanya dan sering terjatuh ketika kendali alatan ini ini. Namun sebagai ibu saya diibarat seperti jurulatih, selain memberi tunjuk ajar cara bermain, saya juga tidak putus-putus memberi kata-kata semangat agar Amani tidak mudah mengalah.

Seperti Amani beliau memang mempunyai bakat dalam bidang seni yang tinggi. Begitu meminati dengan dunia kanvas lukisan yang berwarna-warni menjadikan setiap aktiviti berkaitannya, beliau mampu menguasai dengan baik. Namun dalam usianya yang baru 5 tahun, adakalanya pandangan dan nasihat dari seorang yang sangat rapat memang diperlukan. Dan saya orang yang akan dicari-carinya sebagai mentor dalam mengekspresikan bakat seni yang dimilikinya.



Saya memang memasak untuk keluarga hampir setiap hari. Ini bagi memastikan setiap hidangan yang disediakan buat anak-anak saya memenuhi keperluan diet seimbang agar mereka membesar sihat. Dan pembantu paling terbaik ketika saya berada di dapur tentulah Amani. Berada bersama di dapur bukan sahaja Amani boleh belajar tentang cara hidangan masakan disediakan bahkan Amani juga sangat boleh diharapkan jika saya perlukan bantuan. Contohnya seperti tolong ambilkan rempah, menumbuk bawang, mengupas kulit telur dan pelbagai lagi.


  
Ibu adalah sahabat paling baik dan dekat di hati anak-anak. Setiap emosi yang hadir dalam diri anak - sedih dan gembira, kecewa dan bahagia, ibulah tempat mereka meluahkan segalanya. Tiada lebih istimewa memiliki ibu yang memahami jiwa anaknya sendiri.

Kebijaksanaan anak terserlah mengikut peringkat usia sesuai dengan perkembangan fizikal dan spiritual mereka. Bagi menyokong tumbesaran yang sempurna sebagai ibu saya harus memastikan anak saya sentiasa mendapat yang terbaik. Dan ianya bermula dari pemakanan yang diberikan.

Atas kesedaran itu, untuk Amani yang berusia 5 tahun, susu terbaik untuk beliau adalah adalah Dutch Lady Nutri Plan™ Create. Manakala untuk Ameer yang sudah menginjak ke usia 3 tahun, saya berikan Dutch Lady Nutri Plan™ Explore.

Sebenarnya selain daripada saya boleh berperanan diatas, saya juga boleh menjadi tutor, guru tari, doktor, pendandan rambut, jurumekap dan macam-macam lagi peranan bagi membantu proses pembelajaran sepanjang tumbesaran anak-anak saya.

Ini kerana saya percaya susu Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ sangat memahami perjalanan seorang ibu yang perlu melalui proses pembelajaran yang panjang. Sebagai seorang ibu, kami memainkan pelbagai peranan dan sentiasa berusaha memenuhi keperluan si manja kita, Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ juga mempunyai nutrisi yang dirumus khas untuk menyokong keperluan nutrisi si manja pada setiap tahap kebijaksanaannya , iaitu:-

CURIOUS (umur 1-2)
EXPLORE (umur 2-4)
CREATE  (umur 4-6)
LEARN (umur 6+)

Paling penting Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ ini juga mempunyai 5X DHA* yang memenuhi keperluan nutrisi anak anda dengan membekalkan nutrisi sesuai untuk setiap tahap kebijaksanaan. Secara tidak langsung, ibu-ibu kini boleh lebih fokus dalam membimbing anak-anak tercinta dalam aspek perkembangan yang lain.

Saya sendiri sepertinya ibu-ibu lain di Malaysia percaya Dutch Lady Nutri Plan™ sebagai rakan ideal saya kerana ia menepati keperluan nutrisi anak-anak saya supaya saya fokus membimbing mereka dalam aspek lain. Ibu-ibu sekalian, jadilah seorang ibu yang memainkan pelbagai peranan dengan Dutch Lady di sisi anda!  

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.smartmoments.com.my/

 ˇ 4 Tahap Nutri Plan™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn.
* Berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (Tahun 2009). 



Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ Membantu Ibu Menerokai Kebijaksanaan Si Manja Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 11, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. Suatu waktu dulu Dutch Lady jugak menjadi pilihan saya...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.