Best ke Bersalin di Hospital Shah Alam dan My Yara
Hai awokkkkk..
Lama sudehh tak hapdet blog.
Rindu juga...
Tapi sebab rasa malas syaitonirojimmmm tu membantut segalanya...
Hahahahah...
Okla...
Saya telah selamat melahirkan anak perempuan pada 26 Januari 9.31 malam di Hospital Shah Alam. Ekceli 2 hari sebelum tu, saya dah masuk wad. Sebab dah ada turun tanda tapi jalan tak bukak2 lagi. Stress gila masuk wad awal. Sebab jadi saksi kengkawan pesakit yang masuk sama-sama dan masuk selepas saya semuanya bersalin awal. Saya jer duk kat wad relaks, macam pergi bercuti di hotel gitu siap beruniform pink kaler.
Mesti korang tanya...
Dah tu kenapa tak minta balik jer dulu...
Sebabnya..
Dr yang advise suh duduk wad..since dah bukak jalan 3 cm (2 hari hokeh 3 cm, huhu). Lagi satu saya dah beranak ramai, takut2 la tercepat tanpa disangka ianya mengambil 72 jam untuk bersalin dari 3 cm, hahahahahaha..
Tapi siyeslah..
Masa mula2 saya sampai kat Dewan Bersalin Shah Alam, untuk pemeriksaan...
Ramai gila orang nak bersalin masa tu...
Jenis duduk kat kerusi muka berkerut2 sebab dah bukak 7cm, 8 cm...
Tapi katil kat dewan bersalin penuh...
Camana tu???
Lepas tu..yang peliknya dowang ni kebanyakan kebanyakan pesakit yang datang bukan orang Shah Alam pun..
Ada dari USJ, Klang, Serdang...tapi sampai ke Hospital Shah Alam..
Doktor pun pening masa tu...
So, saper yang 3 cm dan ke bawah memang pihak hospital suruh cari hospital lain. Kecuali macam kes saya yang memang dari Shah Alam, pemeriksaan berkala pun dari Klinik Kesihatan sebelah hospital. Dowang suruh tunggu hingga bilik kosong. Dan pukul 6pm baru ada katil kosong dan bermulalah percutian saya di hospital.
Rupanya wad khas untuk wanita bersalin/mengandung tak banyak. Cuma ada satu level, 2 wings, jumlah katil macam tak sampai 70 (ikut kiraan saya lahh). Dan wad bersalin memang pengawasaan ketat sikit, security guard dia sentiasa pantau.
Hospital baru, semua memang baru...
Bersih..
See, nasi lemak dier..sedap wooo
Kalau tanya dari segi makanan di hospital Shah Alam ni memang superb!
Sedap kotttt...
Pilihan menu2 dia memang menarik semua...
*Siyes kalah menu hospital PPUM
Sampai setiap kali time makan saya mesti excited...hahahaha
Kalau tak setiap kali saya masuk hospital, mesti saya dah hantar list menu kat Dedet suh dia pergi cari dan beli....tapi di Hospital Shah Alam, makanan hospital dia sentiasa saya nantikan..
Bayangkan ada menu nasi goreng kampung, nasi goreng tom yam, ayam paprik....gilolahhh cam order makanan kat gerai ajo....
Bercakap pasal doktor dan jururawat okla...
Kebanyakan cam muda2 lagi...
Berbanding dengan jururrawat kat PPUM terutama kat dewan bersalin bidan2 semua ala2 mak kita..so lagi nampak selesa bila ala2 achik mak duk sebelah...tapi kat Hospital Shah Alam, banyaknya yang muda. So dia lebih tegas sikit, cakap pun sekadar yang perlu. Banding kalau PPUM, cam boleh cakap ngan mak2...tu kot jer yang berbeza (ini pengalaman saya, pengalaman korang mungkin beza).
Pasal doktor..kat Hospital Shah Alam ramai lagi doktor perempuan. Tapi bilangan doktor taklehlah lawan PPUM...PPUM ramai giler doktor, dari pakar, mo, pelatih bagai.....kalau bersalin cam ramai pulak pom pom gurls kat situ. Bandingg...dengan Hospital Shah Alam nampak lebih esklusif. Takdelah ramai sangat nak saksi kita bertarung gitewww....
Dan saya perasan doktor kat sini (masa kat wad) takdelah rajin sangat nak check VE. Kalau dia check pun sebab ada kontraksi yang kuat. Kalau dia tanya ada sakit..kalau kita jawab sakit sikit, dia cakap OK. Tapi buat CTG tu keraplah. Dan buat VE pun dia akan suruh pesakit ke bilik khas, takdelah buat kat katil yang kita tidur dekat wad.
So hari ketiga, doktor pakar yang buat rutin pemeriksaan, suggest untuk saya dibawa turun ke dewan bersalin. Start the procedure..katanya. So, saya dibawa ke dewan bersalin. Masa ni takde rasa apapun. Nak suh saya buat larian marathon pun rasa gagah lagi, heheh. Dan bermulalah episod pecahkan air ketuban.
Alhamdulillah kebetulan saya bersalin doktor yang bertugas semua perempuan. Sampai bidan tu cakap ngan saya. "Äyu awak tak nak pakai tudung pun takpe, hari ni tak ada doktor lelaki on duty"....
Oh saya saya memang amik suntikan pethidin untuk tahan sakit. 2 kali ya. Ubat dia memang bisa giler tapi untuk satu dos mampu untuk bertahan selama 6 jam jer. Itu belum termasuk saya amik gas Entonox untuk kurangkan kesakitan. Suntikan tu boleh buat kita tertidur unless kalau mmg kontraksi kuat kita akan sedar, da maksudnya bukaan dah dekat cecah 9cm lah tu. Tapi kalau gas Entonox tu, nak sedut pun ada cara..kena make sure sedut sebelum kontraksi..kalau sedang atau selepas takde guna korang sedut gas tu...Gas tu cam buat kita mamai....
Dedet kebetulan sepanjang kat dalam labour room dia ada gak teman masuk...punyalah banyak dia story pasal anak-anak kat umah lah, pasal keje, pasal apa lagi ntah..sebab dah amik suntikan tu, last2 dia cakap apa semua tenggelam timbul...memang ngantuk teruk tido selamba macam tu jer...
Sedar-sedar rasa kontraksi dah kuat....
Dan selebihnya..kalau nak tahu cerita lebih2..teknik kelahiran dan sebagainya. Kita kena join sesi kopi-kopi..hehehehehe. Malas gila nak taip, hokeh!
Ok, ni total bil....
Terkejut kan...RM4993.00...tu kos sebenar, mana2 hospital itulah kosnya...
Tapi sebab ianya Hospital under fully kerajaan, jadi jumlah yang dibayar hanyalah RM74...
Saya bersalin 26 malam, 27hb petang saya dah boleh check out...
Sebab baby takde masalah apa, dan alhamdulillah saya pun sihat :-)
Tapi berada di Hospital ni saya banyak kenal dengan orang. Macam-macam kisah saya dengar dan dikongsikan dengan saya. Paling terkesan dengan roomate saya kat hospital ni, dah 13 tahun berkahwin, first baby. Ada masalah kencing manis dan darah tinggi tapi mohon dengan doktor nak bersalin biasa. Akhirnya berjaya juga beliau lalui. Kata beliau, selagi doktor beri keizinan tanpa halangan berat beliau teringin sekali merasai kesakitan melahirkan anak. Saya memang kagum dengan dia, ubat tahan sakit semua tak nak ambil. Hishhhh. Tapi lain orang kan, lain impian dia....
Kebetulan suami beliau pun lepak dengan Dedet kat luar dewan bersalin. Banyak jugaklah berkongsi cerita dan perasaan, hahahahaha. Itulah rezeki, selagi tidak putus asa insyaAllah ada jalannya..
Dan antara yang best pasal hospital ni, parking banyak juga dan setakat entri ini ditulis masih tak ada caj yang dikenakan untuk parking.
Ok, kenalkan....my "YARA"- kupu-kupu kecil
atau nama penuhnya
ADZKIYA - cerdas
TAHRA- bersih, suci, perawan
Panggilan YARA, hehehe kupu-kupu kecil :p
Gambar dari hari pertama sampai hari ketujuh...
Hokeh!
Sehingga berjumpa lagi ya...
tata🙋
Best ke Bersalin di Hospital Shah Alam dan My Yara
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 03, 2017
Rating:
Congrats, Ayu. Your Yara looks so cute. Hope to see you again soon and do take care ya.
ReplyDeleteTQ JANE..
ReplyDeletesee ya..one fine day :)
bab dewan bersalin penuh, kena dok kt krusi menahan kontraksi dah bukak 6-7cm tu sama mcm pengalaman saya yg saya tgk kt hosp.sg buloh. ngeri, sbb nak bersalin nak jugak tenang2. tgk keadaan camtu, saya lari balik kg. bersalin kt hosp tlk intan haha..! walau masa tu dah bukak 2cm. doktor trus balik, mmg balik terus jawabnya :P
ReplyDeletealhamdulillah dipermudahkan...
tahniah kak ayu! seronoknya anak ramai :) pembawa rezki. moga trus bahagia 1 keluarga..
assalamualaikum yara yg comey! mcm muka abg atas dia hehe
Tahniah ayu..bertambah lagi ahli keluarga ya..🤗
ReplyDeletethanks for info. welcome new parent 😍😘
ReplyDeletetahniah kak ayu! cute sgt yara 😍😍
ReplyDeletetahniah kak. saya pun plan nak bersalin kt HSA je.. baby comel..rasa nk gigit. hihi
ReplyDeleteCongrats ayu..pelik tul..sejak bila plak ayu preggy ni...pesal SA x cam dan x nampak?
ReplyDeleteCongrats Ayu.. yara muka amir
ReplyDeletecomelnya Yara u ni :-)
ReplyDeletetahniah kak ayu..comel baby...
ReplyDeletenad- kan kesian...time akk hr tu ada sorang tu siap berdarah dah kerusi....hmmm
ReplyDeletekak hanny- tq hakakkk
sherry- tq :)
hanim- tq animm
ainul- hehehehe..plg penting dekat dgn rumah :p
amanda- hehehehe...rmi org tak prsn hehehe
mama tisya- tq :)
ezz- hehehe
nadia- tqsm
Alhamdulillah..Tahniah Kak Ayu. MashaALLAH..nama YARA tuh pun dah sedap kak. Omey sangat bunyi nye. Seronok dengar pengalaman akak bersalin kat Hospital Shah Alam. Selamat berpantang kak! meriah la family kan? nanti akak dan abang YARA boleh tengok kan sama. Take care kak!
ReplyDeletecongrats ayu! cutenya yara ;) #hugs&kisses
ReplyDeletenany- tqsm :) hehehehehe
ReplyDeletesuzz- hehe tq :)
hihi..tahniah first of all... sy pun excited bila time nk makan..lapo memanjang spnjg pregnant tu
ReplyDeleteTahniah ayu..mhal nya bil..ambk first class ke..
ReplyDeletesy pun tgh planning nak beranak hopstl shah alam. memandangkan mmg stay shah alam.
ReplyDeleteanak first dlu hosptl sg buloh.
dah agak dah mesti ramai gila.
kat hosptl sg buloh dlu pun sama gak. dr klang, dr shah alam.
(masa tu mmg sy stay kat kundang jd dekat ngan hosp sg buloh).
biasa la, hosptal baru ni org suka sikit. tp tu la, jd crowded.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam..sblm tu sy nak tau adakah puan atau suami adlah gov.servant..sbb ad yg bercerita Hospital Shah Alam ni double standard..utamakan staff krajaan dahulu..klau bkn keje gomen klau sakit mengelupur nak branak pun dorng akan halau balik umah n xkan warded wlau.contraction tu dh tahap menggila..Betul ke?
ReplyDeleteSaya juga baru bersalin pd 02.01.2017 di Hsptl Kangar .Wad bersalin adalah bangunan baru....semuanya baru...bilik air cantek betul walau saya hanya duduk di kelas 3 tapi tk sangka wad begitu cantik. Bersalin operation dan charge yang dikenakan hanyalah RM109.00 shj.Sungguh murah.
ReplyDeleteHi.. Miss! I have plan go Hospital Shah Alam deliver baby.. This is my second pregnancy! U is it go near klinik kesihatan check up or walk in to the hospital Shah Alam check up?
ReplyDeleteHi.. Miss! I have plan go Hospital Shah Alam deliver baby.. This is my second pregnancy! U is it go near klinik kesihatan check up or walk in to the hospital Shah Alam check up?
ReplyDeletethanks 4 sharing the exp... macam seram pula nak ke sana..hehe
ReplyDeletehayati talib- ms masuk kelas biasa sebb rsnya kleas yg 4 org satu blk penuh. Bila dah ramai mmg doawang akn masuk jer mana bilik kosong..
ReplyDeletemashee - :)
api-G- suami sy swasta, sy pula half gov/swasta...tak sure pula psl statement tu..rsnya selagi kita dpt pemeriksaan kat KK dia terima dgn mudah..
kharmila- mmg klu dpt hosp baru, fasiliti dan bilik still baru so cam duk ala hosp swasta hahah..n alhamdulillah mmg caj msh boleh dikatakan murah lagi
unknown- yes i do check up at KK near by...
hayati : hehehe..insyallah semuanya bakal dipermudahkan
Setiap org alami pengalaman yng berbeza kn wlpn bersalin di hospital yng sama. ☺
ReplyDeleteTumpang tanya..sewaktu bersalin suami dibenarkan masuk untuk teman x?
ReplyDeleteBagus juga ada penerang pada app Myipi ni... Memudahkan pengguna
ReplyDeleteBagus juga ada penerang pada app Myipi ni... Memudahkan pengguna
ReplyDeletesya - yuppp
ReplyDeleteshazana - boleh ...husband blh mint autk teman isteri..digalakkan lagi
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBaguanya. Keperihatinan yang sebegink sngat bagus untuk membantu golongan seperti tidam malu/kekok bergaul dengan masayarakat. Bagus jika ada Peluang untuk menyertai bengkel sebegini
ReplyDeleteSalam Ayu..hehe kita baru baca entry awak ni hari ni. Dok usha blog2 orang sebab nak cari info pasal FPP Hospital Shah Alam. Terus direct ke AyuArjuna pulak hikhik ;)
ReplyDeleteyg komen atas tu azimah hehe ;)
ReplyDeleteSalam puan Ayu/Puan Azimah, saya mencari info tentang FPP untuk bersalin di Hospital Shah Alam. Boleh tau HSA ada FPP ke ya? TQ!
DeleteWhen your website or blog goes live for the first time, it is exciting. That is until you realize no one but you and your. Arita porcelain
ReplyDelete