Kek Kukus Pokka Cookies Oreo
Seronok betul bila dapat hasilkan satu hidangan dari produk kegemaran ~Susu Cookies & Cream dari jenama Pokka. Apatah lagi produk yang digunakan bukan sahaja enak, ianya juga selamat dari bahan pengawet dan tanpa pewarna. Selain itu, produk ini mudah didapati di mana-mana pasaraya di Malaysia.
Ok, untuk entri kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang telah saya cuba dan ianya sememangnya mudah terutama jika kita nak sediakan sebaagai hidangan minum petang ataupun musim-musim perayaan seperti Hari Raya nanti.
Bahan-bahannya:
• 1 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder
• 1 cawan gula kastor
• 1/2 cawan mentega
• 10 ml Pokka Coffee
• 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
• 125 ml Pokka Milk Cookies & Cream
• 2 sudu besar susu pekat manis
• 1 sudu minyak masak
• 2 biji telur
• 1 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder
• 1 cawan gula kastor
• 1/2 cawan mentega
• 10 ml Pokka Coffee
• 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
• 125 ml Pokka Milk Cookies & Cream
• 2 sudu besar susu pekat manis
• 1 sudu minyak masak
• 2 biji telur
Cara membuatnya:
1. Di dalam mangkuk adunan, pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur. Dan terus pukul sampai kembang.
3.Campurkan Pokka Milk Cookies & Cream, Pokka Coffee, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
1.
4. Ayakkan tepung bersama baking powder, kemudian campurkan ke dalam adunan tadi. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan oreo yang telah dipecahkan dan gaul rata. Ketepikan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas minyak. Kukus selama 45 minit.
7. Selesai. Tadaaaaaaaaaaaaa.
Memang seronok bila hidangan disediakan turut digemari ahli keluarga yang lain. Paling penting bahan yang digunakan senang didapati dan cara nak sediakan pun mudah, tidak mengambil masa terlalu lama.
Untuk melihat produk Pokka yang lain boleh rujuk kepada entri terdahulu saya di sini:-
Kek Kukus Pokka Cookies Oreo
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 23, 2017
Rating:
Sedapnya nampak...boleh cuba gak ni...buat mcm apam kan kecik² mmg syok!!
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeleteFirst time tengok Pokka. Boleh cuba ni. Tq!
ReplyDelete