Bengkel Kecantikan dan Kesihatan bersama Asia's Next Top Model Musim ke 5

Pertandingan peragaan perdana Asia's Next Top Model (AsNTM) daripada produksi tersohor StarWorld kini kembali lagi untuk musim terbaru. Apa yang menarik untuk musim terbaru ini terdapat pelbagai cabaran baru yang lebih sengit dan menarik yang bakal menguji krediabiliti 14 peserta yang bersaing untuk merangkul gelaran Asia's Next Top Model. Dan terdapat 2 peserta dari Malaysia iaitu Alicia Amin dan Shikin Gomez (Good luck gaisss 😍)

Sempena dengan premier tayangannya tidak lama lagi di saluran Astro, satu bengkel kecantikan dan kesihatan dengan kerjasama rakan penaja seperti Sunway City, Zalora, Maybelline dan Colgate Optic White telah diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa. Dan saya adalah salah seorang peserta yang bertuah terpilih untuk menyertai bengkel tersebut.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis. Ternyata caranya yang bersahaja menjadikan bengkel menjadi lebih ceria. Terdapat 4 sesi dalam bengkel ini iaitu:-
1. Unexpected way calories creep into your diet - Dietition from Sunway Medical Centre.
2. Discover the instant positive first impression as your confident booster- Dr Wendy Liew From Colgate Optic White
3. 5 ways to wear the button down shirt -from ZALORA
4.. Tutorial make-up by Maybeline

Persoalan pertama yang diutarakan adalah "Adakah nasi mempunyai lemak?"

Jawapannya TIDAK! ini kerana nasi = zero lemak
TAPI nasi mempunyai kalori dan protein yang mana keduanya ini memberikan tenaga (karbo)

Makan nasi boleh untuk diet, cuma kena kawal pengambilannya. Perlu diambil dalam "potion"yang kecil. Jadi tidak salah mengambil hidangan 5-6 kali setiap hari. Cuma "potion"makanan jangan terlalu banyak untuk setiap pengambilan hidangan.

Paling penting ken akena tahu "nutrien"apa yang kita ambil? Perlulah berkhasiat dan seimbang!

Selain itu kita perlu memahami keperluan tenaga dalam diri mansia adalah berbeza-beza.  Ianya juga bergantung kepada 3 perkara iaitu:-
- Jantina (gender)
- Umur
- Tahap tekanan (stress level)

Saya juga banyak belajar tentang kalori dalam setiap pemakanan. Dan sebenarnya sangat penting untuk kita ketahui mengenai kalori dalam setiap pemakanan yang diambil. Terutama jika kita ingin diet secara sihat. 

Contoh:

Pengambilan teh tarik bersama teh o ais limau bersamaan kalori semangkuk nasi.

Potion yang sama, spaghetti yang sama tapi yang beza sosnya. Ternyata carbonara lagi tinggi dari segi kalori.

Minyak virgin dan juga mayonis. Untuk potion yang sama ternayat mayonis lagi rendah kalorinya. Ini kerana mayonis mempunyai pelbagai campuran.

Antara berger ayam dan fish fillet berger, ternyata fish fillet lagi tinggi kalorinya. Ini kerana cara pembuatan fish fillet tersebut menyebabkan kalorinya agak tinggi.

Kesimpulannya:-
- Kita memang perlukan kalori 
-.Tapi kita perlu tahu berapa keperluan kalori yang diperlukan dalam badan kita
- Jadi pilih makanan untuk badan dengan betul.

Saya suka dengar tips dari Dr Wendy Liew. Beliau memberi beberapa tips bagaimana hendak mendapat suksess melalui "impression" yang pertama. Mula-mula kita perlu ada "engagement"iaitu melalui mata dan senyuman. Bila bercakap mata kena tengok muka dengan orang yang kita bercakap dan jangan lupa senyum. Belajar untuk memberi senyum yang paling ikhlas dan manis. Jangan lemparkan senyuman "fake" kerana ianya boleh mengurangkan personaliti diri (biarpun kita dikatakan peramah).

Perkara yang menghalang kita untuk memberi senyuman manis:-
- mulut berbau
- gigi kuning

(hehehe)

Jadi, kita kena atasi masalah ini untuk membolehkan kita "impress"orang lain :-)

Tips cara memakai kemeja putih dengan cara lebih menarik dan praktikal. Ini kerana dalam setiap gerobok perlu ada kemeja putih, seluar jeans dan dress hitam! Memang menarik, kerana padanan dan gaya yang betul menjadikan penampilan pemakai lebih menyerlah.

Tips mekap menggunakan produk Maybelline. Mudah dan simple, paling penting jimatkan masa agar kita tampil menawan untuk keluar rumah dengan muka berseri-seri.

Dan di penghujung acara bengkel ada sesi meet & greet bersama pengacara  Cindy Bishop (punyai 20 tahun pengalaman dalam bidang model dan seni) model mentor Cara G McIlroy ( pembawa jenama Dior & Max Maradan, sering terlibat dalam pengiklanan media cetak dan digital, fesyen editor); dan peserta  AsNTM cdari Malaysia iaitu Alicia Amin dan Shikin Gomez

Best giler!

Jangan lupa tonton Asia's Next Top Model Musim ke 5 yang akan disiarkan pada hari Rabu 5 April 2017, di saluran Asrto 711 dan HD 722, jam 9 malam. Dan episod seterusnya akan disiarkan  pada setiap hari Rabu 9.00 malam.

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.asntm.com , atau ikuti secara esklusif di www.fb.com/AsNTMOfficial , twitter dan instagram +AsNTM atau #AsNTM #AsNTM5

Bengkel Kecantikan dan Kesihatan bersama Asia's Next Top Model Musim ke 5 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.