Saya Menyertai Workshop "Confident Swimming Babies & Water Safety"Bersama Bryan Yap
Kanak-kanak dan aktiviti air tidak pernah dipisahkan. Bagi mereka ini antara aktiviti yang digemari dan mengujakan. Berada didalam air, bukan sahaja mereka berasa gembira berenang bahkan mereka juga akan merasa bebas bermain.
Namun perlu diingatkan, bermain didalam air biarpun menyeronokkan ianya tetap boleh mendatangkan bahaya. Sedikit kesilapan atau kecuaian boleh menyebabkan anak kita lemas. Di sini ibu bapa perlulah berperanan mengambil tahu terutama panduan keselamatan, teknik CPR dan kaedah untuk menyokong anak-anak ketika mereka bermain dalam air.
Berpeluang untuk menyertai satu workshop "Confident Swimming Babies & Water Safety" kolaborasi antara jenama Cheekaaboo dan The Parenthood tidak saya lepaskan. Apatah lagi Mr Bryan Yap sebagai penceramah jemputan merupakan seorang pengajar kelas renang yang begitu berpengalaman.
Antara nasihat dari Bryan Yap yang saya masih ingat ialah :-
"Teach your children the right thing at the right time"
Yang mana setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran mengikut umurnya. Contohnya semasa beliau masih bayi, pengenalan terhadap aktiviti air perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Tidak boleh dilakukan secara mengejut.
Kanak-kanak juga tidak dilahirkan dengan sifat keyakinan diri. Ianya perlu dilatih ari bayi lagi untuk mendapat perasaan lebih yakin diri. Pada peringkat permulaan, kita perlu mengajar bayi untuk mengatasi rasa ketakutan terhadap air. Dorongan dan kata semangat perlu diberikan.
Contohnya dengan menggunakan sebuah cawan kita jirus muka bayi seperti langkah berikut:-
1. Isikan air dalam satu bekas/cawan
2. Tunjukkan cawan di hadapan bayi
3. Rangsangkan bayi dengan berkata seperti "Yara (nama anak), sedia mula"..
4. Terus menjirus muka bayi dengan air secara perlahan-lahan
Tidak dinafikan diawal aktiviti ini dilakukan, bayi akan rasa terkejut dan takut. Tapi kita perlu merangsangkan mereka setiap kali mereka mandi atau bermain air (dalam 15 minit) agar bayi kita tidak ada rasa gentar terhadap air dan lebih yakin diri.
Selain itu Mr Bryan Yap juga menunjukkan cara melakukan CPR (teknik pernapasan) kepada bayi. Cara memberi tekanan dan hembusan yang betul. Ianya perlu dilakukan cara yang lembut. Dengan hanya menggunakan 2 jari tekan di bahagian dada (ditekan secara lembut dan konsisten), dan hembus nafas (udara) secara perlahan di mulut.
Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu prihatin tentang kawasan anak mereka bermain air. Samada di dalam rumah (bilik air) mahupun di luar rumah seperti kolam mandi, air sungai, air laut dan sebagainya. Ini terutama dari segi isu klorin, kebersihan dan lain-lain. Perlu juga awasi anak-anak ketika mereka bermain air. Sekiranya kelibat mereka hilang terus buat carian didalam kawasan air kerana ditakuti mereka akan lemas.
Dan adalah lebih baik anak-anak kita diberi tunjuk ajar dalam teknik renang dengan menghantar mereka ke kelas-kelas renang yang bertauliah. Ini bagi membolehkan mereka lebih berkeyakinan dan tahu teknik pernafasan yang betul ketika berada didalam air. Umur yang disyorkan adalah seawal 6 bulan.
Pemilihan pakaian renang yang betul juga sangat membantu anak-anak untuk lebih seronok ketika berada didalam air. Jenama Cheekaaboo sangat disyorkan memandangkan ianya mempunyai kualiti pakaian renang terbaik, antaranya seperti pakaian ini mempunyai "sistem buoyant" yang bersifat ringgan membolehkan ianya terapung (jadi ianya lebih selamat), pelindung matahari (uv protection & chlorine resistant) dan juga boleh memanaskan badan anak selama 30 minit (untuk mengelakkan kesejukan melampau).
Untuk keterangan lanjut, boleh layari FB CHEEKAABOO ya!
Banyak manfaat menerusi informasi yang dikongsikan. Terima kasih atas jemputan, moga ke temu lagi dalam acara workshop yang dianjurkan pada masa-masa akan datang!
Saya Menyertai Workshop "Confident Swimming Babies & Water Safety"Bersama Bryan Yap
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 21, 2017
Rating:
bagus ilmu yang dikongsi brayn yap masa workshop nih..berguna utk parents.
ReplyDelete