Hanya Kaw Untukmu!

Lipton jenama teh no. 1 di Malaysia telah memperkenalkan uncang teko teh terbaru iaitu Lipton Ekstra Kaw yang membawakan teh yang kaya dengan rasa, aroma dan warna mewah sekaligus memenuhi citarasa penduduk Malaysia.

Lipton telah menggunakan teknologi TESS (Teknologi Pengekstrakan Teknologi Intipati Teh) bagi menyerlahkan intipati teh  yang diekstrak secara semulajadi daun teh yang segar. Ianya akan memberi rasa segar dan rasa terbaik. Apatah lagi ianya dipertingkatkan dengan Teknologi TMax Filter ianya menyebabkan penyerapan dengan cepat dan konsisten dalam teko teh.


Bersempena dengan pelancaran teh terbaru, satu kempen 'Hanya Kaw Untukku' yang turut didukungi peneraju utama drama Menanti Februari iaitu Zul Ariffin dan Fathia Latif. Drama yang penuh konflik, sarat dengan kasih-sayang ini telah mula ditayangkan setiap hari Isnin sehingga Rabu jam 10 malam di TV3.


Sinopsis -"Menanti Februari "

Arie (Zul Ariffin) dan Fiza (Nur Fathia) telah berkahwin selama 12 tahun dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang dinamakan Intan. Arie merupakan seorang jurutera luar pantai yang yang jarang meluangkan masa bersama keluarga kerana terlalu taksub dengan kerjanya. Pada masa lapangnya, dia lebih gemar bermain jet ski bersama rakan-rakannya. Pada suatu hari, Arie dan rakan-rakannya hilang akiat kemalangan di laut. Operasi cari dan selamat telah dilancarkan, tetapi mereka tidak dapat ditemui.

Setahun kemudian, Fiza redha dengan takdir yang menimpa Arie dan mencari ketenangan dengan bantuan rakan karib Arie iaitu Edi (Afiq Muiz) yang sentiasa memberi sokongan emosi kepadanya. Bagaimanapun takdir telah mengubah sagelanya apabila Arie ditemui selamat oleh seorang aktivis sukarelawan. Namun sayangnya, Arie telah hilang ingatan...Jadi apa kesudahannya...Janagan lupa tontan ya uolls!!!
Lipton Ekstra Kaw kini boleh didapati di semua pasaraya dan pasaraya besar. Memang kawww rasanya..terutama bila dibancuh menjadi teh tarik :-)

Hanya Kaw Untukmu! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 09, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.