Heaven Betul Bila Dapat Shopping Baju Cantik dengan Harga Menarik!

Antara tempat feveret orang perempuan selain kedai pinggan mangkuk, tentulah butik pakaian. Apatah lagi kalau butik pakaian tersebut mempunyai banyak pilihan dengan variasi jenis rekaan. Memang seperti berada di syurgalah perasaannya.

Kebetulan baru-baru ini saya sempat singgah ke Butik Next Ladies di Tingkat 1 (betul-betul bersebelahan dengan APT Salon, berdekatan juga dengan KAMDAR) Klang Parade yang katanya baru dibuka sebulan yang lepas memang benar-benar mengujakan saya! Bayangkan berada di sini membuatkan saya menjadi rambang mata. Tidak tahu nak buat pilihan pakaian sebabnya terlalu banyak rekaan menarik di mata saya.


Paling best, harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan boleh dikatakan dengan kualiti hebat yang ditawarkan sememangnya ianya perbelanjaan yang sangat berbaloi. Dengan harga yang mampu milik buat semua lapisan masyarakat sekaligus dapat membantu kita semua untuk lebih berhemah dalam berbelanja.


 Saya tertarik dengan rekaan cardigan ini. Apatah lagi ada manik di bahagian lengan. Memang cantik.

Saya sangat sukakan rekaan ala-ala fesyen Warda ini. Memang pakaian jenis ini sangat versatil. Selain dijadikan pakaian ke tempat kerja, ianya juga sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis-majlis rasmi atau korporat. Harga Sepasang untuk pakaian ini hanyalah RM78. Murah bukan?

Saya juga memilih baju ala kebaya nyonya longgar berwarna hitam. kebetulan saya ada majlis yang memerlukan saya memakai pakaian warna hitam. Jadi saya terue rembat sehelai rekaan ini. Kainnya yang tidak panas didatangkan juga dengan aksesori tali untuk diikat pada pinggang. Harganya RM39 sahaja.

Dipadankan dengan skirt kain licin yang mempunyai inner didalamnya. Saya memilih warna kelabu terang kerana ianya mudah untuk dipadankan dengan baju berwarna lain. Harga skirt ini ialah RM39 sahaja.

Lihat sahaja pada getas dan jahitan bahagian pinggang. Nampak begitu kemas bukan. Saya telah memakainya ketika menghadiri majlis makan malam ternyata ianya benar-benar selesa.

 Siapa sangka Dina Nazir selebriti/juruhebah radio yang cukup popular turut sama berbelanja di butik ini. Memang happening! Apatah lagi menurut Dina beliau juga teruja mmbuat pemilihan baju kerana terdapat banyak koleksi pakaian yang menarik.


Bagi mereka yang berminat untuk membuka perniagaan di sini, bolehlah hubung Cik Azel di talian012-3138668 untuk sebarang pertanyaan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Butik Next ladies boleh layari:-





Berbelanja hampir sejam lamanya, memang laparlah! Terus saya dan anak-anak ke tingkat 5 (di bahagian atas sekali) --next Food Junction. Ianya merupakan food court yang menawarkan pelbagai jenis hidangan melayu, cina, india, barat dan lain-lain.

Cuba bayangkan bila datang bersama keluarga atau rakan-rakan. Pastinya masing-masing mempunyai kehendak dan citarasa makanan yang berbeza bukan? Jadi kita tidak perlu bimbang sekiranya anak kita nak makan mee sup, roti canai atau nasi ayam. Manakala kit asendiri hendak merasai hidangan barat seperti chicken chop dan sebagainya. Ini kerana di sini semua jenis hidangan ada ditawarkan.

 Dan saya telah memilih untuk menikmati set hidangan tom yam, telur goreng dan ikan pari potugese grill. Untuk dinikmati 3 orang harganya RM22 sahaja. Agak berbaloi bukan? Hiks.

Nak tahu lebih lanjut mengenai next Food Junction boleh layari:-


Kebetulan ketika saya dan anak-anak berjalan-jalan di Klang Parade pada hari Sabtu baru-baru ini. Siapa sangka telah berlangsungnya Pertandingan KaraokKSong #1Min2Fame. Dengan excitednya kami telah menyaksikan finalis terpilih telah berentap menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara.

Oh ya! Gambar diatas adalah barisan juri yang diamanatkan untuk menilai persembahan dan nyanyian peserta dengan adil dan saksama, hiks.

Dan inilah peserta-peserta yang berjaya mendapat tempat Juara, pertama dan kedua. Ternyata persaingan sangat hebat, namun yang terbaik kepujian harus diberikan kepada:-

Juara : Faisal Md Saad
1st Runner-up : Ardi Gunsuh
2nd Runner Up : Shariffudin Azhar Bin Omar

Seronok betul bila dapat jalan-jalan dan shopping di Klang Parade. Rasanya nak dekat Raya nanti kena repeat datang balik ke sini. Pastinya akan ada lebih banyak pilihan dan rekaan terbaru terutama menjelang Hari Raya nanti. So uolls, mehlah jenguk Butik Next Ladie Klang Parade, macam-macam adooo!!

#NextLadiesMY
#NextFoodJunction
#KlangParade
#KSongKTV 
#nextladiesklangparade
#klangparade
Heaven Betul Bila Dapat Shopping Baju Cantik dengan Harga Menarik! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 10, 2017 Rating: 5

6 comments:

  1. OOo... cantiknye baju2 kak ayu pilih... LeYa pun tak menang tgn nak memilihnya... Hehe,... memang best sgt la kan hari tu dapat shopping awal baju raya... hahaha

    ReplyDelete
  2. besh gak tu..cuma jauh plak from my area hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantik cardigan tu, berkenan pulak. Yang fashion ala warda tu pon cantik walaupon nampak simple. Harga pon mampu beli ehehehehe . Ini kalau datang, confirm banyak borong. hahaa

    ReplyDelete
  4. Perghh harga boleh tahan kak... Haha kalau shopping sini mau balik berlmbak2 bag shopping nya...hihi baju mmg bnyk ikut trend lagi teww...nnt boleh la nk singgah hehhe

    ReplyDelete
  5. akhirnya berjaya jumpa blog akak, hehe comelnya akak pakai baju tu.. lawa ;)

    www.neezalife.com

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.