Kempen ‘Dettol on a Misson of Hygiene’ :-)
Untuk tahun keempat sekali lagi, Dettol Malaysia telah menganjurkan kempen ‘Dettol on a Misson of Hygiene’ dengan kerjasama dengan NGO (Save The Children). Kempen ini adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak dijangkiti penyakit seperti 'diarehea'(cirit birit) yang sebenarnya boleh membawa kepada kematian. Penyakit ini boleh diperolehi sekiranya kita tidak pandai menjaga kebersihan diri dan persekitaran kita. Ini termasuklah apabila kanak-kanak itu berada di rumah, di luar ruamh seperti sekolah dan di mana sahaja.
Kempen ini telah melibatkan hampir 150,000 pelajar daripada 200 sekolah rendah dan 50 tadika di Malaysia. Untuk pengetahuan semuan kempen ini turut giat memperkenalkan 7 langkah pembersihan tangan!
Yang Berbahagia Dato’ P. Kamalanathan, selaku Timbalan Menteri Pelajaran turut hadir merasmikan kempen ini baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam. Menurut Dato' P. Kamalanathan, beliau turut bersetuju bahawa program ini adalah yang terbaik buat semua kanak-kanak di Malaysia. Penjagaan kebersihan adalah asas kepada kecemerlangan kesihatan.
Menurut Tiffany Tang, Director Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapore;
"Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan, Dettol berbangga menjadi salah satu jenama yang dipercayai para ibu serata dunia di dalam melindungi anak-anak mereka dari kuman dan pelbagai penyakit yang berpunca dari kebersihan. Oleh itu, kami ingin masyarakat memahami mengenai kebersihan diri dan ingin membimbing anak-anak mereka dari kecil lagi."
Tuan Shashim Shah Bin Harun (Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor) sangat
menyokong program ‘Mission for Hygiene’. Ini kerana menurut beliau generasi muda hari ini perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi, ini kerana genarasi ini merupakan masa depan Malaysia.
Sebagai seorang ibu, saya sedar tentang betapa pentingnya penjagaan kebersihan dalam diri anak-anak. Apatah lagi hari ini terlalu banyak sangat kes-kes penyakit yang melibatkan tahap kebersihan persekitaran. Atas isu itu, saya sering menerapkan betapa pentingnya anak-anak ini menguruskan diri mereka terutama dari segi penjagaan kebersihan mereka setiap hari. Dan saya sememangnya membekalkan 'hand sanitizer' bekalan buat anak ke sekolah setiap hari.
Guna Dettol untuk 100% lebih yakin tentang tahap penjagaan kebersihan diri. Ini kerana kuman ada di mana sahaja. Hanya kita yang mampu memastikan kita bebas kuman dengan menjaga kebersihan. Keterangan lanjut mengenai dettol dan kempen yang sedang dijalankan, boleh layari www.dettol.com.my
Kempen ‘Dettol on a Misson of Hygiene’ :-)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 30, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...