‘Let’s Get Real’
Setiap orang mengalami sesuatu masa dimana kita kurang peka. Kita menjalankan aktiviti harian mengikut tabiat biasa dan menerima sahaja apa yang diberikan tanpa menyedari samada ia adalah yang BENAR atau TIDAK.
Kawan anda mungkin berkata, “Ehh, saya tak nampak restoran tu pun? Padahal dah sejuta kali saya lalu jalan ni! Atau rakan sekerja yang ingat semua kerjanya tiada kesalahan (perfect) tetapi masih tidak menyedari beberapa ejaan yang memerlukan pembetulan selepas draf ke 15.
Dan kita juga selalu terfikir adakah iklan tuala wanita yang pernah anda tonton di TV menggambarkan keadaan sebenar semasa anda datang bulan?
Masihkah anda ingat iklan-iklan dimana wanita sedang mengalami haid berketawa, menari gembira, membuat aktiviti-aktiviti lasak, bangun pagi dengan ceria, kesemuanya dalam pakaian berwarna putih?
Pernahkan anda bertanya samada kelakuan tersebut realistik bagi seseorang yang mengalami haid?
Hmmmmmmmmmm
Biasanya kita tidak boleh mengenal pasti ketidakpekaan terhadap sesuatu melainkan ia diberitahu oleh seseorang. Jadi, bagaimanakah ketidakpekaan yang hadir dalam iklan/komersial TV mengimpak kita?
Oleh itu, barangan penjagaan wanita berjenama Libresse® melancarkan kempen ‘Let’s Get Real’ untuk meningkatkan kesedaran dan mencetuskan pemikiran wanita untuk berfikir semula, apakah yang digambarkan sebagai “realiti” dalam iklan tuala wanita serta pengalaman haid mereka. Kempen ini juga membuka ruang untuk melenyapkan mitos bahawa haid adalah topik yang tabu. Libresse mengambil inisiatif untuk menjana Beberapa siri undian dalam talian, yang telah menarik lebih daripada 5,000 responden, menonjolkan pandangan telus pengguna yang mengakui adanya cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita semasa haid. Daripada keputusan ini, kempen ini dapat gambaran yang jelas dan lebih realistik yang dilalui oleh wanita, dan merentas jalan untuk komunikasi yang lebih relevan.
Seperti Dalam Media…?
Jadi, apakah ciri-ciri biasa yang ditunjukan dalam iklan tuala wanita hari ini? Responden berkata bahawa situasi berikut biasa ditonjolkan di media:
Gadis berketawa, menari atau meloncat dengan riang
Gadis berpakaian putih atau bewarna pastel
Gadis bangun pagi dengan ceria dan riang
Gadis yang sangat aktif bersukan
Betul kah? Setiap wanita mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman haid, dan ia jauh berbeza dengan apa yang digambarkan. Sebenarnya, sembilan daripada 10 responden merasakan bahawa kebanyakan iklan tuala wanita tidak tepat. Tetapi, jika iklan tersebut tidak realistik, apakah yang dikatakan realistik?
MAri kita selami pendapat Sebenar Wanita
Wanita mengalami gangguan emosi serta ketidakselesaan fizikal dan tiga-tiga gejala utama tersenarai adalah – perubahan emosi mendadak, kekejangan, dan kembung perut. “Setiap wanita mengalami pengalaman tersendiri semasa haid – sementara sesetengah wanita tidak terjejas lansung, kebanyakan wanita mengalami sesuatu. Jadi ia lebih elok sekiranya iklan lebih relevan. Apabila kita berasa penat, sakit dan mengalami kekejangan serta tidak lena tidur, takkan kita berasa ceria dan bertenaga,” kata selebriti jemputan istimewa Adibah Noor. “Walaupun kita tidak membiarkan ia menjadi halangan, tetapi waktu kedatangan haid memang tidak seronok. Jadi kenapa ia mesti digambarkan sebegitu?”
Vlogger popular Shazreen Fazlynda bersetuju – “Saya tidak pernah mempersoalkan iklan barangan
penjagaan wanita sebelum ini, tetapi sekarang setelah bermula memahami, saya sedar bahawa apa yang dipaparkan jauh berbeza dengan realiti. Sebagai seorang ibu, saya selalu mengejar masa di antara sesi pengambaran dan mesyuarat sambil membawa bayi setiap hari, walaupun sedang mengalami kekejangan atau kepenatan.” Tergerak dengan usaha meningkatkan kesedaran tentang gambaran tidak tepat mengenai haid, Shazreen telah menghasilkan sebuah video yang disasarkan untuk menghidupkan mesej ‘Let’s Get Real’.
Video ini boleh dilihat di saluran YouTube nya serta di laman Facebook Libresse® Malaysia.
Jadi, adakah wanita berkelakuan seperti di bawah semasa haid?
Meloncat dengan keriangan - 78 peratus berkata mereka “berasa teramat penat dan tidak mahu
bergerak langsung”;
Memilih untuk berpakaian putih - 78 peratus berkata “tidak”, serta kebanyakan (98 peratus) berkata mereka berasa “tersangat malu atau sekurang-kurangnya berasa rendah diri bila terkena tompokan darah”;
Merasa keinginan bersosial – lebih daripada separuh responden lebih suka bersendiri ataupun bersama teman karib pada waktu ini;
Membuat senaman serius? Lebih daripada separuh responden (55 peratus) memilih untuk membuat aktiviti ringan atau langsung tidak membuat apa-apa jenis senaman;
Tidur lena – lapan daripada 10 wanita melaporkan tidur tidak lena disebabkan ketidakselesaan.
Tetapi, kehidupan mesti diteruskan…
Nah wanita hari ini tidak akan membenarkan pengalaman haid menganggu tanggungjawab mereka – tujuh daripada 10 wanita bersambung dengan kejadian seharian seperti biasa dan membuat sebaik mungkin, tidak kira ia mencabar atau tidak.
Sebagai contoh, Petrina Thong, seorang wanita Malaysia berusia 29 tahun yang memulakan pengembaraan seorang dirinya selama 13 bulan merentasi 22 negara dengan hanya RM800 berkata,
“Saya memang percaya dalam persoalan dan pemecahan kelaziman, dan usaha Libresse untuk meningkatkan kesedaran tentang iklan tuala wanita amat mengagumkan – kita patut berfikir semula terhadap pengiklanan haid dan menyedari samada ia adalah realistik atau tidak.”
Adakah Kita Bersedia Untuk Kebenaran?
Walaupun wanita mengetahui bagaimana mengatasi ketidakselesaan semasa haid, sembilan daripada 10 wanita bersetuju bahawa iklan tuala wanita perlulah lebih realistik.
Apatah lagi, Faye Yong, Pengarah Pemasaran Asia Tenggara (Barangan Penjagaan Wanita), Kumpulan Vinda, menyatakan bahawa pengguna Asia kini lebih pandai menilai dan memilih jenama yang mereka menggunakan.
Keputusan *kajian menunjukkan, pengguna kini mahukan jenama yang mempunyai ciri-ciri tersendiri serta personaliti; jenama yang boleh mengeratkan hubungan dan menceritakan apa yang relevan; jenama yang menewaskan ketidaktepatan, ketidakpedulian dan ketidakcekapan informasi tersebut.
* Trend Watching’s ‘5 Asian Trends for 2017’, January 2017 Asia Trend Briefing.
Suarakan pengalaman haid anda bersama Libresse® dan sokongi kempen ‘Let’s Get Real’ untuk memulakan gambaran yang jujur dan tepat tentang apa yang dilalui oleh wanita.
Apakah pendapat anda tentang iklan tuala wanita?
Adakah anda rasa perkara sebenar patut ditunjukkan sewaktu mengalami haid?
Apakah yang sebenarnya anda rasai ketika melalui waktu tersebut?
Kongsi mesej anda dengan wanita lain di www.facebook.com/LibresseMalaysia
‘Let’s Get Real’
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 14, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...