MOvie Time Bersama TheMotherhood.Com.MY | The Boss Baby
Saya memang kaki shopping. Sejenis perempuan yang suka shopping dan pandai cari duit sendiri (gitchewww sendiri masuk bakul sendiri angkat, hahaha). Jadi bila dah jadi mak-mak ni, memang barangan serta keperluan anak menjadi keutamaan. Dan pastinya web poratl yang menjadi pilihan saya tentulah www.motherhood.com.my. Sebab apa menjadi pilihan?? Ini kerana terdapat banyak pilihan barangan bayi dan kanak-kanak serta buat ibu juga yang dijual pada harga agak berpatutan. Lagi best, sebab dia ada banyak promosi dan diskaun. Jika kita belanja lebih, maka berpeluang mendapat lebih juga diskaun. Win win situation :-)
Disebabkan saya rajin masuk web motherhood.com.my dan shopping hiks. So dapatlah jemputan seisi famili untuk menonton bersama web potal shopping membeli-belah nombor satu di hati iaitu www.motherhood.com.my !!
OK, kalau korang tanya best tak citer ni. Bagi saya senang jer. Sebabnya ianya kartun ringgan, sarat dengan nilai moral. Watak dalam animasi ini pun super duper comel. Gambar pun cantik, Memang menarik perhatian. So, buat mak pak yang nak hiburkan anak-anak anda diwak tu lapang, sambil memperkasakan bahasa inggeris dan juga menyelitkan initipati sifat baik dalam diri anak---> silalah bawa anak dan tonton bersama.
Sebab kalau tanya memang genre filem yang saya minat - saya suka seram, aksi dan komedi. Romatik sangat kurengggg. Sebab romantik dalam filem ni semua ala poyo sikit except TWILIGHT. Tu melenjan layan sebab memang follow novel dia.
Tapi roh sebagai ibu tak masuk. Memang saya sangat sukakan certita The Boss Baby ini. Serius kelakar dan cute nak mateyyy!!!
Suka sangat tentang cara 2 watak ini membina hubungan. Biarpun adakalanya cerita ini banyak main dengan imaginasi. Namun bagi saya ada juga scene imaginasi betul-betul "in" di dalam pengambaraan cerita. Sebab watak kanak-kanak si abang ini suka sangat berkhayal dan berimaginasi.
Situasi normal yang mana apabila dalam sebuah keluarga itu dihadiri ahli keluarga yang baru. Jadi si abang mula terasa tersisih terutama perhatian dari ibu bapa lebih terarah kepada ahli keluarga yang baru.
Namun, bak kata orang kalau dah nama adik-beradik. duduk serumah. Hari-hari jumpa lama-kelamaan penerimaan antara satu sama lain tetap ada. Wujudlah rasa kasih dan sayang tanpa paksaan. Uiskkkhhh hehehehe.
Kalau tanya dengan anak-anak semua kata BEST!!..
Well, kanak-kanak memang sukakan sesuatu yang mengembirakan. Apapun saya rekomen buat ibubapa di luar sana untuk membawa anak-anak anda menonton filem ini gerenti puas hati.
xoxo;
MOvie Time Bersama TheMotherhood.Com.MY | The Boss Baby
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 04, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...