Sajian Sihat dari US Potato Menjadikan Keluarga Lebih Sihat dan Gembira!

Saya pasti ramai ibu-ibu hari ini menyedari hidangan kentang antara yang digemari anak mereka. Hidangan kentang bukan sahaja lazat bahkan ianya juga mengandungi khasiat-khasiat yang diperlukan oleh badan.

Ini kerana kentang mengandungi potasium, dan jika dimakan dengan kulitnya untuk saiz 148 gram, ianya boleh membekalkan 30%  pengambilan vitamin C.

Sekali lagi untuk tahun ini saya berpeluang untuk memperlajari lebih banyak sajian sihat dari kentang daripada Pakar Pemakanan terkenal iaitu Puan Indra Balaratnam dan juga Chef Elvin Goh pemilik Restoran Secret of Lousiona.

Selain daripada mempelajari tentang sajian daripada kentang, kami juga diberikan beberapa tips dari Pakar Keibubapaan dan Perkembangan Kank-Kanak iaitu Mrs Ruth Liew dan juga perkongsian menarik dari Azawatee Zenol Abidin, hos TV.

Puan Indra Balaratnam menunjukkan demonstrasi menyediakan hidangan enak dan pantas dari kentang. Menurut Puan Indra, beliau sentiasa melibatkan anak beliau setiap kali berada di dapur ketika menyediakan hidangan buat keluarga. Tambah beliau lagi, dia dan anaknya sangat sukakan hasilkan satu resepi yang ringkas dan menarik. Contohnya seperti Begedil Kentang US dan Keju Mozzarella. Bagi memastikan ihidangan ini seimbang, beliau menambahkan juga dengan hirisan sayur dan keju,

Hidangan Omelette Cendawan Kentang U.S dari Azawatee Zenol Abidin hos TV yang mempunyai 3 orang cahayamata. BAgi Azawatee sendiri beliau sering menyediakan hidangan ekntang terutama di musim perayaan dan keraian istimewa seperti Hari Raya. Selain itu, beliau sentiasa mengimbau saat dan kenangan memasak sajian kentang ini bersama dengan anak-anaknya.

Sajian kentang yang boleh dijadikan snek berkhasiat buat keluarga!

Hidangan yang diberikan nama "Wajah Gembira Kentang US" ini merupakan hasil Ruth. Menurut Ruth hidangan yang berasaskan dari kentang russet ini diversatilkan dengan menggunakan cendawan shitake Cina untuk bahagian mata, hirisan lada banggala untuk mulut, lobak merah untuk hidung, rumpai laut untuk rambut dan jagung manis untuk gigi.

Menurut Ruth, meluangkan masa dengan anak-anak pada usia merek ayang muda sangat membantuk membentuk karektor dan tabiat mereka kelak. Ini terutama dalam usaha untuk menyediakan pemakanan berkhasiat di rumah, mereka akan lebih banyak belajar selain daripada mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

Antara hasil ciptaan hidangan dari pihak media yang hadir ke majlis ini. Semuanya menarik bukan?

Ternyata kentang US adalah pilihan terbaik bagi kita mendapatkan bahan ramuan masakan yang lebih berkualiti  dan berkhasiat istimewa buat keluarga tercinta,

Sajian Sihat dari US Potato Menjadikan Keluarga Lebih Sihat dan Gembira! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 27, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.