Saya Telah Menyertai ‘Bengkel Auto Wanita' Anjuran Bosch Malaysia
Selaras dengan kempen keselamatan kenderaan ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (AA) dengan kerjasama Riding Pink telah menganjurkan ‘Bengkel Auto Wanita Bosch’ pada 26 April 2017.
Menurut Pengasas Riding Pink, Denise Tan, “Kebanyakan wanita tidak biasa dengan penyelenggaraan asas kereta berbanding dengan kaum lelaki, kerana kaum lelaki lebih berpengetahuan dalam asas kenderaan dan dengan menganjurkan bengkel ini, para wanita boleh menambah ilmu pengetahuan asas kenderaan. Justeru, adalah penting untuk kita meluaskan pandangan dan berkongsi pengalaman bersama kaum wanita mengenai pentingnya mengetahui kaedah penyelenggaraan kereta dengan betul seterusnya berusaha ke arah penjagaan automotif yang lebih baik untuk semua.”
Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Negara untuk Bosch Automotive Aftermarket Malaysia berkata, “Sebagai pembekal penyelesaian automotif holistik, kami di Bosch faham akan masalah yang dihadapi oleh pemandu-pemandu tanpa mengira jantina. Bengkel ini merupakan permulaan yang baik bagi pemandu untuk memahami apa yang berlaku di bawah hud kenderaan mereka. Ini selaras mdengan enyokong inisiatif Riding Pink dalam memperkasakan wanita dalam membuat keputusan penting terutamanya ketika memandu.”
Contohnya seperti jenis-jenis minyak pelincir di pasaran. Apa maksud label semi sintetik, fully sintetik dari kod contohnya seperti SN 0W30 -0 low temperature 30 high temperatures. Untuk kereta jenis enjin baru kena guna fully sintetik, dan untuk kereta enjin lama perlu guna semi sintetik. Ada sebabnya dan ianya penting untuk kita ambil tahu 😏
Mengetahui cara kecukupan minyak hitam yang diperlukan oleh kereta. Bagaimana hendak lihat dan semak samada ianya mencukupi atau tidak dan sebagainya,
Saya juga belajar tips cara penjagaan bateri kereta. Jenis bateri kereta yang sesuai.
Ini paling penting! Jika kita ada masalah dengan bateri kereta secara tiba-tiba, bagaimana nak buat ''jump a start"???
Kadang2 tidak dinafikan, sebagai perempuan kita tidak berapa yakin tentang prosedurnya. Tapi dah melihat dan mencuba sendiri, tidak lah susah mana rupanya.
Saya juga belajar cara nak memasang 'wiper' kereta. Bila perlu tukar wiper dan peningnya wiper untuk sesebuah kenderaan.
Selain itu saya juga belajar cara nak menukar tayar sekiranya tayar kereta tiba-tiba pancit di tengah jalan. Walaupun tayar sebenarnya agak berat namun kudrat seorang wanita masih mampu untuk menolaknya dan melakukan penukaran tayar kereta sendirian. Wanita boleh 🙆
Menurut Pengasas Riding Pink, Denise Tan, “Kebanyakan wanita tidak biasa dengan penyelenggaraan asas kereta berbanding dengan kaum lelaki, kerana kaum lelaki lebih berpengetahuan dalam asas kenderaan dan dengan menganjurkan bengkel ini, para wanita boleh menambah ilmu pengetahuan asas kenderaan. Justeru, adalah penting untuk kita meluaskan pandangan dan berkongsi pengalaman bersama kaum wanita mengenai pentingnya mengetahui kaedah penyelenggaraan kereta dengan betul seterusnya berusaha ke arah penjagaan automotif yang lebih baik untuk semua.”
Terdapat 40 orang peserta yang menyertai bengkel ini yang mana separuh daripadanya merupakan pemandu Riding Pink. Yang menariknya setiap peserta bengkel berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai rutin penyelenggaraan kenderaan asas. Ini termasuklah pemeriksaan aras minyak enjin, aras bendalir brek, kitar hayat bateri dan keadaan bilah pengelap cermin.
Bosch turut mempamerkan portfolio komprehensif, merangkumi produk automotif berkualiti bagi pasaran selepas jualan, termasuklah pengelap cermin, bateri dan minyak pelincir.
Seriously saya rasa cukup bertuah kerana dapat menyertai bengkel seperti ini. Sebagai seorang wanita saya sering bergantung kepada suami dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan kenderaan. Dan setelah saya menyertai bengkel ini, saya dapat lebih banyak informasi mengenai kereta, teknik dan cara penyelenggaran asas kereta sekaligus meningkatkan keyakinan dalam diri untuk saya hadapi sekiranya secara tiba-tiba saya berhadapan situasi tidak dijangka dengan kereta yang dibawa.
Contohnya seperti jenis-jenis minyak pelincir di pasaran. Apa maksud label semi sintetik, fully sintetik dari kod contohnya seperti SN 0W30 -0 low temperature 30 high temperatures. Untuk kereta jenis enjin baru kena guna fully sintetik, dan untuk kereta enjin lama perlu guna semi sintetik. Ada sebabnya dan ianya penting untuk kita ambil tahu 😏
Mengetahui cara kecukupan minyak hitam yang diperlukan oleh kereta. Bagaimana hendak lihat dan semak samada ianya mencukupi atau tidak dan sebagainya,
Saya juga belajar tips cara penjagaan bateri kereta. Jenis bateri kereta yang sesuai.
Ini paling penting! Jika kita ada masalah dengan bateri kereta secara tiba-tiba, bagaimana nak buat ''jump a start"???
Kadang2 tidak dinafikan, sebagai perempuan kita tidak berapa yakin tentang prosedurnya. Tapi dah melihat dan mencuba sendiri, tidak lah susah mana rupanya.
Selain itu saya juga belajar cara nak menukar tayar sekiranya tayar kereta tiba-tiba pancit di tengah jalan. Walaupun tayar sebenarnya agak berat namun kudrat seorang wanita masih mampu untuk menolaknya dan melakukan penukaran tayar kereta sendirian. Wanita boleh 🙆
.
#BoschEmpowersWomen
Saya Telah Menyertai ‘Bengkel Auto Wanita' Anjuran Bosch Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 28, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...