‘SELERA ANEKA RASA’ Buffet Ramadhan di Bukit Rahman Putra Malaysia
Sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi, Kelab Rahman Putra Malaysia turut menawarkan bufet ramadhan yang bertemakan ‘SELERA ANEKA RASA’. Buffet ini menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan dengan lebih daripada 70 jenis sajian dari masakan Melayu, Cina, India, Timur dan Barat. Antara hidangan yang bakal mencuri perhatian seperti seperti kambing panggang, Nasi Briyani Hyderabad, Ayam Mentega Masala, Ulam-ulaman dan Kerabu.
Saya berkesempatan merasai hampir ke semua hidangan yang bakal ditawarkan dalam bufet Selera Aneka Rasa di bulan Ramadhan tidka lama lagi. Memang enak-enak memenuhi citarasa tekak melayu saya, hiks. Jom lihat apa yang menarik yang bakal disajikan kepada pelanggan yang datang menjamu selera di sini.
Selain itu, terdapat juga gerai-gerai yang menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, agar-agar dan aneka kuih muih.
Bufet berbuka di Kelab Rahman Putra Malaysia akan bermula pada 29hb Mei 2017 sehingga 22hb Jun 2017.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan harga promosi (Early Bird) yang bermula daripada harga serendah RM40.00 bersih/Dewasa untuk hari biasa (Isnin hingga Khamis) dan RM60.00 bersih/Dewasa untuk hujung minggu (Jumaat hingga Ahad),
Sila dapatkannya bermula dari tarikh 13hb April sehingga 15hb Mei 2017, manakala harga untuk warga emas dan kanak-kanak adalah adalah RM29.00 bersih setiap seorang. Hubungi di talian 03-61566870 sambungan 1303/1901/1903 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
‘SELERA ANEKA RASA’ Buffet Ramadhan di Bukit Rahman Putra Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 19, 2017
Rating:
mana2 buffet , menu kambing adalah wajib kn
ReplyDelete