7DAYS Dari Munchy’s

Tidak dinafikan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang memerlukan mereka sentiasa aktif dan sibuk. Atas kesedaran itu,  Muchico Bakery telah bekerjasama dengan Munchy’s dan Chipita telah melancarkan Kroisan 7DAYS by Munchy’s – kombinasi hebat doh berlapis lembut berinti krim  yang terhasil dari resipi istimewa yang mampu memberi tenaga bagi meneruskan hari anda pada bila-bila masa dalam apa sahaja yang anda lakukan.

Encik CK Tan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Munchy’s berkata, “Pengguna hari ini sentiasa sibuk kerana terdapat perubahan dalam trend gaya hidup. Mereka sentiasa kesuntukan masa. Dari menghadiri mesyuarat, perjumpaan atau kolej, kadangkala kita sampai terlupa untuk makan atau sengaja tidak makan kerana terlalu sibuk. Pelancaran 7DAYS oleh Munchy’s ini tepat pada masanya kerana ia menawarkan snek bakeri yang sangat sesuai, lazat dan senang dibawa untuk memenuhi keperluan gaya hidup sentiasa aktif dan sibuk yang semakin meningkat di Malaysia.”

“Kroisan 7DAYS oleh Munchy’s dihasilkan untuk dinikmati oleh semua golongan rakyat. Dari pekerja ke pelajar hinggalah ke kanak-kanak, menikmati snek bakeri yang mudah dibawa dengan berpatutan harganya serta lazat seperti kroisan yang baru dibakar sememangnya boleh menceriakan hari mereka.”

Sebagai Kroisan No.1 Dunia, 7DAYS oleh Munchy’s ini dihasilkan untuk menghilangkan kelaparan anda dengan cara yang paling enak. Ia dibungkus di dalam pek aluminium bagi memastikan kebersihan dan mengekalkan kesegaran serta menjanjikan nikmat kelazatan untuk apa jua acara.


Usaha sama Munchy’s dengan Chipita untuk melancarkan Kroisan 7DAYS di Malaysia ini adalah langkah perniagaan yang strategik dan tepat pada masanya. Menerusi usaha sama ini, lebih RM50 juta telah dilaburkan untuk melancarkan Kroisan 7DAYS di Malaysia.

“Dengan usaha sama bersama Chipita ini, kami gembira kerana Munchy’s adalah satu-satunya jenama buat masa ini yang menawarkan kroisan prabungkus di Malaysia dan ia mewujudkan peluang yang besar untuk kami menguasai segmen ini bagi meningkatkan posisi jenama kami sebagai pengeluar biskut terkemuka di Malaysia. Kami akan terus bekerjasama dengan Chipita untuk memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang inovatif bagi memenuhi keperluan dan permintaan pasaran tempatan dalam usaha mengukuhkan kedudukan peneraju syarikat kami di pasaran negara ini,” tambah Tan.

Kroisan 7DAYS oleh Munchy’s yang baharu ini menawarkan tiga perisa – coklat, vanila dan karamel. Produk ini boleh didapati secara meluas di Semenanjung Malaysia untuk rakyat Malaysia menikmati snek bakeri yang senang dibawa pada harga yang berpatutan iaitu RM1.30. Dan ianya boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
7DAYS Dari Munchy’s Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.