Apabila Mahaguru Hang Tarik Berkongsi Seni Teh Tarik Ori, Memang Meriah!

Kenalkan Mahaguru Hang Tarik Malaysia - Radhi Khalid! Apa yang menarik untuk kempen terbaru F&N jenama telah meneruskan warisannya dengan memperkenalkan Piawai Emas dan Mahaguru Teh Tarik di satu majlis pengenalan di Mydin USJ pada hari Sabtu 20 Mei 2017.

F&N telah mengekalkan warisan Teh Tarik yang asli sambil menambah baik citarasa hebat sebenar yang memenuhi selera segenap lapisan masyarakat sejak turun temurun. Gabungan untuk 2 jenis susu ini iaitu FN Krimer Sejat dan Pekat Manis menjadikan teh tarik yang disediakan memang terbaik.


Bersempena dengan kempen ini juga buat julung kalinya, para pengunjung Mydin berpeluang untuk mempelajari cara membuat Teh Tarik Ori yang sempurna melalui siri permainan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Antaranya aktiviti yang desediakan:-

Dalam masa yang paling pantas, peserta perlu mendapatkan 3 padanan gambar yang sama. Setiap peserta melepasi cabaran yang diberikan akan diberikan hadiah iaitu bekas makanan yang sangat menarik.


Ini antara aktiviti yang paling saya sukai ketika berada di sini. Ambil gambar dan video 'freeze"...

Hasilnya memang ohsem yang mana terus dikongsi di sosial media saya iaitu di instagram. Nampak begitu kreatif dan menarik.

Saya juga telah menyertai Pengembaraan Hang Tarik. Yang mana setiap sesi terdapat 10 peserta yang perlu melengkapkan beberapa tugasan sambil membuat aksi tarik "teh tarik". Pemenang utama dipilih adalah berdasarkan kepada hasil air teh tarik yang paling berat dan masa yang paling singkat diambil. Hadiah utama merupakan wang tuank sebanyak RM250. Bestkan...


Selain itu, pihak F&N turut menjemput peserta-peserta Cabaran Teh Tarik membuat persembahan mereka di pentas utama yang disediakan. Apa yang menarik selain daripada aksi yang gempak, kehadiran Radhi Khalid di pentas yang sama benar-benar menghangatkan suasana.




Begitu kreatif :-)

Sememangnya susu pekat F&N da  susu sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dan pilihan masyarakat Malaysia. Ini apabila kedua susu ini dikahwinkan maka terhasillah minuman teh tarik ori kegemaran kita semua dengan sempurna!


Keterangan lanjut boleh layari www.fn.com.my
Apabila Mahaguru Hang Tarik Berkongsi Seni Teh Tarik Ori, Memang Meriah! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 24, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.