Banyak Pilihan Produk Ikea di Carousell


Oh my seriously.. Tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan ramadhan. Banyak benda betul nak diselesaikan bersempena dengan bulan ramadhan yang hampir tiba tidak lama lagi. Saya memang tiap-tiap tahun sebelum puasa akan buat segala senarai semakan untuk pastikan hidup saya tidak menjadi kelam kelibut dan paling penting saya tidak perlu rasa stress, al-maklumlah nak rayakan mana boleh tidak gembira. Hiks.

Senarai semakan untuk ramadhan dan Hari Raya 2017:-
1. Stok makanan kering di dapur - ✅ (stok barangan basah on-going)
2. Baju raya anak, suami dan diri sendiri - ✅ 😙
3. Kemas rumah (on-going setiap minggu) - ✅
4. Perlu ada jam loceng dengan baik (3 biji kena fungsi dengan baik) -✅
5. Tabungan harian menjelang ramadhan RM10 setiap hari - ✅
6. Biskut raya (dah order) - ✅
7. Hiasan/Barangan rumah - 🆇 masih mencari-cari🙅
8. Telekung lama dan beli baru (standby untuk terawih) - ✅
9. Servis kereta (nak balik kampung) - ✅ 🆇 (dah buat separuh)
10. Tukar duit raya - 🆇

Jadi dari senarai semakan, kebanyakannya memang saya dah siapkan. Untuk perkara 9 dan 10 itu memang ambil masa dan kena tunggu bulan ramadhan baru betul-betul boleh selesaikan. Tapi untuk perkara no. 7 iaitu barangan hiasan rumah, memang saya perlu membuat "survey" dan memilih yang terbaik untuk saya dan famili. 

Zaman sekarang memang kalau nak berbelanja kita kena lebih bijak. Tidak perlu memilih barangan terlalu mahal, kualoti sederhana tapi hasilnya memang tidak memuaskan. Saya sendiri biarpun seorang yang bercitarasa tinggi dalam pemilihan barangan rumah, namun saya akur dalam keadaan ekonomi sekarang saya perlu tahu DI MANA, PRODUK APA, JENAMA YANG DIPERCAYAI dan banyak lagi perkara atau elemen yang saya senaraikan sebelum keputusan membeli dibuat,

Dan pastinya untuk barangan dan hiasan rumah saya memang memilih dari jenama IKEA. Kenapa IKEA sebabnya sebagai pengguna barangan IKEA yang tegar, saya memang sangat sukakan rekaan produknya, warna produk yang pelbagai, kualiti yang dipertahankan dan paling penting harga yang ditawarkan jauh berbaloi dengan jenama produk barangan rumah yang terdapat di pasaran.


Tapi disebabkan kekangan MASA, agar sukar untuk saya ke IKEA. Jadi sebagai solusinya, saya memang akan membuat perbelanjaan secara talian. Guess what! Sekarang ini senang rupanya nak dapatkan barangan IKEA yang kita idamkan. Salah satu website yang kita terjah adalah https://my.carousell.com . Macam-macam barangan IKEA di jual di  Carousell dengan harga yang cukup murah.


Hanya taipkan sahaja "BARANG IKEA" terus keluar senarai barangan dan hiasan rumah dari IKEA yang dijual oleh seller di Carousell. Memang banyak sangat pilihan barangan. Apa yang menarik, seller ada menawarkan harga yang cukup berbaloi yang boleh kita pertimbangkan.


 Nak lagi spesifik pencarian, macam saya telah mencari barangan IKEA bawah harga RM100. Tadaaaaaaaaa....Banyak sangat pilihan barangan IKEA,. Apa yang penting kita hanya klik pada gambar barangan tersebut, lihat sahaja pada harga yang ditawarkan. Dan jika berminat boleh klik pada butang warna biru "BUY NOW". Ataupun jika ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang produk bolehlah berkomunikasi secara terus dengan seller melalui butang "CHAT WITH SELLER". Semudah A-B-C cara pembelian di sini 🙎

Ini adalah antara barang IKEA yang saya idamkan. Ianya sangat praktikal dan berguna untuk memastikan rumah saya nampak lebih kemas, cantik dan teratur.

Saya perluka Ikea Tjena Box ini untuk simpanan tudung-tudung saya yang semakin bertambah. Ini bagi memastikan ruang baju saya bertambah kemas dan tersusun rapi. Sah-sah Raya tahun ini saya tambah lagi 5 tudung raya yang baru, hiks. Jadi saya perlukan kotak penyimpanan yang baru juga.

 Ikea Kids Rocking Chair buat si Ameer. Oh ya! Kerusi ini untuk diletakkan ruang santai rumah. Jadi apabila tetamu cilik datang ke rumah mereka boleh memilih untuk duduk di kerusi ini sambil menonton rancangan yang mereka gemari di televisyen.

Tahun lepas saya memilih lampu pelita. Tahun ini saya 'upgrade' sikit pakai Ikea Outdoor Lanterns. Nampak lebih 'classy' dan lebih unik. Untuk lebih kelainan berbanding raya sebelum ini.

Saya juga memilih Ikea Floor Lamp, bagi menerangi kawasan ruang rumah tempat biasanya menjadi lokasi santai sekeluarga, iaitu ruangan televisyen. Biasanya apabila kami menonton tv bersama-sama, jarang dengan lampu utama terbuka (on). Ini bagi mendapatkan 'mood' ala-ala menonton di pawagam. Jadi bila dah ada Ikea Floor Lamp selain boleh dijadikan sebagai hiasan rumah ianya juga berperanan sebagai pencetus pengcahayaan yang romantik di sudut santai kegemaran kami sekeluarga.

Barangan ini permintaan my Akid. Beliau inginkan meja baru untuk lebih fokus pada study katanya :p Memandangkan rumah saya ada begitu banyak barangan jadi saya perlukan meja belajar yang cantik dan tidak memerlukan ruang yang besar. Dan saya telah memilih Ikea Micke Desk. Ianya pilihan berbaloi untuk memastikan dekorasi rumah saya tersusun, kemas dan tetap nampak menarik.

Ok! Memang bestkan shopping dekat Carousell. Banyak pilihan, berganda penjimatan dan paling penting ianya mudah. Tanpa perlu fikir tentang kesesakan atau masa yang perlu diambil untuk keluar membeli-belah. Hanya duduk depan PC, klik dan pilih. Baca komen dan pendapat pengguna/pembeli yang lain. Buat pemilihan bijak, pilih dan bayar. 

Apa yang lebih penting kita tak perlu rasa stress dan dapat menjalani ibadah puasa tidak lama lagi dengan berlapang dada sambil menghitung untuk berhari raya dengan gembira.

Jom ber-Carousell!!!

Banyak Pilihan Produk Ikea di Carousell Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 21, 2017 Rating: 5

4 comments:

  1. mmg skarang mudah shopping di hujung jari..nk puasa byk check list nk kena semak tu..

    ReplyDelete
  2. mt- hehehe panjang tak senarai semkaan ayu hehehe..meriah raya kita awokkk

    ReplyDelete
  3. Banyak juga barang ikea ada kat carousell ye. nak p usha juga lah

    ReplyDelete
  4. yana- banyak giler.....cuma kena bijak memilih jer hehehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.