Best Giler! Pengalaman Kali Pertama Merasai Fine Dining Di Marco Creative Cuisine 1 Utama

MARCO Creative Cuisine, restoran gastronomi moden yang diperkenalkan oleh Chef Daren Leong mula dibuka pada 27 Mac 2017. Restoran yang dinamakan bersempena dengan nama anak Chef daren itu sendiri iaitu Marco dan ianya juga berinspirasikan Pengembara Solo Terkenal Dunia iaitu Marco Polo yang telah mengembara pelbagai tempat di dunia termasuklah di Asia.

Lokasi restoran:
Lot G146 Ground Floor (Old Wing)
1 Utama Shopping Centre
1 Lebuh Bandar Utama
Petaling Jaya Selangor


Waktu Perniagaan:
Isnin sehingga Ahad
12.00pm - 10.00pm
- 12.00pm -3.00pm (makan tengahari)
-3.00pm - 6.00pm (kopi dan pencucui mulut)
-6.00pm - 10.00pm (makan malam)

Untuk keterangan lanjut:
Boleh hubungi : 03-77318293 (sekiranya nak buat RSVP)
email: reservation@marcocreativecuisine.com


Memasuki sahaja ruang restoran, hati saya sudah mula teruja. Mana tidaknya dengan susunan kerusi meja yang kemas dan aturan dekorasi yang 'simple' tapi tetap menarik menjadikan restoran ini begitu kelas keterampilannya. Apatah lagi untuk satu-satu masa restoran ini boleh memuatkan sehingga 62 orang pelanggan dalam satu-satu masa.

Sebenarnya kehadiran saya ke Restoran Marco Cuisine ini adalah untuk merasai sendiri set menu yang pelbagai di dalam pakej The Journey of Flavours. Apa yang menarik set 'fine dining'ini ditawarkan hanya pada harga RM78 sahaja (termasuk GST). Memang murah dan berbaloi. Pada pasangan yang nak keluar 'dating' untuk bajet yang terbaik dan berbaloi, memang sangat-sangat-sangat saya syorkan datang ke sini 😍 

Di dalam pa - kej The Journey of Flavours, kita akan dihidangkan setiap SATU (1) :-Palate Cleanser, Appertiser, Soup, Entree, Main Dish, Dessert (pencuci mulut) dan minuman.

p/s: Untuk entri saya mungkin ada lebih gambar dari satu menu yang  ditunjukkan, ini kerana saya menikmati 'fine dining' ini bersama rakan yang lain. Jadi untuk lebih penjelasan bahawa hanya 1 hidangan sahaja bagi setiap set menu.


Palate Cleanser |Velvety Matcha-Lime Shooter (Velvety Matcha - Line foam covering a chilled Lime Snow)   


Saya mulakan hidangan pertama Velvety Matcha-Lime Shooter. Rasa lime yang masam-masam dan buih foam ni walaupun pada mulanya saya rasa agak pelik. Tapi setelah menikmatinya baru saya tahu kenapa hidangan mewah perlu dimulakan dengan "Palate Cleänser". Ini adalah teori yang mana lidah perlu diberikan rasa 'refreshing'sebelum memulakan apa-apa jenis hidangan utama yang bakal kita nikmati.

 Appertiser |Savoury Eclair(Gruyere Flavoured Pate a Choux decorated with Aubergine Caviar. Green Chile Pesto  nd Tomato Confit)

Dimulakan dengan appertizer yang cukup ringkas tetapi sedap. Saya paling suka kombinasi rasa Green Chile Pesti bersama Aubergine Caviar. Masuk terus dalam mulut, lembutnya meresap ke dalam. Hidangan yang baru buat saya dan ianya benar-benar sedap.

Truffled Mushroom Soup (A Plant-based Creamy Soup infused with Truffle Oil

Seterusnya Truffled Mushroom Soup yang menggunakan minyak Truffle. Yang menariknya tentang hidangan ini ialah aromanya! Perghh aroma minyak Truffle itu memang boleh dikatakan sebagai pencetus penarik kepada sup ini. Biarpun nampak biasa tetapi kehebatan sup ni agak luar biasa.

Strawberry Gazpcho (chilled cold soup of strawberries garnished with dehydrated strawberries and microgreens)

Kelainan dalam hidangan ini ialah ianya sup dan bahan utamanya ialah buah strawberi. Biarpun agak janggal melihat sup yang dihasilkan dari buah, tetapi untuk sesuatu yang baru anda boleh juga mencuba. Rasanya masam-masam manis buah strawberi.

Entree | Savoury Ice Cream Salad (assorted baby leaves, heirloom tomato, seasonal microgreens and violet flowers served with savoury ice cream)

Peminat sayuran seperti saya memang akan teruja didatangkan salad yang ada pelbagai jenis sayuran, bunga violet, tomato ceri dan istimewanya ianya juga didatangkan dengan ais krim! Terasa macam menikmati dessert tapi ianya sebenarnya baru menu entree. 



Entree| Garden Plater (fresh mixed greens planted on top edible soil and gribiche sauce - french tartar sauce

Ini juga antara hidangan entree yang lain, Garden Plater. Dinamakan "GARDEN"mungkin pelbagai sayuran hijau di situ dan sos gribichi yang sememangnya terkenal dalam cuisine French.

Main| Chicken Roulade with Brussels Sprouts (a roulade of juicy chicken thigh with crunchy brussels sprouts and flavourful chicken jus)

Ini merupakan hidangan yang Anaqi telah mencuba. Ayam digulung bersama Brussel Sprouts. Hidangan ayam "juicy", sangat lembut dan saya sukakan sos yang hadir dalam hidangan ini. On point sangat gabungan rasanya.

Main| Salmon with jet black hollandaise (atlantic salmon with squid ink hollandaise, garnised with pickled beetroot and green chile pesto)

Yeszaaaa! Hidangan yang memang saya pilih dari hati. Ikan salmon yang dibakar cukup sempurna. Garing sangat kulitnya dan yang menjadikan hidangan ini sangat sedap kerana sos hitam dari sotong serta green chile pesto. Kababoobomm.

Muka excited ketika menikmati hidangan Salmon with jet black hollandaise!

Desserts | Rasberry Decadence (luscious rasberry cheesecake with rasberry gel accompanied by lemon meringue shards and passion fruit gel)

Pemanis mulut yang super oweseome. Jika andai peminat kek keju dan juga buah rasberi, pemilihan menu ini adalah yang terbaik sebagai penutup setelah menikmati hidangan-hidangan hebat di dalam set The Journey of Flavours.


Desserts | Deconstructed lemon meringue pie (deconstructed lemon meringue pie technically or plated with elements of lemon curd, passion fruit gel, italian meringue and white chocolate sherbet)


Ini pula pencuci mulut bagi mereka yang meminati buah lemon. Rasa masam-masam manis dan kerapuhan pie ternyata memberikan keseronokan kepada mereka yang menikmatinya.

Desserts | Creme brule with white chocolate sherbet (lush egg custard accompanied by white chocolate sherbet and meringue kisses)

Ini adalah pemanis mulut pilihan saya. Hmmm...creme brule apatah lagi didatangakan bersama chocolate sherbet. Agak manis tetapi tidak melampau dan ianya menepati citarasa tekak saya.


Drinks | sparkling ice berry

Minuman untuk Anaqi, beliau sukakan yang yang lebih 'refreshing"dan air sparkling ice berry menjadi pilihan.

Single origin, french press coffee 

Dan saya telah memilih Single origin, french press coffee, peminat kopi yang tegar pastinya mahukan sesuatu yang membuatkan dirinya lebih bertenaga. Ini terutama sebagai penutup setelah menikmati hidangan-hidangan hebat yang datangya dengan pelbagai citarasa semuanya memikat jiwa.

Dan buat anda jika masih tercari-cari retsoran terbaik untuk merasai pengalaman 'fine dining' dengan suasana hebat pada harga sangat berpatutan, bolehlah datang ke Marco Creative Cuisine di 1 Utama Old Wing.

Gerenti puas hati..

bon appétit!
Best Giler! Pengalaman Kali Pertama Merasai Fine Dining Di Marco Creative Cuisine 1 Utama Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 02, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.